31 May 2017

Kakak Sophea Dah Besar!

Lama ibuu tak cerita pasal kakak Sophea. Lama dah tak panggil kakak dengan nama Princess macam dulu, skrg banyak panggil kakak Imann dgn Sophea. Tapi kdg-kdg aku rindu nak panggil dia Princess. Nama dari baby, nama manja dia.

Kakak dah sekolah, makin bijak, makin pandai cakap, cakap dah macam orang besar. Dia sekolah Pre-Tahfiz, kalau balik rumah, selalu lah dengar dia baca surah-surah. Pastu buat muka bangga kat aku. haha. Di sudut kecil hati aku, bangga jugak dgn anak aku ni, walaupun masuk lambat, bulan 3 baru masuk sekolah. Tapi teacher dia cakap dia budak yang suka belajar, cepat belajar, gigih nak belajar. Alhamdulillah.

Kakak tak jealous ke dengan adik? ermm kadang-kadang jeles jeeee. Kalau dulu, masa adik mengempeng, dia pun nak jugak, siap cakap, " ibuu kakak nak isap **** ibuu jugak, mcm adik " hahaha gila ko! tak nak aku. hahahaha. Aku just bagi dia minum susu yang aku pam je, dia nak minum tau. HAHA.

Kakak dah tak minum susu formula, dah tak minum botol. aku ingat lagi, sebulan sebelum aku nak bersalin tahun lepas, dia dah slow-slow kurang minum botol. Seminggu sebelum aku bersalin, mmg totally tak minum botol dah, just minum susu dalam kotak. Dia pun mcm bangga tau dengan diri dia, dah tak minum botol susu. HAHA. sabar jelah.

Masa aku bersalin, paling kesian kakak lah, mmg terabai sangat, dia kurus gila korang! berapa KG dia lost, kaki tu kurus sangat! Kakak ni jenis manja, makan aku suap, makan kena teman, so masa aku pantang, dia xnk kat orang lain kecuali maksu cik dia, so lepas balik KL, aku tackle balik selera dia, bagi semula dia makan vitamin C dan vitamin-vitamin lain, Alhamdulillah, selera dah makan skrg, berat pun dah naik, ( even still nampak kurus ) hehe. mmg body stock model. haha.

Ada juga hikmah aku dalam pantang, kakak dah totally Free diapers. sblm ni, dari umur 3 tahun, dia pakai pampers malam je, sbb ibuu malas nk ajak dia bangun kencing tengah malam. haha. Then masa aku dalam pantang, dia sendiri tak nak pakai pampers, dia kata, adik pakai pampers, takkan dia nak pakai pampers gak. HAHA. So satu hari tu pampers habis, Opah pesan, lepas ni pampers habis tak payah beli dah. so pampers habiss, malam tu dah takde pampers dah dia nak pakai. Aku cakap, " kakak, pampers kakak dah habis, nak tak pakai pampers lain, " kakak mmg tak suka pampers lain, dia nak mami poko jeee.

Pastu dia cakap, TAK NAK! nak mami poko. Aku cakap, mami poko dah habis, then tak payah lah pakai pampers, dia kata OK! hahaha. gigih aku gerak dia bangun, just 3 malam je aku gerak dia bangun, lepas tu terus dah OK, dia pulak cakap kat aku, ibuu, seronok lah kakak tak pakai pampers dah. HAHA. See, dia pulak suka tak pakai pampers. Now kalau nak kencing, dia akan bangun sendiri, pergi toilet dan kencing. ibuu is terharuuuuu~ besar dah kakak.

Aku tak tau lah orang lain yang ada anak kecik, then ada anak besar 5 tahun mcm aku ni macam mana korang handle, tp aku kesian sgt kat kakak, time dia suruh aku ajar dia belajar, adik nak menyusu. Time dia nak kita suap dia makan, adik nangis, adik pulak jenis tak leh letak, manja kededek uwekk. adoiii. kesian kakak. Paling kesian bila dia cakap, ibuu, ibuu tepuk lah kakak tidur, alahaiii. sedih sgt aku rasa.

Aku tanya dia, kakak sayang adik x? dia kata, sayanggggg~ jadi kakak sabar lah eh kakak, adik besar sikit lagi nanti, senang dah ibuu nak ajar kakak. huhu.

