14 March 2017

Kelam Kabut Hidup

Hai korang! harini hari kedua aku kerja, masih lagi kelam kabut, masih lagi mencari dan dalam proses membiasakan diri. Elehhh mengada-ngada je kan, nak membiasakan diri bagai. hahahaha. Tapi iyerr, aku tak tipu, kelam kabut gila aku rasa. HAHA. Semalam, 9.30pm kami anak beranak dah lebuh ( tidur ). Penat nau nau kekdahnyaaaa.

Harini aku keluar rumah 6.50am, bangun mcm biasa 5am, mak aku call gerak aku, jam x bunyi, geram pulak aku rasa, dh kenapa jam xnk bunyi. Aku rasa nak tak nak aku kena jugak beli jam loceng. HAHA. Nanti lah nak singgah Mr.DIY. Aku kalau terlajak bangun, lebih dr kul 5am, mst semua jd spoil. Bayangkan, keluar rumah 6.50am pun, 7.50am baru sampai umah BS Alfi. Aishhh keluar awal pun jem, hazabedah betul!

Aku punch in pon lewat, 8.16am, sampai opis trus makan, tak nak lewat makan kang susu drop pulak masa nak pam, siap makan, 9.30am pergi menuai padi untuk bekalan Alfi. siap semua 11am, Ya Allah, apekahhh! cepat sangat masa berlalu ni! habis dah 1 sesi pagi. Jap lagi dah masuk tengahari. Aku rasa aku memang kena beli jugak double pump. Kawan aku suh beli Real Bubee tu, dah tgk kat Lazada 69.90. Ok lah, kejap lg terus beli, Kat shopee ada, rm40, tapi baca komen-komen kat situ, mcm mcm complain, malas lah aku.

Tadi aku sempat dengar Tips dr Asiah Maharam, Bf coach tu, dia kata, emosi kita yg nak kena jaga tu masa nak pam susu je, masa tak pam susu, boleh je nak bad mood ke hape. ahaha. sebab soalan ni selalu bermain di minda aku. Macam mana kita nak buat-buat happy kalau kita mmg betul2 tak happy. HAHA. so aku dh jumpa solutionnya. Masa nak pam, kena buat2 happy bagi susu keluar banyak. haha.

Ok berbalik kepada cerita kelam kabut. Aku tak tau mcm mana korang handle anak korang. korang kelam kabut x mcm aku? HAHA. Aku ni nasiblah semalam MIL aku masak utk dins. Sampai rumah, terus mandi and solat asar, lepas solat, kemas beg sekolah kakak, get ready all the bajus dia utk sekolah esok, kemas beg baju kotor adik Alfi juga, lipat kain, basuh sikit kain yg ada. lucky Nenek Dah ( BS ) dah siap-siap mandikan alfi semua wangi-wangi, so aku dh jimat masa kt situ.

Lepas magrib, aku makan, lepas makan, solat isyak, settlekan kakak, salin pampers adik then ZZZzzzzzz. Tu yang 9.30pm dah lebuh kami anak-beranak tu. Penat korangggg T___T. Tengah malam pun aku x bangun pam susu, seyes tak boleh jaga. Sedar sedar dah kul 4am dah. luls.

Tapi bangun kul 5am tu rasa segar lah, Alfi pulak tengah malam pandai cr nenen sendiri. HAHAHA. so ibuu boleh susukan sambil tidur. kahkah. Semalam boleh pulak dia ajak main, aku terlelap. dia main sorg-sorg, sian adik. maafkan ibuu ye. hehehe. So kita tgk harini mcm mana pulak kisah dia.

Pagi ni Alfi behave dlm kereta, tidur je, so harini x berhenti menyusu kat petrol pump. kahkah. Okay lah, nak sambung buat apa yang patut. Workstation dh siap kemas, harini nak sorting fail-fail tahun lepas, nak bukak fail baru. Alahhhhhhhhhhhhhhhhhh malasnyaaa. hahaha. Chaiyok Safura!

p/s : nak tanya korang, korang makan apa eh bg tambah tenaga?

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

dugaan n cara nak mematangkan kita ek

Julia Johari said...

Ephyra premium...serius bukan nak menjual...tp julia selalu amal ephyra premium mmg bertenaga luar biasa...geng mak2 selalu consume...x makan pun xper kulit lawa blink2 ehh hehe...semoga dipermudahkan urusan rara ya

Nurfaezah Abdullah said...

nasib baik mak akak ada tlg kan :)

IK Tia said...

feuh raraaaaa. omg omg. kenapa saya lak yang rasa sesak nafas. aduh duhhh. hebak ujiannya ye.

ain.ya.nun. said...

Akak time ngepam akak nyanyi lagu yang akak suka. Mood happy, hasil pun happy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...