Image and video hosting by TinyPic

11 May 2017

Berkat Madinah Kajang - Kedai Arab Untuk Orang Kajang

Kalau dulu orang pergi Mekah, mst kita " mengharapkan " oleh-ole dari Mekah, kalau ole-ole popular dari Mekah confirm Kurma Ajwa, Gum Arab, Kacang Bijak, Celak, Inai dan lain-lain lagi. HAHA. betul tak betul tak? Pas tu lagi 1 yang popular, gelang yang gulung-gulung warna merah tu. Popular kot zaman aku kecik-kecik dulu.

Tapi, nowadays, kalau korang nak cari barang-barangan Arab ni, makanan Arab, tak perlu dah nak tunggu or kirim dari mereka yang ke Mekah, semuanya ada dalam satu kedai. Berkat Madinah namanya, kedai pengimport dan pembekal makanan dari Arab.

Aku punya lah suka kedai ni, sebab macam-macam makanan dari Arab ada, nak nak aku ni jenis makan kurma Ajwa je, so senang nak cari kurma Ajwa kat sini. Kurma Ajwa adalah milkbooster terbaik untuk ibuu menyusu macam aku ni.

Kalau 2 tahun lepas kami pernah review Berkat Madinah di Ampang, kali ni nak bawak korang tour kedai Berkat Madinah cawangan Kajang pula. Besar kedai di Kajang ni, dan parking pun senang. bersepah parking. huhu.

Kedai Arab Berkat Madinah di Kajang lebih kurang sana je dengan Ampang, so orang-orang Kajang dan yang berdekatan, boleh lah datang sini je borong kurma, puasa dah nak dekat dah ni. So jom round kedai, apa yang ada di sini. weeee~

Kalau dah nama pun kedai Arab, so macam-macam jenis Kurma lah yang ada, korang suka kurma yang mcm mana? juicy? kering? manis? kurang manis? semua hado, tapi kakak suka kurma Ajwa, ntah lah korang, kurma Ajwa je yang boleh masuk dengan tekak. Kalau nak petik kurma dari pokok pun boleh, nampak tak belakang tu ada pokok kurma, tahun depan berbuah lah tu. Gurau je. HAHA.

hah korang pilih lah, nak yang lonjong, nak gemok pendek, nak gelap, nak cerah. hahaha. semua hado! Kalau kurma yang warna kuning sikit atas tu, nampak kering kan, tapi manisnya, Ya Ampun, tak tahan mak. Yang lonjong bawah ni ok sikit.

okeh yang ni aku suka, Kurma Coklat. HAHA. Kalau bab coklat bagi kat aku, aku suka! Macam mana cara nak bagi budak-budak suka makan kurma? ini lah cara dia, mak budak pun suka, bagi kurma coklat kat dorg, Tamrah ni adalah sejenis kurma yang telah disalut dengan dark chocolate. Bukan tu saja, biji kurma tu pula digantikan dengan Almond tau! sedapnyaaaaa lahai~ Semua skali boleh makan, tak payah risaukan biji dia.

Kalau kat rumah mak mertua aku, mak mertua aku suka kurma ni, seperti kat atas ni, gemuk-gemuk, juicy tapi kurang manis. tahan lama tau. tak kering pun, sesuai untuk sahur dan berbuka puasa.

Cara makan kurma mengikut Sunnah Nabi ialah, makan dalam jumlah yang ganjil, afdal 3 biji. InsyaAllah makan kurma 3 biji semasa sahur, akan buat kita kekal bertenaga, aku kena bersedia ni, sebab nak menyusukan Alfi lagi nanti bulan puasa nanti. Ramai sifu-sifu dah ajar aku, persediaan ibu menyusu dalam menghadapi bulan puasa, kunci utama, makan KURMA! yeahhh!

okeh, lagi 1, ni kurma yang dijual secara borong, means, sekotak terus. Kalau korang takde idea nak bagi gift kepada kawan-kawan sempena nak menyambut puasa ni, boleh bagi kurma ni, pack siap-siap dalam plastik. Harga sekotak kurma begini lebih murah.

