20 April 2017

Bufet Ramadhan 2017 Iftar Di Tempat Teringgi Di Asia Tenggara

KL Tower Tempat Berbuka Puasa Yang Lain Dari Yang Lain


Sepanjang 7 tahun aku kerja di KL ni, ini kali ke dua aku pergi KL Tower, Kali pertama masa pergi buat lawatan pencawang RTM kat atas nun, aku pergi dulu terus-terus ke atas skali, bukan dapat masuk dalam, teringinnya nak masuk dalam, last-last rezeki tahun ni, dapat naik KL Tower skali dan dapat tengok bahagian ' dalam ' KL Tower. hehehe.

Pada tahun ini, KL Tower menyediakan bufet ramadhan bertemakan ' Iftar Seindah Ramadhan ' yang bermula dari 1 - 23 Jun 2017. So, seronoklah, bila berbuka, sambil melihat-lihat keindahan kotaraya KL. hehe. Siapa yang ingin berbuka puasa di KL Tower, boleh lah cepat-cepat buat tempahan. Kat bawah skali nanti aku paste all info okay.

cantiknyaaaaa. tempat menunggu sebelum naik lif.
Ruang makan - Megaview Banquet Hall
Now meh tengok all the menus. Kali ini, KL tower menyediakan lebih daripada 40 sajian yang berkonsepkan ' Citarasa Malaysia '. Walaupun citarasa Malaysia, tapi masih ada elemen sajian barat juga in certain menu.

Tapi, yang istimewanya, tahun ini, KL tower memperkenalkan hidangan yang menjadi rebutan ramai, sila sebut, apa menu yang selalu orang tanya bila kita pergi suatu tempat untuk berbuka puasa? Of course lah lamb. Tahun ni KL Tower menyediakan ROASTED LAMB untuk para pengunjung, dan ia dihidangkan pada setiap hari sepanjang bufet Ramadhan tahun ini.

Kakak tak sabar dah nak makan lamb, peminat num 1 lamb. haha
OK next joms tengok antara menu yang sempat aku snap haritu :




Amacam, mengancam kan all menus, kalau korang berminat, boleh lah book cepat tau! oh lg 1 gerai, ada gerai wastern, kat situ mereka hidangkan 3 jenis speghetti yang di masak panas-panas, antara salah satu nya carbonara ni, sedap hoiiii. Serius, kami repeat 2 kali. hehehe.

Okay, dah puas makan makanan panas, kita pergi ambil dessert pula. Dessert mereka sedia kan kuih muih, buah-buahan, kek dan pulut inti, legend betul ada pulut inti. hehehe. Aku idak lah makan pulut inti, kang kembung pulak si Alfi tu, hehe.

aku tanya kakak, tak gayat ke? TAK dia kata. haha
sebelum makan, sempat lagi kami selfie, hehehe. Bila lagi nak selfie dengan latar belakang KL, huhu. Lepas ni ntah bila nak naik KL tower lagi. hehe.

Selain itu, KL Tower juga dengan kerjasama Yayasan Restu juga mengadakan pameran ' Rehlah Nabawiyyah '. Pada pameran tersebut mereka mempamirkan beberapa bilah pedang Rasullullah dan Al-Quran lama.

Dalam masa yang sama semasa pelancaran Bufet Ramdhan di KL Tower 2017 haritu, mereka juga melancarkan program ramadhan di Menara KL iaitu Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017. Pertandingan diadakan pada hari Sabtu, 29April2017 mulai jam 7pagi hingga 12tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18tahun ke atas dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4orang dan terbuka kepada 30kumpulan dalam kategori Terbuka, Restoran/Hotel dan Masjid. Tarikh tutup penyertaan adalah 14April2017. Ada yang berminat?? Untuk info lebih lanjut sila ke website : www.menarakl.com.my
Lepas berbuka puasa, boleh lah jamu-jamu mana, beli FM ke, apa ke. hehehe. Jom beat, aku rasa korg xde FM menara KL kan? hahaha.

