28 April 2017

Tutorial Simple Fresh Makeup dengan Shizens Visage Collection

Fresh Look Makeup


Hai korang! suka tak kalau aku cerita bab makeup. Mesti suka kannn! huhu. Aku sejak mengandungkan Alfi dulu, memang gila makeup weii. Siap masuk kelas makeup, tapi hasrat untuk jadi mua terpaksa ku pendamkan sebab anak kecil lagi dan menyusu. Tunggu lah Alfi besar sikit baru aku beraksi, skrg ni slow-slow dulu.

Tapi!!! bila Shizens offer try dorang punya new collection, aku pun mesti lah mahuuu, siapa mahu menolak, Shizens the best makeup set ever! Suka sangat! Jom tengok item-item apa yang aku dapat. Get excitedddd uolssss.

Untuk Visage makeup collection ni, aku dapat 4 item, iaitu Natural Pore Nutrient Foundation PRO, Duo Eyesahdow, Aqua Liner ( brown ), dan Smack Lipstik. Konsep yang Shizens bawakan kali ini more to natural beauty. Reveal our natural beauty.

Yang aku faham, natural beauty ni ialah makeup yang nipis, bukan yang over sampai ubah muka kita. Kita makeup untuk nampak muka kita segar, tidak lah pucatttt je macam orang sakit kan. hihihi.

Okays, jom kita review satu-satu dan cara apply skali.

Natural Pore Nutrient Foundation PRO - Rm242

Selepas apply korang punya moisturizer, boleh terus apply foundation, ini bukan makeup like a pro tau, just yang simple-simple je, tak perlu nak ber concealer bagai. Kita terus je apply foundation ni.

Yang bestnya, foundation ni berbentuk stick. tak perlu susah-susah nak picit keluarkan dia, just terus je " conteng " kat muka korang, then dap dap kan menggunkan sponge yang dorang sediakan skali. Ikut lah sponge mana yang korang selesa nak guna. Ratakan foundation ke seluruh wajah.

Cantik kan bekas dia, nampak mewah, kena lah dengan harga. kofkofkof. 

Masa aku mula-mula apply foundation ni di wajah, aku terusssssssssssss jatuh cinta korangggg! sebab texture dia sangat ringan, tak terasa pun macam pakai foundation. Foundation ni takde lah full coverage. macam aku, aku apply 2 kali foundation ni, HAHA, baru nampak ok sikit.

Tapi yang bestnya kulit korang akan rasa moist sbb FD ni siap ada vit E dan FD ni 100% talk free tau. Bau dia ermmm just nice, nyamannn. Aku suka. oh ya, foundation ni SPF 50 tau, so selamat lah kulit kalau terdedah kepada cahaya matahari.

Bentuk stick yg gemuk. hehe. Senang nak apply. FD ni datang dengan 1 tone color je, sesuai untuk semua warna kulit, if korang cerah, okay lah, kalau gelap sikit macam aku, kena lah cari loose powder yang match dengan color kulit, kang jadi tepung gomak lak. hihi.

Shizens Hue-Duo Eye Shadow in Sepia Pink - Rm136

Done with foundation, then loose powder, next apply pula eyeshadow, eye shadow ni boleh lah mengikut kreativi korang. hihi. eh makeup ni juga seni tau, HAHA. Jangan tak tahu.

untuk mendapatkan fresh look, ofcourse kena ambil eye shadow pink, dalam set Sephia Pink ni, terdapat 2 tone pink, 1 pink cerah dan 1 lagi pink yang agak gelap, tapi tak gelap sangat lah, ala ala copper, tapi dengan pink tone. Dua-dua tone ni shimmer shimmer, liplap liplap, mak sukaaaa noks. hehe.

Macam aku, aku apply di seluruh kelopak mata dengan pink gelap tu, then di tengah-tengah, apply pink terang, gittew~

Liquid Aqua Eyeliner Brown Rm95

Done with eye shadow? next apply eyeliner pula, macam aku yang bermata kuyu ni, aku sangat memerlukan eyeliner untuk menampakkan mata yang besar dan segar bugar. HAHA. Tu sebab aku mmg akan pakai eyeliner, kalau tak. alaaaahaii, orang ingat aku mengantuk. Hihi.

Eyeliner dalam visage collection ni adalah eyeliner yang berbentuk liquid ( cushion type liquid ). Ada setengah orang kata liquid ni susah nak apply, tapi dengan Shizen visage collection ni, senang je, sebab dia didatangkan dengan brush ( lid ), bukan jenis liquid eyeliner yang bentuk pencil tu.

Aqua eyeliner ni juga jenis lightweight, jika apply di kelopak mata, tak terasa sangat pun. Ia juga cepat kering, smudge proof dan tahan lama, mampu bertahan selama 12 jam, tapi nak cuci pun senang je, no worries. Yelah, kita nak solat kan, kang susah cuci jenuh pula.

Shizens Smack Lips - RM89

ok, yang terakhir, tak lengkap makeup tanpa lipstik kan. Untuk fresh makeup look, lipstik juga haruslah pink uols. hehehe. Lipstik ni jenis matte, aku apply hanya di tengah bibir, alaaa ala-ala Korea tu. hehehe. sbb jika apply di seluruh bibir, jadi pelik pulak rasanya. hehe.

Lipstik ni diperkaya dengan coconut oil dan sunflower butter tau untuk lock moisture pada lips kita. Eh, kalau korang nak tahu, lipstik ni juga boleh dijadikan blusher. Calit sikit di pipi, then dap dap, aku tak guna lipstik ni, tapi aku guna eye shadow pink td as a blusher, kahkah, cantik tau sebab dia shimmer shimmer. Try lah!

Best tau! 1 set ni, siap lah fresh makeup look kita, simple-simple je utk naikkan seri wajah orang kata. hehehe.

Dapatkan SET INI DENGAN HARGA HANYA RM199


Ini part yang sangat penting! Harga set ni adalah Rm1503 tau! TAPI! dari 1st March hingga 31 May 2017, korang boleh dapatkan SET VISAGE Shizens ini hanya dengan RM199 SAHAJA!!! Gila kan! dapatkan di Major Shizens Store okay!

Cepat pergi beli, untuk stok Raya nanti. HEHE!


Lagi 1, jangan lupa juga untuk join contest selfie okay! Contest bermula dari 15 April - 15 Mei 2017, dan juga boleh dapatkan FREE makeover di kaunter Shizens dengan menunjukkan kod unik : VISAGE01.



So, ini lah hasil wajah aku sebelum dan selepas makeup, lepas makeup baru lah nampak ada seri sikit kan, kalau tidak, macam muka orang sakit. hehe. So, cepat dapatkan set visage Shizens! okay!

More info :


Bai! Tq for reading, muahciked!


1 comment:

Lea Azleeya said...

wahh ok jugak produk ni... mesti mahaikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...