Image and video hosting by TinyPic

18 April 2017

Sebak tengok susu expired

Rabu lepas Alfi demam, Alfi kalau demam tak mcm kakak dia dulu, kalau kakak, diam jeee, tidur je, Alfi plak jenis suka merengek, tak ank baring, dia nak berdiri! berdiri okayyyy!!! Bayangkan. haha. 2 malam kami laki bini tak cukup tidur, sampai Khamis malam tu, papa terpaksa bawak Alfi turun bawah, nenek dodoikan, tidur dalam pelukan nenek, baru lah lena. Dia nangis mcm ada yg tak kena, nangis macam sakit.

Last-last Jumaat tu kami balik lah Ipoh, buat tetemas, sebab tengok dia mcm pelik, asek nangis je, semua tak kena, kalau tidur asyik terkejut je. Jumaat malam tu, bawak pergi jumpa sorang Opah ni, ( kawan mak aku punya parent ), dia boleh berubat orang.

As usual, org tua akan guna kapur dan daun sireh, lepas ' tengokkan ' Alfi, dia kata Alfi terkejut,ada lah ' benda ' yang dia nampak tu, tu yang asyik menangis je. So opah tu bekalkan sireh + pinang 3 set, kena kunyah dan calit di sendi Alfi sebanyak 3 kali, then air jampi, mandikan 3 kali, dengan bacaan ayat Al-Quran. Alhamdulillah malam tu dah lena tidur, letak bawah pun dah tak nangis, lega aku rasa.

Asalnya memang aku nak balik Ipoh, nak ambil susu yang aku simpan kt Ipoh, haritu tak boleh bawa balik skali, sebab belum beli deep freezer, ni dah ada deep freezer, boleh lah bawak balik, Ahad tu baru aku kemas-kemas susu, rupanya, masa kemas-kemas tu, aku jumpa susu yang bulan 12 punya. Ya Allah, memang expired lah jawap dia.

Rasanya haritu masa dalam pantang, dah guna dah rules FIFO ( first in first out ), tapi ada jugak yang terlepas pandang. huaaaa.

Lepas tu, bila di tengok di kira-kira balik, susu yang bulan 1 pun dah x boleh guna, dah 3 bulan, dalam freezer, susu bertahan cuma 3 - 4 bulan, IF bercampur dengan ayam ikan, so 3 bulan jelah. THEN apa nak buat, buang jugakkk lahhh! BANYAK KORANG!!!!

bila di kira-kira balik, almost 150oz, Tak tau nak cakap apa, aku memang sedih sangat, sebak masa tengok susu-susu tu, titisan emas yang sangat berharga. Tapi nak buat mcm mana, buang jelah, memang tak boleh minum dah. Aku pesan kat mak aku, mak bagi lah pokok mak minum ye. huhu.

Cerita tak habis kat situ je, masa nak balik petang tu, cek semula, ada lagi yang terselit selit, kena buang lagi, nak dekat 200oz jugak lah semuanya, hurmm xpelah, aku redha, nak buat mcm mana, bukan rezeki adik. dan Alhamdulillah, masih banyak yang boleh di bawa balik.

5 jam perjalanan dari Ipoh ke KL, (jemokay!) susu baik-baik je,

Cara bawa susu untuk travel jauh, aku guna tips ni.

- Beli gabus, ais batu, dan garam kasar.
- 1st layer, letak ais batu, tabur garam.
- 2nd layer letak susu,
- 3rd layer taburkan semula ais batu, then garam

Alhamdulillah tak cair lansung susu, ais batu pun x cair, siap melekat-lekat lagi adalah. Orang kata kalau risau, sellotape gabus tu, tapi laki aku kata tak payah, hahaha. okayyyy! tak payah, jangan ingkar cakap laki. haha.

So bulan ni kita habiskan susu ni dulu ye dik, ntah sempat ke tak nak habiskan pun tak tau lah, deep freezer pun nak penuh dah tu. hahaha. Alhamdulillah untuk rezeki Alfi, 4 bulan Alfi masih lg fully BF, moga sampai 2 tahun ibuu dapat susukan Alfi. Amin.

Orang tanya aku, apa tips bagi susu banyak, aku takde tips korang, cuma~ HAPPYKAN DIRI, makan nasi banyak-banyak, jangan diet! hahaha. Makan coklat! mesti susu banyak! huhu. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. lahai sygnye susu.... bertabah la... byk betul susu yek..

    ReplyDelete
  2. halo dak bambam eyyy geram fae tgk hehehehe

    ReplyDelete
  3. mmg best nyusu anak dgn susu kita sndiri sis..nikmat dia lain mcm..aish smpi takmo.minum susu tepung..hadudud

    ReplyDelete
  4. takper kerapkan mengepam bg jer Alfi minum insyaSllah bnyak. jgn lupa mak dia kena minum susu jugak.. 😉

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com