Okay, untuk harga Bufet Ramadhan KL Tower 2017,
boleh refer di bawah :

Iftar Buffet Ramadhan @KL Tower

Tarikh : 1 hingga 23 Jun 2017
Masa : 6.30 petang hingga 10malam



Early Bird Sebelum 15Mei2017
Dewasa RM89++
Kanak-kanak RM59++

Harga Biasa
Dewasa RM99++
Kanak-kanak RM69++

Pakej Keluarga
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak RM280++

PERCUMA
**1 Tiket Buffet Ramadhan dengan pembelian 10 Tiket Buffet Ramadhan
**Iftar untuk kanak-kanak berumur 5tahun ke bawah
**Tiket ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck)
**Sampul Raya Ekslusif KL Tower
**Kemudahan Surau disediakan

BOOKING : SILA HUBUNGI 03-2020 54444

Info :
Facebook : OfficalMenaraKL
Instagram : menarakl
Read More ->>

19 April 2017

Tips Kurus Lepas Bersalin

Alhamdulillah. Kali ni lepas bersalinkan Alfi. Habis pantang 44hari, aku dapat balik berat asal sebelum aku mengandung. Iaitu 65kg. Seronok bukan kepalang, bayangkan, last berat aku sebelum bersalin is 85kg. Hahaha. Gila kan. Sampai doc suruh aku minum air gula lagi skali tau masa minggu minggu akhir sebelum bersalin tu. Tak sempat nak minum, dah beranak. Haha.

Actually aku ada tulis 1 entry pengalaman aku berpantang, tapi xde kekuatan lagi nak publish. Nanti nanti lah kot. Haha. Okay. Harini nak cerita simple tips untuk kembali ke berat asal lepas bersalin. Senang je korang! Nak tau tak apa dia?

Ada 2 je tips dari aku. Iaitu, PANTANG BETUL-BETUL SELAMA 44HARI dan SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG MUNGKIN.

Serius lah korang, memang dalam pantang tu berat aku turun banyak gila. Memang aku pantang dalam keadaan yang mengerikan, sbb aku rasa jahit perut aku belah dalam macam tetas, tapi aku tetap makan banyak, nasi 3kali tambah. Hahaha. Aku siap tanya mak aku, mak, boleh ke tambah nasi? Mak aku cakap " tambah jelah raaaa " haha.

Tapi lauk aku hanya lah rebus rebus dan grill. Dah hujung hujung pantang baru nak aku masakkan kari ayam. Sebelum sebelum tu memang sup sawi, ikan bakar, ikan goreng pun ada jugak. Sbb dah x lalu tengok lauk grill. Haha. Ikan aku makan salmon. Norwegian salmon, sebab bagus untuk ibu bf, khasiat banyak.

Dah makan banyak banyak tu, x risau ke berat tak turun? Memang aku tak risau pun. Sebab apa. Lepas makan banyak banyak tu, semua tu jadi susu. Hehe. Lepas makan susu memang menitik nitik. Confirm. Aku cepat cepat pam. Dah pam tu, DF alfi plak. So sume lemak pegi ke alfi. Hehehe.

Tapi lepas df tu, jgn makan pulak. Kalau lapar, just makan roti, minum kopi cicah biskut. Jangan makan benda benda yg manis manis sangat. Kompom korang boleh kurus.

Aku mmg teruja gila. Tak sangka gak dengan breastfeeding boleh kurus. Betul lah apa yang ibuu ibuu lain cakap. Hebatnya breastfeeding. Aku idak lah kurus sangat. Tapi dapat lah berat sebelum preggy. Now pun berat 62kg. Tu pun makan kemahen banyak. Kang kalau x makan. Susu xde pulak kan.

So, bagi mommy to be di luar sana. Masa preggy nak gemuk xpe, makan je. Tapi yg sihat sihat jelah. Hehe. Nanti dalam pantang. Pantang betul betul tau. Then bf anak banyak banyak. Kompom kurusssssss. Hehehe. Ok bai.

