13 March 2017

Hari Pertama Berpisah Dengan Anak

Assalamualaikum korang! hai hai! Dah tengah hari baru sempat nak hapdet blog. Bersawang dah blog aku, sebulan skali hapdet, ko mamphuuu? Banyak benda nk update korang! TAPI!!! #makanakdua kan, busy dia lain machiamm. haha. Aku pulak tak boleh lah nak tengok anak terbiar, serabai, comot, so penat sikit lah jawap dia.

Asalnya aku target mula kerja Selasa lepas, tapi yelah, kita merancang, lepas Alfi cucuk 3bulan last week, dia demam, cecah 38 jugak suhunya, risau gila aku, dia jenis budak baik, x merap, skali demam, mmg merengek je, merap. pas tu si Kakak pulak 1st week masuk sekolah, dia punya cranky, Ya Ampun, mmg bersabar jelah banyak-banyak kami laki bini.

Tiap kali balik sekolah, merengek cakap tak nak pergi skol. aku dah pitam, laki aku asek tanya, nak buat mcm mana ni, nak buat mcm mana ni, aku cakap, buat mcm mana, kena jugak hantar, dia nak adapt dengan keadaan baru tu kan, so take time lah. Tu yang gigih semalam bawak dia pergi naik kuda, bg dia happy, last-last ok nampak nya, aku pujuk dia buat homework, puji-puji sikit, suka lah dia. HAHA. Dengan kakak Sophea tak boleh guna kekerasan, lg kita keras, lg dia keras, ikut perangai sapa tak tauuu. HAHA.

Punya lah semangat aku nak dtg kerja harini, kul 5am aku dah bangun, Opah gerak, ashu call, nak suruh aku bangun. hahaha. Terus bangun kul 5 tu, pam susu dulu, dah pam, sediakan senjata-senjata untuk menuai kt opis, then mandi, siap mandi ngam-ngam subuh, solat terus siap, gigih mak pakai shawl harini. hahahaha. #siapmakeuphokkay! Then 6.50am keluar dr rumah, gelap lagi hoiii.

Nak dijadikan cerita, baru je gerak, adik dah merengek, nak susu lettew, 1 hal pulak aku benti kat petrol pump, susukan dia dulu dlm 5minit, then gerak, tak puas lagi, merengek lagi adik sepanjang jalan. Dah nak sampai umah Nenek BS, baru diam, baru dia nak lena. Sayu je hati tengok muka adik.

sebelum hantar, aku susukan dulu td adik dalam kereta, masa angkat adik, dah menitik air mata aku, aku tenung mata dia, dia tenung mata aku, aku ckp aku kena g work, adik good boy okay, jangan nangis, jangan noty, minum susu dalam botol tau, dia tengok muka aku senyum-senyum. huaaaaa sedihhhh~ part paling tak suka!

Lepas susukan, memanjat lah aku naik tingkat 4, kurus ibuu hari-hari naik tangga tau! hehehe. #advantagebetul, #roadto60kg. hahaha. Sampai rumah nenek, nenek dah tunggu, alahai, terharunyaaa, nenek letak atas tilam, senyum-senyum gelak-gelak, cium-cium then blah. tak nak tunggu lama, kang merambu pulak air mata, so trus blah g opis.

Sampai Angkasapuri, boleh pulak pass tertinggal, spoil betulll! dah x boleh punch in harini. choii lah! malas betul aku nak pegi amik pass, esok jelah punch. HAHA. sabar jelah. Sampai opis, minum-minum, pergi menuai susu Alfi pulak, gitu lah rutinnya.

And till now, workstation aku masih begini, x kemas-kemas lagi. HAHAHA. amik mood dulu, pasang lagu Wany Hasrita dulu. HAHAHA. dah nak dekat kul 1 ni, nak g pam susu lagi ni. luls. Nanti kita update lagi, baiii. #muahciked

5 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

suka fae baca entri akak hehe sempoi

Normi Nieza said...

bw sini..:)

shahdiana said...

HAAH...SMPAI ANAK KE BERAPA PUN KAN PART FIRST DAY KEJE LEPAS PANTANG TU FEEL DIA MMG CENGGITU...AHKAK YANG ANAK 4 PUN GITU...MENITIK AIR MATA HOIII....

shahdiana said...

BTW..SELAMAT KEMBALI BEKERJA... HIKS...

IK Tia said...

wanita dan airmata memang tak boleh nak dipisahkan. 😂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...