27 March 2017

Bonding Time With kakak Sophea

Minggu lepas cuti sekolah, tp school kakak Isnin sampai Rabu tu ada program membaca, so Khamis dgn Jumaat kakak cuti, Khamis papa jaga kakak, Jumaat ibuu pulak kena jaga, sbb papa nak solat jumaat lagi, nanti kakak nak tinggal mana kan. kebetulan kat opis lengang jumaat lepas, ramai cuti, so aku bawak lah dia ke opis.

sebelum tu aku dh siap-siap kemas bawah meja untuk dia tidur nanti, huhu. tapi dah sampai opis ibuu, takde nya nak tidur, main je kerjanya. Dia suka sangat kalau dtg opis aku, ntah apa syok sgt pun tak tahu, tp mmg dia suka. hahaha. budak-budak kan. itu pun syok, hahaha.

tu, tgk tu tido bawah meja, masa aku ckp, " kakak, nanti kakak tido bawah meja k, ibu dh sediakan tempat tidur," seronok gila dia. hahahaha. lawak betul. pas tu aku buat kerja, dia main-main lah, menggunting lah, mengaler lah, mcm-mcm lagi. Sampai kul 12, jom keluar! jumaat kan, rehat panjang.

Kami g jalan kat KL gateway mall belakang ni, baru bukak. Asalnya nk lepak dgn kak diya and ida, tapi ermmm biasalah, rezeki xdok nak jumpa #bloggerbusysepanjang zaman, hahaha. Best jugak lepak-lepak jalan-jalan dgn kakak. sbb kakak dah besar kan, pampers xyah pakai, dah boleh jalan sendiri, best lahhhh! hehehe.

Tak banyak akai pun kakak ni, buat lawak lagi ada lah, masuk cotton on, habis semua baju nak test. dia kata " ibuu baju ni kakak muat " hahaha. muat sgt lah tu!

Lepas tu masuk H&M paw ibuu rantai ni, asalnya nak rantai rainbow and cloud, dia couple punya rantai, best-friend, tapi mahal sampai rm25. hahaha. so tak boleh, amik yg murah je. bukan kedekut, kena faham, budak2 ni pakai kejap je, pas tu ntah dimana campak nya, haha. so beli rantai deer, rm8 je. luls. ibuu ambil langkah selamat, nanti kakak dh besar, boleh beli yg mahal tu, okay!

lepas tu, perut dia dh lapar agaknya, mintak makan, nak makan KFC, so pegi lah mkn kfc, jumpa kak yana sbb nak amik pampers, diana nak amik EO, ayu nak amik hadiah lucky draw utk family day, huhu. Busy mak nak, sibuk amik hadiah kat org, hadiah sendiri x beli lg. adududu.

sebelum g mkn kepsi, jumpa booth jual hokkaido cheese tart ni, try lah beli, perisa durian dgn choc, mahal gak wei, rm5 seketul. hohoiii! tp yg durian tu mmg muak lah, betul lah dorg kata. aku mkn separuh je, pastu crust dia tebal sgt, x gemor lah kakak. last lah beli tu. hehehe.

Seronok sangat keluar dgn kakak, lepas ni kita tinggal adik dengan papa, kita keluar berdua lagi ye kakak! ibuu love u!

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnyaaaaaaaaaaaaa

Normi Nieza said...

best moment..:)

Norhayati Mohd Isa said...

Sama lah macam akak safura..
bawah meja memang tempat landing tido anak2 bila dtg ofis..

seronok bonding berdua bila anak dah besar ni..
macam2 kerenah dorang .. :)

Liyana Anuar said...

bestnye anak boleh ikut g ofis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...