Masa lepas bersalinkan kakak dulu, nak dekat 2 tahun baru aku dapat berat 60kg, skrg lepas je pantang, terus dpt balik berat 60kg, hebatnya kuasa breastfeeding kan. #ilovebreastfeeding
Read More ->>

18 April 2017

Sebak tengok susu expired

Rabu lepas Alfi demam, Alfi kalau demam tak mcm kakak dia dulu, kalau kakak, diam jeee, tidur je, Alfi plak jenis suka merengek, tak ank baring, dia nak berdiri! berdiri okayyyy!!! Bayangkan. haha. 2 malam kami laki bini tak cukup tidur, sampai Khamis malam tu, papa terpaksa bawak Alfi turun bawah, nenek dodoikan, tidur dalam pelukan nenek, baru lah lena. Dia nangis mcm ada yg tak kena, nangis macam sakit.

Last-last Jumaat tu kami balik lah Ipoh, buat tetemas, sebab tengok dia mcm pelik, asek nangis je, semua tak kena, kalau tidur asyik terkejut je. Jumaat malam tu, bawak pergi jumpa sorang Opah ni, ( kawan mak aku punya parent ), dia boleh berubat orang.

As usual, org tua akan guna kapur dan daun sireh, lepas ' tengokkan ' Alfi, dia kata Alfi terkejut,ada lah ' benda ' yang dia nampak tu, tu yang asyik menangis je. So opah tu bekalkan sireh + pinang 3 set, kena kunyah dan calit di sendi Alfi sebanyak 3 kali, then air jampi, mandikan 3 kali, dengan bacaan ayat Al-Quran. Alhamdulillah malam tu dah lena tidur, letak bawah pun dah tak nangis, lega aku rasa.

Asalnya memang aku nak balik Ipoh, nak ambil susu yang aku simpan kt Ipoh, haritu tak boleh bawa balik skali, sebab belum beli deep freezer, ni dah ada deep freezer, boleh lah bawak balik, Ahad tu baru aku kemas-kemas susu, rupanya, masa kemas-kemas tu, aku jumpa susu yang bulan 12 punya. Ya Allah, memang expired lah jawap dia.

Rasanya haritu masa dalam pantang, dah guna dah rules FIFO ( first in first out ), tapi ada jugak yang terlepas pandang. huaaaa.

Lepas tu, bila di tengok di kira-kira balik, susu yang bulan 1 pun dah x boleh guna, dah 3 bulan, dalam freezer, susu bertahan cuma 3 - 4 bulan, IF bercampur dengan ayam ikan, so 3 bulan jelah. THEN apa nak buat, buang jugakkk lahhh! BANYAK KORANG!!!!

bila di kira-kira balik, almost 150oz, Tak tau nak cakap apa, aku memang sedih sangat, sebak masa tengok susu-susu tu, titisan emas yang sangat berharga. Tapi nak buat mcm mana, buang jelah, memang tak boleh minum dah. Aku pesan kat mak aku, mak bagi lah pokok mak minum ye. huhu.

Cerita tak habis kat situ je, masa nak balik petang tu, cek semula, ada lagi yang terselit selit, kena buang lagi, nak dekat 200oz jugak lah semuanya, hurmm xpelah, aku redha, nak buat mcm mana, bukan rezeki adik. dan Alhamdulillah, masih banyak yang boleh di bawa balik.

5 jam perjalanan dari Ipoh ke KL, (jemokay!) susu baik-baik je,

Cara bawa susu untuk travel jauh, aku guna tips ni.

- Beli gabus, ais batu, dan garam kasar.
- 1st layer, letak ais batu, tabur garam.
- 2nd layer letak susu,
- 3rd layer taburkan semula ais batu, then garam

Alhamdulillah tak cair lansung susu, ais batu pun x cair, siap melekat-lekat lagi adalah. Orang kata kalau risau, sellotape gabus tu, tapi laki aku kata tak payah, hahaha. okayyyy! tak payah, jangan ingkar cakap laki. haha.

