Image and video hosting by TinyPic

20 April 2017

Bufet Ramadhan 2017 Iftar Di Tempat Teringgi Di Asia Tenggara

KL Tower Tempat Berbuka Puasa Yang Lain Dari Yang Lain


Sepanjang 7 tahun aku kerja di KL ni, ini kali ke dua aku pergi KL Tower, Kali pertama masa pergi buat lawatan pencawang RTM kat atas nun, aku pergi dulu terus-terus ke atas skali, bukan dapat masuk dalam, teringinnya nak masuk dalam, last-last rezeki tahun ni, dapat naik KL Tower skali dan dapat tengok bahagian ' dalam ' KL Tower. hehehe.

Pada tahun ini, KL Tower menyediakan bufet ramadhan bertemakan ' Iftar Seindah Ramadhan ' yang bermula dari 1 - 23 Jun 2017. So, seronoklah, bila berbuka, sambil melihat-lihat keindahan kotaraya KL. hehe. Siapa yang ingin berbuka puasa di KL Tower, boleh lah cepat-cepat buat tempahan. Kat bawah skali nanti aku paste all info okay.

cantiknyaaaaa. tempat menunggu sebelum naik lif.
Ruang makan - Megaview Banquet Hall
Now meh tengok all the menus. Kali ini, KL tower menyediakan lebih daripada 40 sajian yang berkonsepkan ' Citarasa Malaysia '. Walaupun citarasa Malaysia, tapi masih ada elemen sajian barat juga in certain menu.

Tapi, yang istimewanya, tahun ini, KL tower memperkenalkan hidangan yang menjadi rebutan ramai, sila sebut, apa menu yang selalu orang tanya bila kita pergi suatu tempat untuk berbuka puasa? Of course lah lamb. Tahun ni KL Tower menyediakan ROASTED LAMB untuk para pengunjung, dan ia dihidangkan pada setiap hari sepanjang bufet Ramadhan tahun ini.

Kakak tak sabar dah nak makan lamb, peminat num 1 lamb. haha
OK next joms tengok antara menu yang sempat aku snap haritu :




Amacam, mengancam kan all menus, kalau korang berminat, boleh lah book cepat tau! oh lg 1 gerai, ada gerai wastern, kat situ mereka hidangkan 3 jenis speghetti yang di masak panas-panas, antara salah satu nya carbonara ni, sedap hoiiii. Serius, kami repeat 2 kali. hehehe.

Okay, dah puas makan makanan panas, kita pergi ambil dessert pula. Dessert mereka sedia kan kuih muih, buah-buahan, kek dan pulut inti, legend betul ada pulut inti. hehehe. Aku idak lah makan pulut inti, kang kembung pulak si Alfi tu, hehe.

aku tanya kakak, tak gayat ke? TAK dia kata. haha
sebelum makan, sempat lagi kami selfie, hehehe. Bila lagi nak selfie dengan latar belakang KL, huhu. Lepas ni ntah bila nak naik KL tower lagi. hehe.

Selain itu, KL Tower juga dengan kerjasama Yayasan Restu juga mengadakan pameran ' Rehlah Nabawiyyah '. Pada pameran tersebut mereka mempamirkan beberapa bilah pedang Rasullullah dan Al-Quran lama.

Dalam masa yang sama semasa pelancaran Bufet Ramdhan di KL Tower 2017 haritu, mereka juga melancarkan program ramadhan di Menara KL iaitu Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2017. Pertandingan diadakan pada hari Sabtu, 29April2017 mulai jam 7pagi hingga 12tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18tahun ke atas dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4orang dan terbuka kepada 30kumpulan dalam kategori Terbuka, Restoran/Hotel dan Masjid. Tarikh tutup penyertaan adalah 14April2017. Ada yang berminat?? Untuk info lebih lanjut sila ke website : www.menarakl.com.my
Lepas berbuka puasa, boleh lah jamu-jamu mana, beli FM ke, apa ke. hehehe. Jom beat, aku rasa korg xde FM menara KL kan? hahaha.

Okay, untuk harga Bufet Ramadhan KL Tower 2017,
boleh refer di bawah :

Iftar Buffet Ramadhan @KL Tower

Tarikh : 1 hingga 23 Jun 2017
Masa : 6.30 petang hingga 10malam



Early Bird Sebelum 15Mei2017
Dewasa RM89++
Kanak-kanak RM59++

Harga Biasa
Dewasa RM99++
Kanak-kanak RM69++

Pakej Keluarga
2 Dewasa + 2 Kanak-kanak RM280++

PERCUMA
**1 Tiket Buffet Ramadhan dengan pembelian 10 Tiket Buffet Ramadhan
**Iftar untuk kanak-kanak berumur 5tahun ke bawah
**Tiket ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck)
**Sampul Raya Ekslusif KL Tower
**Kemudahan Surau disediakan

BOOKING : SILA HUBUNGI 03-2020 54444

Info :
Facebook : OfficalMenaraKL
Instagram : menarakl
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Assalam Cik Rara..sori lari tajuk kat atas..hehhe..masih jual tiffin? Saya nak beli kalau ada ...wasap boleh?014 6940353. Thanks!

    ReplyDelete
  2. Tinggi di langit nak buka puasa ya
    .
    Surau pun mesti besar 😁 lepas solat sambung makan

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com