Paling aku bangga dgn kakak skrg, kakak dah pandai pergi buang air besar sendiri and basuh sendiri. HAHA. skali je aku ajar dia, then dah pandai dah, siap tak nak aku tunggu, ibuu pergi lah, kakak basuh sendiri. HAHA. Sampai punya lah paranoid, lepas je buang air besar, aku siap g bau tangan dia, nk pastikan dia sabun. HAHA.

Ni haritu kat school ada exam, aku risau gila dia nak exam, beriya lah study ni, last-last esok tanya dia, kakak exam macam mana? ermmm exam susah lah ibuu, teacher taknak tolong kakak. HAHA. mmg lah kakak oiii! exam kannn! then hari ke 2 ke 3 tu kata senang, senang. hahaha. ok lah kakak. baru 5 tahun, ibuu nak expect apa kn. Ibuu doakan kakak selalu berjaya. Ibuu tau kakak budak bijak. Kakak budak cepat belajar. Semoga kakak terus berjaya tau! Ibuu sayang kakak!
Read More ->>

29 May 2017

Bufet Ramadhan Murah 2017 D'Saji Jalan Semarak

Bufet Ramadhan Felda D'Saji


Asslamualaikum korang! berbuka kat mana harini? ke masak? kalau macam rasa nak makan luar, terfikir-fikir tempat yang best untuk berbuka puasa, okeh, meh sini, maybe korang boleh masukkan D'saji dalam list tempat berbuka puasa yang best. HEHE. Aku dan D'Saji tak dapat dipisahkan. Tapi, ini kali pertama aku datang cawangan Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak ni.

Actually, dari 2008 lagi Felda D'Saji menganjurkan Bufet Ramadhan. Tapi, tahun 2017 ni, D'Saji menawarkan beberapa venue terkemuka Lembah Klang. So orang-orang Lembah Klang, apa lagi, moh lah kita.

YB Tan Sri Shahir Bin Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan Felda, telah melancarkan Majlis preview bufet ramadhan D'Saji bersama media kali ni, bersama pemangku dan ahli-ahli Lembaga FELDA, pengurus kanan FGV serta jabatan kerajaan lain juga turun memeriahkan majlis.

Tahun ini, D'Saji menawarkan 6 lokasi berbuka puasa yang boleh korang tempah secara individu atau pun berkumpulan. Untuk kemudahan kita menunaikan solat, surau dan imam untuk solat terawih pun disediakan tau! so idoklah hanya makan je, tanggungjawap sebagai umat Islam tidak diendahkan.

Tempat letak kereta pun banyak disediakan, jangan risau, tak kurus pahala puasa mencari parking. hehe. Yelah, kalau pergi ke tempat yang tak cukup parking pun 1 hal jugak. Sakit hati kan, huhu.

besar gila dewan ni! Teruja mak!
bersama geng makan! kakak ida baharum! hahaha
Okeh, dah terangkan apa yang patut, jom lah round-round, menu apa yang hado. Adoiii mengelegak perut ni, cari nahas betul lah! Sebelum VIP datang, kami ambil-ambil gambar dulu. Banyak gila menu yang disediakan, berbaloi sangat lah dengan harga.

Konsep yang dibawa untuk Bufet Ramadhan 2017 kali ini ialah Masakan Tradisi dari pelbagai pelusuk negeri yang dipilih mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Yang bestnya, kat sini ada jugak makanan yang dimasak secara " live " tau, panas-panas, memang terbaik lahh!

Hidangan istimewa ini disediakan oleh Chef Ismail Jaafar, bukan saja boleh rasa di Dewan Perdana Jalan Semarak ni, tapi kalau korang pergi Red Carpet Avenue Strand Mall atau di Kajang Perdana Avenue, pun boleh merasa masakan dari Chef Ismail Jaafar.

Kalau round dari pintu masuk, awal-awal lagi korang akan nampak seafood KAVA ni, apa tu seafood kava ntah, tapi mcm shell out gittuh, aku makan ni share dgn ida je. HAHA. Sambal dia sedap, x pedas sangat, budak-budak yang tahan pedas pun boleh makan, ada juga jagung dan brokoli.

Sotong goreng tepung pun hadooo, goreng panas-panas, kan aku ckp tadi, masakan live, kalau makanan bergoreng, dorang goreng panas-panas kat situ. Sedap kan kalau makan panas-panas ni, sotong goreng tepung dia rangup.