Okeh, next kita ke bahagian kacang-kekacang, ni paling aku suka, duduk depan ni, lepas satu, satu jenis aku telan. HAHA. Kacang gajus masin paling aku suka. ahhhhh. Tapi tak boleh makan banyak, nanti Alfi kembung perut.

Kekacang ni, bagi sesiapa yang takde Eczema, bagus sangat tau, untuk minda, untuk diet, untuk milkbooster. Aku jenis suka kacang yang masin-manis. sedapnyaaa. Tapi harini nak cerita kat korang jenis kacang yang boleh cegah KANSER.

Cara untuk cegah kanser - Biji Aprikot Untuk Cegah Kanser. 

Berdasarkan kepada buku “World without Cancer”, biji aprikot mentah mengandungi kadar
kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain.

Aku dah rasa wei, mmg pahit gila biji Aprikot ni, hahaha. Pedo orang perak kata. Lepas makan, melekat kat lidah rasa pedo tu. Tapi org kata, yang pahit tu lah bagus. betul tak? Tapi mak tak boleh tahan rasa dia nakkkk~ huhu.

Cara Makan Biji Aprikot :

Penggunaan biasa dan anti penuaan : (1-4 biji setiap 4 jam)

Kecantikan : Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya,kulit terlihat lebih berseri,segar dan permukaan wajah lebih halus.

Kewanitaan : Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja).

Amalan Pemakanan Seharian Biji Aprikot

Cara : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan biji apricot tersebut.

Selamat mencuba korang!

Roti 50sen. Roti di Berkat Madinah Kajang ni memang menjadi kegemaran ramai, korang tahu tak, roti ni, letak je habis, letak je habis. Berebut-rebut katakoooooo. Orang-orang sini mmg dah tau dah time roti ni keluar, sampai sanggup menunggu. Aku pun kadang-kadang pesan kat suami aku roti ni. Roti ni sedap di makan kosong macam ni atau cicah kopi. Try lah korang, 50sen je.

Herb Bread pun 50sen je, aku suka juga, sbb rasa herb, rasa macam mana eh nak describe. Tak tahu lah, korang kena cuba, yg ni tak leh cicah kopi. HAHA. Yang ni makan cenggitu saja pun sodap.

Ni antara mereka yang berebut roti dengan Pak Arab. hahaha.

Ni roti fresh from oven! bau dia, mengancammmmmmm!

Air Zamzam, kalau dulu, asal orang pergi Mekah je kirim air zamzam, now tak perlu, just singgah je Berkat Madinah, Ampang atau pun Kajang, sentiasa ada stok Air Zamzam, insyaAllah. Tak perlu runsing nak fikir, mana nak cari air zamzam.

Shifaa Habashi Black Seed Oil. Punnn boleh dapatkan kat Berkat Madinah Kajang, mcm mcm kegunaan dia tauuu! Kalau untuk penggunaan luaran, black seed oil ni boleh merawat Panau, Kurap, Gatal-gatal atau bengkak.

Arabic Gum, aku memang suka arabic gum ni, untuk pengidap eczema, psoriasis, memang sangat memerlukan arabic gum untuk dijadikan prebiotik. Apa itu probiotik dan prebiotik? Sila google ya. kang panjang berjela pula entry ni. hehehe.

Kebaikan Arabic Gum atau Al-Manna :

- Membantu menurunkan paras kreatinin dan gula dalam darah untuk pesakit buah pinggang dan diabetes.
- Melambatkan & mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang akibat diabetes.
- Sumber Prebiotik Asli, meningkatkan bakteria baik (probiotik) dalam usus.
- Mengurangkan risiko penyakit berpunca dari usus, kolesterol, lemak dan gula.
- Menyelesaikan masalah sembelit dan buasir.
- Meningkatkan sistem imunisasi badan. 80% imunisasi badan bergantung dari sistem usus, perkumuhan dan perut yang baik.
- Kandungan fibre yang tinggi merendahkan kolesterol dan kurangkan risiko menghidap penyakit jantung.
- Amat sesuai dicampur ke dalam susu anak2 untuk meningkatkan tahap kesihatan dan imunisasi dari serangan demam dan pelbagai penyakit.
- Melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Kadang-kadang orang tanya, mana nak beli Arabic Gum ni, memang susah nak cari orang yang jual, kalau ada pun mahal sbb mereka dah rebranding, Tapi kalau beli di Berkat Madinah, just Rm15.90 sahaja. Ada yang ketul, ada yang powder. Dua-dua boleh guna, just rendam je dalam air, then minum. Semudah ABC gittew.