So bulan ni kita habiskan susu ni dulu ye dik, ntah sempat ke tak nak habiskan pun tak tau lah, deep freezer pun nak penuh dah tu. hahaha. Alhamdulillah untuk rezeki Alfi, 4 bulan Alfi masih lg fully BF, moga sampai 2 tahun ibuu dapat susukan Alfi. Amin.

Orang tanya aku, apa tips bagi susu banyak, aku takde tips korang, cuma~ HAPPYKAN DIRI, makan nasi banyak-banyak, jangan diet! hahaha. Makan coklat! mesti susu banyak! huhu.
Read More ->>

14 April 2017

Cara Yang Betul Minum Green Tea Untuk Kurus

Green Tea Untuk Ibu Menyusu


Hai korangggg! bersiaran lagi! hehehe. Harini nak cerita tentang Green Tea. Green Tea, kalau kita dengar je green tea, apa yang korang akan fikir atau berlegar-legar dalam kepala? Of course lah green tea tu untuk detox, untuk kurus, betul x? yaaaa betul! hahaha. Siapa tak nak kurus, semua orang nak, cuma caranya kena betul. Nak nak ibu menyusu ni, boleh ke ibu menyusu minum green tea? boleh ke ibu menyusu diet?

Eh awak, kalau menyusu tak payah diet lah, nanti berat turun sendiri, walaupun makan nasi 3 kali tambah every day, hahaha. Macam aku ni lah, lapar sokmo, tapi berat turun, kahkah~ #ilovebreastfeeding. Cumanya yang PERLU ialah DETOX, detox itu bagus untuk clearkan atau bersihkan usus kita.

Perbezaan STEA dengan Green Tea yang lain


Harini nak memperkenalkan kata korang STEA. Stea adalah sejenis green tea yang PURE, Teh Hijau Asli dan daun tehnya dipilih daripada sumber yang berkualiti tinggi didunia. Bukan daun teh yang biasa-biasa tu tau!

Apa beza green tea STEA dengan yang lain? kan banyak green tea dipasaran kan, kenapa perlu pilih STEA? okeh, meh mak nak cerita kat anak-anak. hehehe. Daun teh STEA ni diimport dari Jepun, daun teh juga adalah 100% teh hijau, tiada campuran bahan lain. No at all. kalau teh hijau lain tu ada campur-campur kan, yang ni takde ye, so selamat!

Green Tea Yang Tidak Pahit ( Teh Hijau Yang Tak Pahit )


Satu kotak STEA terdapat 28 sachet ( 2gram each ). So sekotak kalau nak minum hari-hari tu tahan lah dalam sebulan. Jika korang boleh lihat, Stea ni jika kita rendam, warnanya tidak pekat, jangan ingat bila jernih tu tak bagus, bagus sebenarnya, bila jernih, so teh hijau STEA ni tidak pahit seperti teh hijau lain dipasaran tu, aku ada minum teh hijau yang pahit, memang tak boleh telan, kelat rasa lidah.

STEA ni memang tak pahit, and tak ada bau-bau herba ke, bau yang meloya-loyakan ke, tiada ye kawan-kawan, boleh minum dengan happy. hehehe. Dasar sangat kita ni kan! hehehe, yang pahit je tak nak, yang tak sedap je tak nak, haha.

Okeh, lagi 1 nak cerita, kita as ibu menyusu ni, risau kan nak minum green tea, tambah-tambah lagi mcm aku ni, banyak pantang larang, haha. Aku nak makan pape mesti takut, takut anak kembung, sampai kawan-kawan gelakkan aku sebab aku banyak sangat pantang. HAHA. aku biasalah paranoid sangat.

