19 April 2017

Tips Kurus Lepas Bersalin

Alhamdulillah. Kali ni lepas bersalinkan Alfi. Habis pantang 44hari, aku dapat balik berat asal sebelum aku mengandung. Iaitu 65kg. Seronok bukan kepalang, bayangkan, last berat aku sebelum bersalin is 85kg. Hahaha. Gila kan. Sampai doc suruh aku minum air gula lagi skali tau masa minggu minggu akhir sebelum bersalin tu. Tak sempat nak minum, dah beranak. Haha.

Actually aku ada tulis 1 entry pengalaman aku berpantang, tapi xde kekuatan lagi nak publish. Nanti nanti lah kot. Haha. Okay. Harini nak cerita simple tips untuk kembali ke berat asal lepas bersalin. Senang je korang! Nak tau tak apa dia?

Ada 2 je tips dari aku. Iaitu, PANTANG BETUL-BETUL SELAMA 44HARI dan SUSUKAN ANAK SEKERAP YANG MUNGKIN.

Serius lah korang, memang dalam pantang tu berat aku turun banyak gila. Memang aku pantang dalam keadaan yang mengerikan, sbb aku rasa jahit perut aku belah dalam macam tetas, tapi aku tetap makan banyak, nasi 3kali tambah. Hahaha. Aku siap tanya mak aku, mak, boleh ke tambah nasi? Mak aku cakap " tambah jelah raaaa " haha.

Tapi lauk aku hanya lah rebus rebus dan grill. Dah hujung hujung pantang baru nak aku masakkan kari ayam. Sebelum sebelum tu memang sup sawi, ikan bakar, ikan goreng pun ada jugak. Sbb dah x lalu tengok lauk grill. Haha. Ikan aku makan salmon. Norwegian salmon, sebab bagus untuk ibu bf, khasiat banyak.

Dah makan banyak banyak tu, x risau ke berat tak turun? Memang aku tak risau pun. Sebab apa. Lepas makan banyak banyak tu, semua tu jadi susu. Hehe. Lepas makan susu memang menitik nitik. Confirm. Aku cepat cepat pam. Dah pam tu, DF alfi plak. So sume lemak pegi ke alfi. Hehehe.

Tapi lepas df tu, jgn makan pulak. Kalau lapar, just makan roti, minum kopi cicah biskut. Jangan makan benda benda yg manis manis sangat. Kompom korang boleh kurus.

Aku mmg teruja gila. Tak sangka gak dengan breastfeeding boleh kurus. Betul lah apa yang ibuu ibuu lain cakap. Hebatnya breastfeeding. Aku idak lah kurus sangat. Tapi dapat lah berat sebelum preggy. Now pun berat 62kg. Tu pun makan kemahen banyak. Kang kalau x makan. Susu xde pulak kan.

So, bagi mommy to be di luar sana. Masa preggy nak gemuk xpe, makan je. Tapi yg sihat sihat jelah. Hehe. Nanti dalam pantang. Pantang betul betul tau. Then bf anak banyak banyak. Kompom kurusssssss. Hehehe. Ok bai.

Masa lepas bersalinkan kakak dulu, nak dekat 2 tahun baru aku dapat berat 60kg, skrg lepas je pantang, terus dpt balik berat 60kg, hebatnya kuasa breastfeeding kan. #ilovebreastfeeding

4 comments:

mama tisya said...

mmg breastfeeding bole turunkn berat bdn ngan cpt..dlu ms breastfeeding tisya ada yg tegur kurus dr sebelum pregnant hehe...tp skarang xde dh kurus...mkn manjang hehe

Chekgu Azrine said...

tp akk plak lepas bersalin jd sekerempeng..tak kisah la bf ke x..hahahha..so xelok utk akk sbb akk kalau kurus sgt buruk..so lps hbs pantang mmg kena put on weight skt..to skang ni dh berlebih2 dah put on weight..hahaha

Nurfaezah Abdullah said...

Good tips sis ;)

HanNis SaNia said...

btol2. org kata dlm pantang la masa nk mmbetulkan segala urat2. hihi.. lps pantang berat turun lg byk dr sblm mgandung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...