Image and video hosting by TinyPic

13 May 2017

Buffet Ramadhan Paling Best Di KL - Bufet Ramadhan di Ancasa Hotel

Buffet Ramadhan 2017


Lamanyaaaaa baru aku nak update review Ramadhan Bufet di Hotel Ancasa haritu. Alaaaa saja je update lambat-lambat supaya korang tak lupa nanti. hehehe. Kalau korang berhajat untuk bawa famili atau kawan-kawan berbuka puasa di luar. Tempat yang paling best berbuka puasa adalah di ANCASA HOTEL!!! yeayyyyy!!! siapa yang " pemakan " memang digalakkan datang sini, sebab menu dia banyak GILA! hohoho. Berbaloi sangat-sangat dengan harganya uols.

Dengan berkonsepkan " Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur " sangat sesuai lah buat mereka yang mencari rezeki di Kuala Lumpur ni dan yang sangat rindukan masakan ibu-ibu. Tema kali ini selera desa, atau dengan kata lain, lauk-lauk kampung. hehehe. Tapi kampung tak kampung pun, kambing golek tetap hado!

Juadah-juadah berbuka puasa ini adalah hasil dari gabungan hebat chef-chef yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kulinari. antara chef nya ialah, Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias dan juga pasukan mereka yang hebat-hebat belaka.

Murtabak, WIN.
Roti Canai kaler-kaler wei. HEHE
Hah amekkau, buka puasa dengan roti canai hipster, siap kaler-kaler katakooo. HAHA. Siapa yang tak mo makan nasi, boleh makan roti canai, kari kambing! terbaek! Dan juga murtabak. Murtabak sangat sinonim sebagai pembuka acara ketika berbuka puasa, betul tak? Tebal wooo murtabak diaaaa, aduhhh dap dapnyaaaa.

Antara yang uniknya tema pada tahun ini, pihak Ancasa Hotel dan Spa membahagikan setiap menu makanan mengikut gerai, gerai pulak gerai yang dinamakan mengikut tempat di mana yang dahulunya sangat popular agar dapat mengimbau kembali kenangan lama mak mak ayah kita dulu, seperti, Jalan Medan Pasar Lama, Forc Avenue, Warung Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney Warung Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road. Familiar sangat nama-nama tu kan.

Stimbot, whoaaaa banyak gila seafood, Makan jangan tak makan. Sos pun pelbagai. Gila lah, Nasib lah aku pantang lagi, kalau tak semua aku bedal. HAHA.

Nampak fresh kan semua seafood dia. Aduhhhhhh, Confirm nanti aku booking lagi masa bulan puasa. kofkof.

Ikan Bakar Portugis Style.

Ikan bakar dia ada ikan siakap, ikan kembung dan macam-macam lagi, sambal dia tu sedap gilaaaaa! Aku suka kalau nasi putih + ikan bakar, pun dah sodap dah! Terbaik!

Walaupun temanya selera kampung, tapi menu yang disajikan terdiri daripada pembuka selera, sup-sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Lebih 100 hidangan yang akan disajikan setiap hari okay, siapa diet, tak nak makan nasi, boleh makan makanan Jepun ni je, grill grill. sedappppp! Sangat healty uols. HEHE.

Sate dan pasemboq tak dilupakan, Pasemboq fav aku! bila tengok pasemboq, ingat masa aku kerja kat jalan kilang lama kulim dulu. aduhhhhh, memorable sungguh lahhhh!

Kuah kacang dia terbaek bak hangggg! HAHA, semua pun terbaik uols.

Kedai sup. hehehe. Warung Doraisamy, mcm mcm aneka sup ada. Sila pilih. hehe.

Okeh, moh ke menu utama, iaitu NASI! aku adalah manusia yang tak boleh hidup tanpa nasi. HAHA. Nasi 3 kali tambah, kalau tak kebuloq! Tapi disebabkan kat sini mcm mcm lauk ada, so aku amik nasi 3 sudu je, yang penting rasa semua menu.