Sambal tumis udang, besar bapak udang dia, aku tak makan, risau pulak Alfi tu, aku kan menyusu dia, rasa sikit-sikit je seafood. Tapi kalau tengok dari rupa, mmg nampak sedap sangat sambal tumis udang ni.

Daging Halia, daging ni dihiris nipis-nipis, sedappnyaaaa.

Tempoyak Ikan Patin

Ayam Masak Padang

Pajeri Terung, makan dgn nasi panas-panas, perghhh~

siput sedut peberet ida baharum, tak habis habis dengan Siput dia, aku tak pernah makan seafood, percaya tak. hahaha.

Pakchoy masak tiram, sedappppp.

Ulam-ulam tidak ketinggalan

Ni fav mak aku, kalau kat rumah aku, kami panggil ni " pecal " korang panggil apa? sedap tauuu! huaaaa tapi aku tak leh makan, menyusu kannn, semua ni sejuk, angin, kembung pulak anak kang.

Bermacam-macam jenis kerabu, hoiii, sape peminat kerabu ni?

Berjenis-jenis sambal!

NASI DAGING! sedap yakmat! aku makan ni! terasa semua, daging pun lembut sangat!

Spaghetti pun aku makan, hahaha, mmg dasar kuat makan kan! kuah putih sedap, kuah merah pun sedap! eh semua sedap lah!!!

Soto! bihun atau nasi impit. pilih nak yang mana.

Laksa, mak hanya mampu merenung dari jauh! nampak orang makan kuah laksa, sedapnyaaaaa. huaaaa. 2 tahun kena pantang hoiii!

Mana orang pantai timur neh? Rice to Wednesday pun hado! hehehe

PEKASAMMMMM! how i miss u! pun aku xleh makan, hanya mampu merenung.

Tapi bab dessert aku makan, mana boleh tinggal. semua aku makan. HAHA. sedap hoiii! nona manis pun ada.

coq ikan bilis.

Pisang goreng!

Apam beras, kuih childhood sangat!

Apam balik!

roti boom!

goreng-goreng, mee kuetiow panas-panas.

kuih pun buat live weiii!

Kambing GOLEK! hah! ni aku x sempat makan, sedihhhh! beratur panjang gila! biasalah kambing kannnn! kemahen ramai peminat, kalau ckp bau kambing marah, tapi kambing suka makan! hahaha. gurau je.

Buah-buahan segar!

basuh kaki. hahaha
Rumah Limas antara tarikan kat sini, sempat lah aku basuh kaki kat rumah limas tu. kahkah! Tiffin pink tu, gila lah, zaman bila punya tu ntah, cantik gila deko.

Ni antara menu yang kami ambil. hahaha. banyak gila makan. TQ Felda D'Saji! hehe.

Okeh, nak bagitahu lagi 1 info, Bufet ramadhan Felda D'Saji bukan sahaja ada di Dewan Perdana Jalan Semarak k, tapi ada juga di 5 venue lain.

-Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
-Kajang Perdana Avenue, Kajang
-Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
-Orchard Villa, Jalan Gombak
-Lake Chempaka Villa, Bandar Baru Bangi

So boleh pergi mana yang berdekatan dengan korang okay! Yang pasti makanan semua sedap!
Dewan Perdana Felda
Dewasa : 78+
Kanak2 : 45+

Contact person :
Pn. Emilda : 017-2886920
Cik Azizah : 019-2822933 

Kajang Perdana Avenue
Dewasa : 49+
Kanak2 : 29+

Contact Person :
En. Azan : 014-3388794
Pn. Nadia : 019-2956232 

Red Carpet Avenue
Dewasa : 39+
Kanak2 : 23+

Contact Person :
Cik Hidayu : 012-9214691
Pn. Nurul : 0192424775 

Restoren Terapung Titiwangsa
Dewasa : 79+
Kanak2 : 39+

Contact Person :
03-40210098 

Orchard Villa
Dewasa : 37+
Kanak2 : 22+

Contact :
03-40210098

So cepat pergi book,
50% untuk 3hari pertama pada Bulan Ramadhan
Potongan Istimewa untuk Warga Emas & OKU

More Info :

Tel : 03-2698 8302
Email : salesdsaji@felda.net.my

Bai! TQ for reading, LOVE, Vivy #ehh

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...