Tapi dengan STEA, Stea adalah teh hijau yang boleh diminum oleh ibu yang menyusukan anak, jangan risau, green tea ni tidak mengakibatkan sakit perut atau cirit birit tau. So tidaklah risau anak pun cirit birit lak nanti. Stea juga sesuai untuk seisi keluarga, suami nak minum ke, semua boleh, kongsi-kongsi k, jangan dekuttt. hehe.

Cara yang betul minum green tea


Apa-apa benda pun, korang kena tahu cara minum atau makan dengan betul, kalau salah, effect dia lain tau! Seperti green tea STEA ni, kalau korang nak minum untuk kurus pun ada cara dia.

- 2 kali sehari (pagi dan tengahari)
(Juga boleh bancuh sehingga 3 kali)

Waktu Minum :

- 30min selepas makan
- 1kali selepas sarapan
- 1kali selepas makan tengahari atau
- boleh juga di ambil 30min selepas dinner
- atau boleh juga diambil selepas mengambil makanan berat/berlemak/berminyak.

Cara Penyediaan :

- 1 uncang direndam 2-3min dalam 1 cawan air panas (tapi bukan air menggelegak)
- Simpan uncang di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara untuk digunakan tengahari.

Lepas habis minum, sila JANGAN BUANG HAMPAS TEA NI!
- Hampas STEA boleh diguna semula untuk scrub muka dan badan.

TIPS Minum Green Tea


*minum air kosong 3-6liter sehari (boleh juga ikut berat badan setiap 25kg = 1liter air)
*ambil makanan yg boleh tinggikan metabolisma (cth almond, epal hijau, broccoli)
*elakkan pengambilan kafein kerana stea juga ada kafein
*kalau ada ambil product asas COLLAGEN stop dulu. Sebab collagen buat buat selera kita bertambah
*kalau ada ambil sebarang slimming product boleh minum STEA 15-20min selepas ambil produk tersebut.

**TIDAK DISARANKAN MENGAMBIL STEA SEBELUM TIDUR. STEA BERFUNGSI DENGAN CEPAT WAKTU SIANG UTK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBAKARAN LEMAK.

**Penurunan berat badan adalah bergantung kepada metabolisma badan masing-masing. BAGI PENGGUNA YANG METABOLISMA RENDAH DISARANKAN UTK MENGAMBIL LEBIH SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN.

Bab makan or minum, kita org Islam sangat particular bab halal haram kan? Green Tea STEA ni disahkan Halal oleh JAKIM. So boleh diminum tanpa ragu-ragu. apa lagi, boleh lah dapatkan STEA ni, moga dapat kurus detox-detox sebelum raya. hehehe.


Harga Sekotak STEA 28sachet
RM60 Sahaja!

Untuk dapat kan STEA ni, korang boleh contact ejen-ejen berdekatan korang okay! TQ for reading!

*Johor*

Eja Shafeie 013-7229688 Kulai dan JB tengah
Liza Iza 017-7378745 Senai dan Tiram
Noorasrah bt Abdul rahim 017-7365334 Pasir Gudang dan Masai
Nurulfarhana 016-4446737 Ayer Hitam dan Parit Raja
Zuliza 017-338 1418 Batu Pahat dan Kluang

*Selangor dan Putrajaya*

Afiqah Zaidi 019-6667293 Klang Valley dan KL
Syira Zakaria 012-3655394 Bangi dan Kajang
Aya 019-3164845 Uitm Puncak Alam dan Saujana Utama
Zai Keflee 019-3020222 Shah Alam dan Alam
Megah Zairul Zailan 016-6370891 Puchong dan Putrajaya
Najdah 012-9563538 Subang Bestari dan Denai Alam
Syakirah 019-3366619 Puchong dan Petaling Jaya

*Negeri Sembilan*
Noradlin 016-3202444 Seremban dan Kuala Pilah

*Kedah* 
Junaida saidin 013-364 8583 Sungai Petani

*Brunei*
Nuraini Salina +6738902350
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...