Image and video hosting by TinyPic

28 March 2017

Dating Coffee Coffee Dengan Chenta Hati

Rasanya sepanjang aku balik KL ni, belum pernah lagi kami keluar berdua suami isteri, pegang-pegang tangan, borak-borak, share cerita itu ini and shopping. Start je aku kerja, aku mmg busy gila dgn anak-anak, suami aku busy dgn cafe, dengan kerja dia, dengan kakak Sophea. Kami masing-masing ada task kami. Sampai nak borak pun tak sempat. Sempat borak dalam whatsapps je. Kadang-kadang ckp dalam WA, jom pegi bercuti nak, penat lah. gituuu. hahaha.

Sabtu ni kami nak pegi Janda Baik, pestime aku nak pergi sana ni, excited. Again setiap awal tahun kan mesti ada Gojes punya family day, laki aku kemahen suka lah, hehe. Dia mmg suka join gojes, #lakimakperamah haha. Sesambil family day, ada lah masa untuk kami luangkan 1 family.

Untuk family day kali ni, aku satu hadiah tak cari lagi, org lain semua dah siap dah balut hadiah, aku tak cari lagi, hadiah tukar-tukar, hadiah games, kami xde orang sponsor pongggg! semua keluar duit sendiri. kihkih. So, semalam aku ajak papa teman g cari hadiah. hadiah pun bernilai Rm15 keatas je, x mahal. hehe. Papa pun cuti kan Isnin, so ON lah! leh dating, yeay!

Kami merayap ke Sunway Putra Mall, sebab kat sana semua ada, best gila! tak payah susah-susah dah. Kaison, DIY, Daiso, semua ada.

Tapi sebelum jalan, kena lunch dulu, lapar weiii. aku bukan boleh makan lambat-lambat, masuk angin kang. luls. Punya lah pusing-pusing dalam tu, tapi x tau nak makan apa, last-last pegi makan burger, aku dah lama teringin nak makan burger sedap, so pegi lah makan kat Dc superhero cafe ni, huhu.

Dulu masa kenal laki aku, dia kata muka dia mirip muka superman, hahahaha. kemahen, eh mmg ada mcm superman pun sikit-sikit, luls! tu sbb aku terpikat! hahaha. Laki aku pun boleh tahan gak minat dia dgn superman ni.

Laki aku mkn big breakfast, aku mkn burger + cheese. Caramel Diana + Latte.

Lepas makan-makan, kenyang, pas tu pegi shopping, recommended jugak lah makan kat sini, sebab patty dia tebal dan sedap, ada cheese dlm dia, sedapppp kenyangggg. berbaloi ah rm26 set ni. Big breakfast mcm biasa je lah. Kalau nk bawak anak-anak mkn sini bagus gak korang! sbb dia serve makanan dia dlm bekas besar mcm ni, awesome je rasa. hahaha. padahal #jakun

Pusing-pusing jalan-jalan kejap je dh kul 3pm, then masing-masing pulang, sambung buat tugasan masing-masing as mak bapak. Nanti lah kita g dating lagi k sayang, love u! thanks banjer makan! luls. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. nmpk sdp menu tu kak..

    wah wahh shoping kat kaison ea..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com