Image and video hosting by TinyPic

16 March 2017

Bengkung Untuk Ibu Bersalin Czer

Hai korang! Haritu aku ada janji nak cerita tentang wrap atau bengkung kan? Janji kat IG lah masa tu, so marilah kita bercerita, maaf lah lambat, mak busyyy nookkkss, hahaha. Okeh! Kalau nak cerita bab bersalin Czer, mak lah juara, 2 ketul anak mak tu bersalin secara Emergency Czer, kalau nak baca, boleh lah scroll scroll ye, ada cerita pasal kronologi bersalin. TAPI! harini kita tak nak cerita pasal bersalin, kita nak cerita pasal PERUT KITA LEPAS BERSALIN. haha. Masalah setiap wanita tuuuu!

Tipu lah sape kata lepas bersalin akan dapat perut kempis dan lansing, orang yg kurus pun ' ada ' perut, ni pulak kita yang bersalin czer ni. Kalau korang nak tau, lepas bersalin czer ni, perut akan menggelebeh tau. Its like, ermmm jatuh kebawah, aku susah nak gambarkan, korang boleh google kot.

Sementara nak tunggu luka torehan 3 lapisan belah dalam tu nak sembuh, korang seriously TAK BOLEH MELASAK! kalau tak! siap! luka dalam boleh terkoyak balik, hah, ngeri kan?! Serius, ini bukan main-main. Luka luar mmg cepat nampak baik dan kering, tapi dalam kita tak nampak.

Macam mana cara nak jaga luka czer tu?

ok meh nak cerita, selain dari PANTANG MAKAN, korang boleh pakai bengkung. Ada juga orang kata, gila apa nak pakai bengkung, tapi seriusly, bengkung boleh bantu perut korang jadi stable. Takde lah tergoyang-goyang, or korang tak perlu dah ampu perut kalau nak bangun. Perut tu kalau tergoyang-goyang masa nak bangun or jalan, mmg sakit woii!

Ni lah dia Belly Wrap Basic tu. Pada awal-awal lepas bersalin tu, jangan ikat ketat tau! just longgar untuk rasa perut yang menggelebeh tu stable je, tak bergoyang-goyang, nanti mesti korang akan rasa perbezaan dan lebih selesa.

Macam aku, memang aku pakai longgar je, taknak press perut, risau luka dalam terbuka balik pulak. Bestnya wrap ni, dia boleh adjust, just lekat-lekat ( adjust ) ikut selesa mana korang nak. Kain dia bukan jenis yang keras kekung tu tau, dia jenis flexible velcro, tapi ada ' urat ' yang keras di belah tepi dan belakang, ' urat ' tu bukan untuk saja-saja letak, tapi untuk betulkan semula posture badan kita.

Mula-mula memang tujuan kita untuk ampu perut, tapi lama kelamaan wrap ni boleh bantu kita kembalikan semula bentuk asal badan kita. Yelah, masa pregnant kan alignment semua dah lari. kofkof. Oh ya, Wrap ni free size tau, jangan risau, semua size boleh try, tak perlu nak ukur-ukur pinggang bagai, laki aku pon sibuk pakai weiii! HAHA
Ok meh tengok kelebihan lain Shapee Basic Wrap Basic ni :

- Diperbuat daripada bahan elastik yang terbaik dengan kain bernafas membolehkan anda untuk bergerak bebas.

- Memberi sokongan, meningkatkan, tone selepas kelahiran secara semula jadi, Czer, atau pembedahan perut selepas bersalin.

- Menyokong otot abdomen teras dan membantu rahim kembali kepada saiz asalnya lebih awal.

- Hilang inci lebih cepat dibahagian perut dan pinggang anda.

- Mengecilkan dengan anda kerana anda kehilangan lemak perut.

- Segera nipis dengan mampatan tiga yang disesuaikan.

- Membantu meningkatkan postur penyusuan .

OK next nak cerita pasal HIPS WRAP PLUS pulak, yang ni untuk pinggul kita. Mana yang rasa pinggul tu bergoyang lebih sangat masa berjalan, boleh try Hips Wrap ni. hahahaha. Kasik betul balik shape pinggul tu.

Lepas pakai Belly Wrap, pakai pulak Hips Wrap, good combination tau! boleh ramping terus! wuwuwuw. best kan!

Selain dari membetulkan semula bentuk pinggul kita yang baru lepas bersalin ni, dia boleh gak di jadikan belly support tau! sape yang pregnant tu, dah tak larat nak bawa perut, boleh juga pakai ni, sbb kita akan pakai hips wrap ni di pinggul dan bawah perut tau, so dalam masa yang sama, memang support perut korang yang tengah sarat preggy tu.

Hips wrap juga dibuat dengan flexible Velcro ( boleh adjust ) , fabric juga jenis breathable, so tak perlu risau berpeluh perut ke, gatal ke, tak perlu. No worries kekdahnyaaa.
Aku kalau malas, aku pakai hips wrap ni je, sbb hips wrap ni je pun dah best, but untuk result yg best, aku pakai 2 2, belly dan hips. kemas gila rasa badan. Ok meh nak bg info sikit tentang Hips Wraps ni.
- Diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan bernafas untuk memberikan keselesaan kepada ibu-ibu.

- Mampatan memberi sokongan yang sangat laras .

- Menyokong kedua belah pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen, pinggul dan belakang yang lebih rendah.

- 3 Mampatan Triple secara semulajadi mengecilkan pinggul selepas melahirkan.
So apa lagi, korang mari lah try beli, alaaa bukan je yang lepas bersalin je boleh beli, yang saja-saja nak betulkan semula posture badan pun boleh beli, sebab best. Untuk ibu-ibu pula, beli ni je sbb dia boleh adjust dan just lekat, tak perlu nk guna tali yang panjang berjela, nak ikat sampai 30minit tak siap-siap.

Ini pakai wrap dari Shapee ni, just lekat je, nak tanggalkan pun senang, srapppppp! tarik, dah tertanggal, kalau sakit perut pun senang je nk bukak, kalau pakai yg tali-tali tu, ada yang tercicir tengah jalan pulerrr. hehe.

OK, meh nak bagitahu harga.

BELLY WRAP BASIC
Harga : RM55.00

Hips Wrap Plus+
RM45.00

more info :

Website :

Facebook : ShapeeMY

Instagram : ShapeeMY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. adoyy. seriau nau baca koyak-koyak ni. huhu. -.-

    tapi kite belum beli lagi bengkong. nanti leh survey bengkong ni.

    ReplyDelete
  2. Bagus bengkung ni.. kalau lelaki boleh pakai tak? untuk kurangkan perut buncit

    ReplyDelete
  3. Teringin nak tau mcm mane awak bekung lepas bersalin sbb saya pun akak czer nnti. Start day ke berapa awak berbekung? Ada sapu minyak pape x?

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com