Image and video hosting by TinyPic

24 March 2017

Pengorbanan Seorang Anak Sulung

Ayat kakak malam kelmarin mmg buat aku sedih. Aku ada share ayat tu di FB aku. Biasa aku dengan anak-anak akan tidur dulu, sebab papa dia balik dr cafe mmg lambat, 1am 2am, kalau weekend mmg lg lambat. So kami anak beranak tidur awal. Sejak kakak sekolah. Aku latih kakak tidur awal, alhamdulillah kakak ok. So 9.30pm kami dah leboh ( tidur ) dah anak beranak. Tapi sebelum tidur, kena pasang movie. Habis movie tidur lah, kdg kdg movie x sempat habis, kami dah lena. Aku suruh kwn office downlod mcm mcm movie. Hahaha. Tapi bertabahlah tengok 1 cerita ulang ulang. Hahaha.

Biasa 1 katil mmg kami tidur bertiga, papa dah mula tidur atas toto. Kesian papa,sabar eh papa, nanti kita beli katil besar. Huhu. So bila tidur bertiga, aku akan tidur hujung, risau anak-anak tergolek jatuh. Kdg-kdg aku tidur tengah, kdg-kdg adik kt tengah. Tapi ada 1 malam ni, kakak ckp " ibuu, ibuu tidurlah tengah, adik tidur tepi, kakak nak peluk ibuu ". Masa tu. Berderau darah aku, trus aku rasa nak nangis. Nangis sedih. Sebab kakak dah besar, dah tahu cakap dan luahkan apa yang dia nak.


Lepas tu, keesokkan harinya, FB share memory 4 tahun lepas, video kakak masa baby, video tu aku ambil masa kat bilik, kakak main sorg-sorg dalam gelap. Terus aku sebak, terus aku rasa nak nangis, ntah kenapa sedih sgt aku rasa. Kakak masa baby, sebijik mcm adik, terubat sikit rindu ( nak cium kakak masa baby ) bila tengok muka adik.

Kakak mmg manja dengan aku, walau kena marah, dia tetap nak dekat aku, bygkan, life kami hanya berdua, dr dia baby, papa jauh masa tu. Kakak dulu, sampai mandi pon dengan aku, hahaha. ( mandi sekali ), tu sbb manjanya bukan main. Pernah dengar tak org tua-tua kata, kalau nak bg anak rapat dengan kita, bg anak mandi sekali dengan kita, masa mandi, dakap anak. insyaAllah anak akan rapat dengan kita. Tapi si kakak ni, bukat rapat lagi dah, aku sampai tak tau nak describe macam mana dia punya melekat dengan aku. HAHA.

Tapi kakak, sejak ada adik, memang aku nampak dia mcm jadi attention seeker, mcm minta kita manjakan dia. Iyer aku manjakan dia, still same, but myb sbb ada adik, dia rasa aku selalu lebihkan adik dari dia. Aku nampak dari mata dia, dia macam rindukan aku. Pernah dulu masa aku dalam pantang, dia cakap kat aku " ibuu, ibuu cepatlah sihat, cepatlah pakai seluar, jgn pakai kain, boleh kita pergi jalan ". Huhu. Bagi dia, bila aku pakai kain, means aku sakit. Aku tak sihat. Dia maybe x reti nak describe erti rindu, tp dr cara dia cakap. Aku tahu dia rindu aku.

Kakak mmg manja sgt dgn aku, walaupun aku garang. Selalu marah dia. Tp tetap manja dengan aku. Mcm semalam, aku sedih sgt, aku susukan adik. Last-last aku tengok dia tertidur sendiri, sambil menyelit belakang aku, sedih gila rasa korang. Aku xtau nak describe. Tp dia mcm, " ibuu x peluk aku pon takpelah, jnji aku dpt menyelit, gituuu " hah.

Masa aku share status haritu, kwn-kwn aku pun komen pasal situasi yg aku alami tu, rupanya dorang pun sama mcm aku, SAMA! mana-mana mak anak dua, mmg akan alami benda yg sama mcm aku, aku sampai nangis baca komen dorg sume. seyes. tersentuh, itu lah pengorbanan anak sulung kan, apa-apa pun mereka kena juga beralah, kasi chance kat adik.



HAHAHAHA. ada yg sedih, ada yg kelakar komen korang ni. 
Sedih kan baca pengalaman masing-masing. huhu. Aku juga anak sulung, anak sulung ni mmg banyak berkorban kan. berkorban demi adik-adik, sabar ye kakak. ibuu tetap syg kakak, ibuu sayang anak-anak ibuu. Ibuu tak pernah membeza kasih-sayang. huhu. harini aku bawak kakak pergi office, sbb tak de sapa nak jaga kakak harini, papa busy + harini Jumaat kan, nak solat jumaat lg, siapa nak jaga kakak. so aku bawak g office, suka sangat lah dia, then jap lg nak bawak g jalan kat KL gateway yg baru bukak ni, dpt lah bonding time jap dgn dia. huhu.

adik Alfi, nanti adik dah besar, adik kena sayang and hormat kakak tau, sayang kakak mcm mana kakak syg adik, semoga keluarga kita kekal bahagia sampai syurga. Amin.

Salam Jumaat korang! hujan lebat kan dr pagi tadi. semoga segala urusan kita dipermudahkan. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. dah besar kakak tolong ibu jaga adik ye hehe

    ReplyDelete
  2. saya pun anak sulung kak. tapi dah tak ingatlah masa kekecik dulu macamana. insyaAllah. kakak akan jadi kakak yang baik untuk adik-adik dia bila dah besar nanti.

    ReplyDelete
  3. Sayang seorang kakak kepada adik dan juga mama nya tu..

    ReplyDelete
  4. sama keadaan kita...baba tido katil atas sorg2...kita nie duk tido ngan anak2 katil sebelah...kdg2 kcian bila dgr kakak merungut asyik tido ngan adik...sedey bile dgr kakak ckp...sy nk tido ngan mummy...sy xnak tido ngan adik...mummy peluk sy..haru perasaan time tu..tp tula roda kehidupan...mummy2 akan rs mcmtu bile anak masuk dua....blum b3 dan b4...hehehehe

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com