05 April 2017

Penangan Mak Anak Dua

Pagi ni aku bangun kul 3am, selalu bangun kul 5 atau 4.30, tapi harini 3am dah bangun, lepas susukan Alfi, zassss settle kerja, and now, aku dah rasa mcm lalok. hahaha. Udahlah baru lepas breakfast nasi lemak ayam. HAHA.

Kenapa bangun awal sangat 3am? Aku pon tak tau lah kenapa bangun awal, sebab aku runsing tengok baju berlonggok tak lipat, mata aku sakit je tengok. huhu, sindrom mak mak sangat. Selalunya, lepas mandi, sementara tunggu magrib, aku akan settlekan baju kakak nak pakai kat school esok, baju adik yang nak topup rumah pengasuh, tapi semalam adik merengek nak susu, tak nak tidur, so tak dapat nak settlekan semua.

then ajar kakak membaca pulak, sampai Magrib, lepas magrib, makan, layan adik, sambung layan kakak, 9pm, adik dah mengamuk nak tidur, susukan adik sampai lena, aku kononnya nak lipat lain lah, settlekan semua hal, pas tu boleh lak kakak buat hal.

aku tengah lipat baju, dia boleh menangis nak buat homework, aku cakap lah, kakak xde homework harini, eh tidak, nangis-nangis gak nak buat homework, geram pulak aku rasa. Aku tunjuk beg dia, mana ada buku untuk buat homework, eh nangis lagi. Adoiiii, kalau ikutkan hati, aku dah nak jadi hulk dah.

Tapi, sabar safura, sabar, dah janji kan nak jadi ibuu yang baik, ingat, kakak nak mintak perhatian tu, so aku pujuk dia, " kakak takde homework harini, Friday baru ada, dah jom tido," aku tinggalkan kain semua bersepah, then peluk dia, ajak tidur, tepuk tepuk macam aku buat kat adik, lama-lama dia terlena, aku pun lena. choiii~ HAHA


nasi lemak win! 

Pas tu aku sedar jam dah 1.30am, hurmmm mengantuk gila kot, tidur sikit lagi, then 3am bangun, mmg ngantuk gila, tapi bangun gak sebab jenguk bawah katil, kain selambak. hahaha. So pantas bangun, lipat kain, laki aku tanya, kenapa x tidur, nak lipat kainnnnn, dia kata esok-esok lah, eeeiii tak boleh tunggu esok, esok lagi banyak kainnnn, huaaa. takpelah, aku bangun lipat je, sekejap je siap, aku kan suka lipat kain. hahaha. then susun kain dlm almari,

then, pergi pulak turun, gosok baju sekolah kakak, gosok baju keje aku, then basuh botol susu adik, basuh pam susu aku, label all susu adik yang nak bawa rumah nenek BS, then naik atas balik, basuh tudung sekolah kakak yg rendam semalam, then tengok-tengok dah kul 5am, huaaaa.

5am time aku pam susu, pam pulak susu sampai 5.45am, dah habis pam, Alfi pulak nak susu, bagi susu, subuh, terus g kerja, huaaaaaaaaaaaaaaaaa. ( mandi dulu lah tapi ), hahaha. gila lah, kul 3am bangun, pas tu tak tidur-tidur lah, lagi panda lah mata aku ni.

Breakfast tadi bantai aku mkn nasi lemak, huaaa, lapar weiii, aku kena makan berat pagi-pagi, kang kalau makan acah-acah, susu segan nak keluar. HAHA. so breakfast aku mmg like a king. haha. Korang bangun pukul bape? aku ni anak 2 pun bangun 3am, kalau anak 3 4 mcm mana weiii. HAHA.

Apa-apa pun, ibuu sayang anak-anak ibuu, maaf andai ada terkurang dari ibuu, ibuu cuba perbaiki ye anak-anak. #naktidokejapbolehtak #kejebanyak #lunchkaranglahtido huhu

3 comments:

Liyana said...

jgn tingtong hari ni sudah la ibuu HAHA

Nurfaezah Abdullah said...

Tetiba fae teringat satu video by omputeh lady ne pasal being parent is disgusting. Tajuk memang kontroversi sikit tapi bila i watched the video, baru i faham. Eheh.

HanNis SaNia said...

huu lepas ni kita senasib.smlaaa xth mcm nk urus harian lepas naik keje nti dengan anak 2. balik cuti ni kakak umo 1 thn 9bln. adik of course 3 bln -_-
.. mampukah daku???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...