15 March 2017

Seronoknya Breastfeeding

Hai korang, Assalamualaikum, harini rasa mcm banyak masa terlebih ni, sebelum nk keluar g tapau makan kejap lg, mak nak cerita kisah breastfeeding mak lah. Ada keww yang nak baca, journey ni baru sangat lagi, kalau nak ikut umur alfi, baru 3bulan 15hari lah pengalaman mak menyusukan anak. hahahaha.

Masa kakak dia dulu pun aku susukan jugak, tapi tu lah, masa zaman kakak ilmunya tak banyak, dan kekuatan mental dan fizikal tak kuat, so terkandas, kalau nak dikenang-kenang, serius aku sedih, tapi barang yang lalu, nak kenang buat apa kan, marilah kita move on dan buat sehabis baik untuk yang baru ni.

Alfi lahir 1 Dec 2016, Alhamdulillah, dari Alfi lahir je, aku terus susukan dia, sampai-sampai kat wad, lepas bersalin czer, nurse datang bawak Alfi kat aku, dia kata " puan, susukan anak ye ", aku dalam keadaan terpinga-pinga, mcm mana sy nak susukan anak sy, saya tak boleh bangun ni, then nurse kata, " takpe, saya bantu puan ". Syukur Alhamdulillah.

Aku dari sebelum bersalin lagi aku dah runsing fikir, andai kata aku czer, mcm mana nak susukan anak. aku kalau boleh taknak bg dia minum FM, nak terus minum susu aku. Rupanya Allah permudahkan, memang Hospital Ampang tak kan bagi anak korang minum FM, mmg dia suruh susukan walau mcm mana pun yang jadi.

So, caranya, aku masih berbaring, Alfi, nurse letakkan kat sisi aku dlm keadaan mengiring dan tinggi. Yang aku rasa happy sgt nya, Alfi pun masa tu pandai sangat dah cari nipple, pandai sangat nyot-nyot. Aku rasa nak nangis masa tu, dapatlah Alfi minum colostrum aku, titisan emas likat pekat yang sangat berharga.

Aku susukan Alfi sampai aku terlena, kami dua-dua terlena.

Alfi 1st day of life, fresh from oven masa ni. masa ni nama dia #ImannWhat lagi. haha. Sape ingat?

Aku terus susukan Alfi, Alfi jenis kerap menyusu, sekejap sekejap, tp kerap. Betullah org kata, anak lelaki ni lain machiam penangan dia. Masa dalam pantang, malam memang sejam skali dia akan jaga untuk menyusu, tp semangat aku kental, aku tak tau dari mana datangnya semangat tu, mmg aku bangun dan terus susukan dia, tengok muka dia tengah menyusu, buat aku rasa bahagia.

Nak kata aku jenis banyak sangat susu tak jugak, tapi masa dalam pantang, asal lepas makan je basah baju, asal lepas makan basah baju, sayang gila aku tgk susu tu, last last aku beli jugak breast pump. Masa zaman kakak dulu pun ada pam, tp ntah kemana-mana dah perginya, 5 tahun lepas kan, haruslah lupa simpan mana.

Aku sebenarnya teringin sangat nak pakai Medela, dorg kata, best sgt medela. tapi yelah, mahal gila. aku suruh laki aku beli manual je, gigih cr, takde stok masa tu, last-last borak dgn As, dia suruh beli Lacte ni je. Aku ramai kwn-kwn yg BF anak, ilmu2 sume tanya kat dorg je. Semangat pun ambil dari dorg. huhu, kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh, betul tak? semuanya kena ada semangat! yeahhh!

Survey punya survey Lacte, jumpa kat IG shop Breast Pump Malaysia, wasap segala, esoknya dia boleh COD, sbb aku ckp aku nk pakai cepat, charge COD sampai rm25, sanggup tu bayar. hahaha. Sebab dia dr Putrajaya. Belasah lah, janji dapat pakai pump cepat.

Bestnya pam Lacte ni, sbb corong dia tu silicon tau, boleh adjust lah walaupun mcm mana rupa pun breast korang, aku mmg suka lah. Nanti lah aku buat review pasal pam Lacte ni in details. Masa aku beli Lacte ni, harga dia Rm229, tapi skrg aku tengok. Rm199 pon dah boleh dapat dah. Masa test pam tu, susu aku keluar warna kuning jagung mcm ni, gila lah, seronok gila tgk susu pekat cm ni. Patut lah Alfi masa tu cepat betul membesar. Alhamdulillah.

Day by day, aku main seronok menyusukan Alfi, walaupun aku direct feeding Alfi, aku keep on pump, asalnya bukan sbb nak buat stock, tapi sbb nak kosongkan breast, aku jenis, lepas mkn je kompom susu melimpah, so tak selesa baju basah je, tu yang sebelum makan aku pam, sebelum makan aku pam, sampai penuh susu aku je dlm peti ais rumah mak tu. Lagipun bila fikir-fikir balik, syukur jugak aku pam, boleh buat stok awal-awal.