Chia Seed dan Black Seed pun ada dijual di sini. Chia Seed as usual, kalau nak kurus, minum lah chia seed. Senang nak membuang juga.

Pati Kurma mampu merawat denggi secara semulajadi. Aku suka pati kurma ni, sesuai untuk orang yang tak makan kurma macam aku. kahkah. Pati Kurma baru Rm12.72. Mampu milik kannnn!

Kelebihan Pati Kurma :

- Mengurangkan kolestrol
- Cegah Kanser dan tumor
- Untuk penghadaman yang baik
- Sumber vit A, B komplek, C
- dan mampu merawat penyakit anemia dan denggi secara semula jadi

Pati kurma ni 100% semulajadi tau, tiada gula tambahan, tiada pengawet dan tiada pewarna tau! So selamat untuk seisi keluarga.

Then kita pergi kepada Pati Buah Delima pula. Pati delima juga banyak kelebihannya, antara salah satu kebaikkannya,menurunkan tekanan darah, menurunkan LDL ( low density lipoprotine ) atau kolestrol JAHAT dan juga membantu cegah kanser payudara tanpa merosakkan sel yang sihat.

Cara minum senang je, bancuh 2 sudu pati buah delima dengan air sejuk, kacau dan minum, sedappppp~

Olive oil. pun banyak sangat benefit dia, aku paling suka guna bila goreng sayur, or masak speghetti. mmg sedap! Moh lah kita ke arah hidup yang lebih sihat. hehe.

Selfie dengan jus buah delima, pom voleyyy~

Madu. Selalu korang guna madu untuk apa? Aku selalu guna bila batul. Princess dulu masuk je umur setahun, asal batuk aku bagi je madu. Untuk org dewasa, Madu + Lemon. InsyaAllah berkurang batuk tu. Try lah. Di berkat madinah ni, macam-macam jenis madu hado. Pilih saja nak yang mana.

cinonet sangat! omei!

Cleopatra Honey! untuk kulit. wow! boleh cuba ni. hehe

Habbatussauda dalam bentuk capsul. Aku suka makan yang ni, sebab apa tau, kalau makan, burp burp keluar angin. kalau aku makan benda berangin, nak buang angin tu, laju-laju aku makan habbatussauda ni. korang try lah.

kat sini macam-macam jenis ada tau, korang pilih ikut keperluan korang yang mana 1.

Madu untuk kebahagiaan rumah tangga, hahaha. siapa nak cuba? Madu ni adalah madu campuran, dia ada khasiat tersendiri, jangan salah try, kang naya jerrr. hehehe.

Next nak cerita kat korang antara makanan yang paling BEST di berkat madinah! huaaaa teringat sampai harini, sedapnyaaaa.

BAKLAVA!

Baklava k! bukan Pavlova. hahaha. Baklava ni manisan orang Arab, memula aku tak suka tau, lama-lama, eh sedap pulerrr, nak nak makan masa tengah lapar. haha. Baklava ni ada bermacam jenis, ada peanuts, ada pistachio dan lain-lain lagi, tapi yang paling favorite aku ialah Baklava sarang burung kat bawah ni, tak manis sangat, cruncy, ada pula gajus, alahaiii dap dap! MUST TRY tau korang!

Bahagian dalam bird nest baklava. Mana anak burungnya, takde ponnnn. HAHA.

