06 April 2017

Minyak Yu Yee Cap Limau Pelbagai Guna Untuk Bayi

Cara Merawat Perut Kembung Bayi


Kalau ditanya kepada orang-orang tua, " minyak apa yang baik untuk bayi? " mesti mereka akan sebut " Minyak Yu Yee Cap Limau ". Tanya lah sesiapa pun, mereka akan sebut minyak yu yee dulu. hehe. Baik mak aku, baik nenek pengasuh Alfi. Pape pun mereka akan request minyak yu yee.

Masa aku bersalinkan Alfi dulu, aku ada lah beli minyak-minyak yg moden-moden ni, tapi mak aku tak puas hati, dia kata, nak jugak minyak yuyee, tak selesa rasanya bila letak minyak moden ni di perut Alfi. HAHA.

Actually, aku pun suka Minyak Yu Yee ni, aku suka bau dia, mmg segar sangat pada aku, Princess pun dulu pakai minyak Yu yee je dari kecil sampai besar. Memang tak guna minyak lain pun. Minyak Yu yee ni kalau korang nak tau, wujud sejak tahun 1860 tau! bayangkan dah 153 tahun di pasaran! hebat kan!


Cara menggunakan minyak Yu Yee :


Macam aku, lepas mandi je WAJIB letak minyak yuyee di perut dan tapak kaki. WAJIB okay, kalau tak letak, mst aku rasa mcm kekurangan.

Lepas mandi kan sejuk, bila pakai minyak yu yee, baby akan rasa panas-suam yang boleh membuatkan dorang rasa selesa sepanjang hari.

Titiskan je 2 3 titis minyak di tapak tangan, then ratakan di seluruh perut bayi dan tapak kaki. Siap!

Rawatan Untuk Batuk dan Selsema Tanpa Ubat


Okay, sepanjang aku jadi ibuu ni, aku memang jarang bagi ubat kat anak-anak, MELAINKAN betul-betul ubat tu diperlukan, kalau demam, aku selalu lap-lapkan anak aku dengan kain basah, kalau suhu tinggi sangat, baru bagi ubat demam.

Kalau batuk atau selsema, aku tak bagi ubat juga, sebab mengikut pengalaman aku, kalau bagi ubat batul or selsema, batuk tu getting worse, so memang aku tak bagi ubat.

Salah satu cara yang aku buat, aku sapukan minyak Yu Yee pada dada mereka.

Bila anak batuk atau selsema, senang je, lepas mandi, atau setiap 3 4 jam, sapukan minyak yu yee di dada mereka, dan waktu tidur malam, sapu minyak yu yee di tapak kaki dan pakaikan stokin. InsyaAllah lepas tu akan reda batuk @ selsema tu.

Tips : 
- kalau selsema putih cair, means badan baby sejuk
- kalau selsema hijau, means baby dah terkena virus

Cara Merawat Perut Kembung Bayi


Okay, nak bagitahu korang, kalau perut baby kembung, boleh juga guna Minyak Yu Yee tau, bukan bagi baby minum ye, haha, tapi, SAPUKAN dan urut di perut bayi. Kalau korang rasa perut baby korang keras je, kalau tepuk perut tu bunyi macam ada angin, cepat-cepatlah sapukan minyak yu yee ni, sapu lebih sikit dari biasa pun takpe, urut perut baby ikut arah jam, urut dalam 5 minit gitu, sampai baby kentut.

Kandugan minyak yu yee : Peppermint Oil (36.0% w/v), Clove Oil (2.6% w/v), Nutmeg Oil (0.6% w/v), dengan bau-bauan peppermint, sangat selesa dihidung kita dan bayi, aku kalau pening-pening pun aku sapu je minyak yu yee ni, segar rasa kepala. So kena selalu standby minyak yu yee kat dalam handbag.

Saiz minyak Yu yee paling kecil ialah 10ml, so senang sangat kalau nak dibawa travel, dan korang tak perlu risau jika terhentak minyak ni kat lantai, sebab minyak yu yee didatangkan dalam bekas seperti tin ni, so no worries. Oh lagi 1 nak cerita, minyak yu yee ni HALAL ye, dulu ada isu minyak yu yee tak halal kan, now dah ada cop Halal, so boleh digunakan tanpa ragu-ragu, untuk kegunaan luar je tau, jangan pergi minum pulak. kahkah.

Dak Alfi lepas mandi, lepas pakai minyak Yu Yee, bahagia je budak ni, nampak camera je mst senyum. hahaha. So, apa lagi, untuk ibu-ibu yang tak tahu nak belikan minyak apa untuk bayi, boleh dapatkan minyak Yu yee, kat mana-mana kedai pun ada jual, tapi pastikan original ya.

Sekian sharing untuk harini, baiii, TQ for reading. #muahciked

5 comments:

Lisa Nurulain said...

minyak yu yee ni best. tak pedas sangat and tak bau sangat. sesuai untuk budak. bau sedap.. lisa yang dewasa ni pun masih pakai ni lau pening kepala

Yaya Azura said...

Lama takde baby kecik..maknannya lama jugak tak membeli minyak yu yee..tp kalau sapu kat mak budak pun best ni..

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan
sampai skrg gunakan

Amanda Suria said...

Suka bau minyak yu yee...rindu nak ada baby la...ehhh

Normi Nieza said...

minyak turun temurun..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...