Pam Lacte ni best jugak sbb boleh pakai power bank, aku skrg mana ada guna plug dah, kat mana-mana je leh pam, haritu nak g cameron, pam susu dalam kete. hahaha. Jenis malas nak menyelak depan orang, aku malu lahhh weiii. hahaha.

Cerita pasal fully BF dan kerja ni sebenarnya agak mencabar lah, menyusu ni bagi aku hati kena kental. ko kena kuat mental dan fizikal, sbb nya, pemakanan kena jaga, tak boleh bantai suka-suka makan, aku masih dalam keadaan try and error, sbb Alfi jenis suka kembung, kalau aku salah makan, siap lah, kesian dia, terkebil-kebil biji mata dia bila perut kembung.

Lepas tu pulak, kena rajin pam, tak boleh nak harapkan DF je, bangun awal, pam susu, bangun tengah malam, pam susu. Aku dulu rajin jugak bangun tengah malam, now nan hado weii! penat! Tapi weekend aku akan bangun pam tgh malam. Dah kerja ni lagi lah, kena biasakan diri mengepam 3 kali sehari, tak boleh skip, kalau skip kang susu drop, aku banyak sifu, TQ sifuuu. Banyak bg tunjuk ajar.

Haritu pernah masa memula balik KL, susu aku drop, selalu Alfi minum, aku pam pun dapat lah 7 8oz lagi, ni cukup untuk Alfi minum je, Pam mmg xde, 1 2oz jeee. Ya Allah, sedih gila aku rasa masa tu, macam mana ni, aku dh nak kerja, cukup ke supply untuk Alfi. Lepas mintak tips dr kawan-kawan, google sana sini, naikkan semangat balik, jangan down, relax and cool je. Then pergi tesco cr red dates and longan kering, aku rebus, minum, Alhamdulillah, till now susu dah meriah balik. Happy gila rasa. Tapi rebusan tu aku buat skali je, sbb aku dah jumpa milkbooster aku yang paling mudah, tak payah merebus. hahahaha.

Bila dah start kerja ni, bukan saja kena pandai control diri bila alami susu drop, kena jugak pandai-pandai cari port untuk susukan dak debot ni sepanjang perjalanan nak pergi dan balik kerja. HAHA. Benda ni lah yang aku selalu risaukan, dan iyanya terjadi, nak ku tahan-tahan, x boleh tahan, dah melalak-lalak nak susu, last-last benti kat petrol pump, hari isnin tu pagi-pagi aku dah berhenti kat petrol pump menyusu, semalam waktu balik kerja dalam hujan lebat, berhenti lg kat petrol pump, menyusu. HAHA. rasa kelakar, but its fun!

Nak marah anak tak boleh, sbb bila tgk dia mengamuk nak susu tu kelakar sangat. hahaha. Bila aku angkat, nak selak baju, dia dah selakkan dulu, pas tu mcm kebulur sgt, hahaha. Lawak lah adik ni. Itu moment yg paling indah lah aku rasa. Even BF kan anak ni perlukan banyak pengorbanan, tapi takpelah, ibuu okay je, semoga Allah permudahkan perjalanan ibuu untuk susukan Alfi selama 2 tahun, itu impian aku, awal lagi perjalanan aku, kena cari gali lagi ilmu breastfeeding. Harap ibuu-ibuu sifu diluar sana, sudi bantu saya.

okbai, nak pergi sambung mengepam. Bai

Sekian, belanja pic my hensem boy, Alfi Imann Idraqi

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

Boleh punyer tuuu...akak tiga-tiga semua BF until 2 tahun.

Fiza Rahman said...

Sengih2 baca ni. Tunggu alfi besar sikit, dia yg selak sendiri baju minta nenen 😁

Insyaallah... Mesti boleh sampai 2 tahun. Part mengepam tgh malam tu memang akk dah lama x buat sebab penat. Tunggu weekend ok sikit. Ni tgh nak buat stok susu. Nak puasa ni takut susu drop 😁

IK Tia said...

ni dah semat azam kuat-kuat nak bf anak sulung..insyaAllah.

Sue Izza said...

seronok baca,sekurangnya rara dah adapengalaman,kak sue ni lagi la zero heheheh...seronoknya bila ada kawan-kawan yang support dan bagi nasihat positif kan...Kak sue sekarang tak de makan milkbooster pun,yang ada en somi yang suka buat kelakar dan sentiasa happykan ibu ngan anak ni ,bila happy susu memang meriah heheheh Alhamdulilah seronok rasa,thank jugak caatatan rara ni boleh kak sue wat panduan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...