Kalau pergi kedai arab, kalau tak minum jus delima fresh tak sah kan. Jus delima kat sini selalu sold out tau, geram aku, sbb mereka guna buah delima yg berkualiti je. Nasib-nasib korang kadang-kadang dapat yang manis, kadang-kadang dapat yang pahit. hiks. Jus delima dah menjadi amalan aku masa mengandung dulu, bagus untuk baby dalam perut.

Then kalau nak beli segala rempah pun ada kat sini weii, nak buat Briyani ke, Mandy ke, boleh beli di sini, kalau tak nak masak susah payah, beli je sebungkus yang dah siap skali beras tu. Pun hado!

Okeh, as yang korang tau, suami aku kan dah kurus, dari 120kg - 90kg, ramai yang tanya aku, dia tak makan nasi ke, now makan apa, okeh, ni rahsia dia. Laki aku makan ni lah! Hummus! HAHA. Hummus ni ialah kacang kuda, yang dilenyekkan. haha.

Laki aku kata, makan ni je dah kenyang, makan lah dengan roti arab tu. Memang dia tak makan nasi, then work out, tu boleh kurus tu, kalau aku? mampus pitam! hahaha. Korang try lah tau! Mana tau sempat kurus nak raya ni. hehe.

Macam-macam benda ada jual di Berkat Madinah ni, cakap je nak apa, harga pula berpatutan, korang sediakan duit je. hehehe. Pewarna Saffron ada, Jem Ceri, Jem Stoberi, Spread Choclate ala-ala nutella pun ada.

Selain makanan, perfume juga sangat digemari masyarakat Arab, bermacam jenis perfume dorang. Semua mampu milik, bau pun sedap-sedap. Memakai wangian kan Sunnah Nabi. So berwangi-wangi lah kita, tapi jangan over pulak.


Then mari jenguk chiller mereka pula.

kalau olive ni segala mmg makanan dorg lah, pilih je nak perasa yang mana, nak yang masin, masam, pedas, pilih je. hehe. aku kalau beli Subway, suruh org tu buh olive banyak-banyak. sedap!

Ni salah sorang pekerja berkat madinah Kajang tengah tunjuk cara dia potong kambing, woiii tajam woi pisau tu! dorg potong guna mesin je, berdebar aku tengok.

Lepas potong, jadi lah slice slice begini. Then pilih lah korang nak bahagian mana, perap, buat grill, sedapnyaaa. lama tak makan. Oh nak buat briyani kambing ke. Nyummmsss sedap gakkk!

Buah pinggang kambing, HAHA. penah tak makan? siapa mengidam? boleh lah try. Aku, ermmm takpelah, terima kasih.

Basil seed flavored drink. dap dappp. Tapi manis!

tengoklah pelanggan di sini, mana pernah stop. nak nak lagi dah nak dekat bulan Ramadhan, lagi penuh kedai ni, orang datang borong Kurma. Korang jangan lupa datang! All item direct from Arab.

Selfie 1 kali with kesayangan~ hehehe. Ni kali pertama berjumpa bertiga dalam tahun ni, bayangkan, busynya kami. hikhok. 

So, kalau korang nak datang sini, ni alamat untuk korang.

BERKAT MADINAH KAJANG

Ground Floor Unit No. PA-S-17 PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan


TQ for reading uols. LOVE Vivy. Ehhh. Raraa. HAHA
BYE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. wahhh besoo gile kedai ni.. mcm2 ada.. puas nk pilih.. harap nnti ada sebuah kat ktn.. senang nk cari produk arab..

    ReplyDelete
  2. BEST GILER...!
    tengok gambar2 pun dah mengimbau kenangan kat Tanah Haram sana.. :) confirm akan pergi terjah tempat ni nanti.. POkchik pun suka ni.. huhuhuuu.. apasal la sebelum ni tak tahu ada kat Kajang, dekat je u ollss.. heheheheee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Best yer kurma coklat tu rara..alahaiiiiii nakkk! Panjang betul review rara ni tau...kat kajang ye...kalau singgah sana buleh singgah nak beli kurma coklat hahahaha

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com