Antara lauk yang disediakan ialah : Rendang itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Gulai ikan patin, Tempe goreng, Udang sambal, Sayur Goreng, dan tidak dilupakan ulam-ulaman. Semua SEDAP! Nora bagi 5 bintang!

Sila LAYAN gambar, Telan ailioq ya!

Kerabu dan Ikan Masin. WIN jugak
ermmmmmmmmmmmmmmm.
Fresh jugerrr semuanyaaaa.
Siput Sedut.
Sayur Campur sos tiram. sedapppp!
Dah makan nasi, mari beralih arah ke dessert pula. pencuci mulut katanyaaaaa. hehe. Lepas makan pencuci mulut ni, sila jangan sendawa dalam kereta okay! boleh buat gaduh woooo! HAHAHA. Tahun ni special tau! ATTENTION to DURIAN LOVER! hah, semua dessert digabungkan dibawah satu bumbung dengan tema DURIAN! gila betul lah!!!

Serawa Durian ( aku tak sempat makan, cilok ida punya. haha ), Bubur durian, Wajik durian, Dodol Durian, Kek Durian ( sedap gila ), Talam durian, Mousse Durian dan puding durian, HAHA. semua durian uols. Phewwww, panas badan. HAHA.

bubur dgiyan - serawa dghiyan
TART DURIAN, sedap yakmat.
Kek ni sedapppp sangat.
Next pencuci mulut yang bukan berasakan durian, pun sedap, buat aku juling biji mataaaa!

dessert LOVERRR!
kuih muih.
Puding roti kuah kastad, sedappppppppppp.
Donut yang sangat lembuttttttttttttttt!
Ni pon sedap hoiii!
Bagi peminat apam balik! nipis-nipis, rangup!

Nasi tumpang pun ada, nak tumpang pegi mana tak tau! hehe. Tapi yang aku nampak, kat nasi ni banyak lauk yang menumpang, yang ni tak sempat rasa sebab dah full tank, tapi aku tengok ramai yang ambil nasi tumpang ni, mesti sedap juga.

Hello handsomeeee! yang dinanti dan digemari ramai! encik Kambing i love u! HAHA. As usual, kambing golek Hotel Ancasa mmg tak mengecewa kan, sos black pepper dia, sedapppppp, terasa black pepper ni, dan yang penting, bukan rasa seperti black pepper yang ready made tu. Aku tak suka betul kalau yang ready made tu, tak berkualiti Chef lah kalau gitu kan!

Kambing golek didatangkan dengan Nasi Arab Khabsah! errrmmm dap dap! Ayam golek tergolek pun ada, ayam sedap, juicy. jangan lupa cuba okay!

Lepas rasa-rasa dah makan semua, sulam balik mulut tu dengan ubi kayu dengan sambal, kalau ada ruang lagi lah perut tu, then sulam semula dengan buah-buahan. HAHAHAA. Gila banyak makanan!

cantik kan deko buah ni.
Air panas dan sejuk tidak dilupakan. dannnnnnn aiskrim jugak untuk anak-anak. Anak kalau nampak aiskrim, benda lain tak nampak dah, pastikan dorg makan dulu kenyang-kenyang, rugi nakk oiii bayar kalau tak makan. hehe.

teman makan seketul. HAHA
Masa korang makan-makan nanti, ada lah iringan lagu-lagu klasik dari band ni, suara kakak perempuan tu sedap sangat! mendayu-sayu, lepas kenyang, mengantuk puler rasa mata. Nasib tak tidur atas meja. kofkof.

TQ akak ros yang cantik lagi cun, tahun depan jemput kami lagi ya! memang aku sangat recommended korang datang sini! memang berbaloi, makanan banyak dan sangat sedap! SERIUS ini tak tipu. Eh tak baik tau tipu. HEHE. So far aku rasa buffet ramadhan paling TERBAIK yang pernah aku join.

with cikgu cantik! selfie dgn kambing.
okeh, meh nak bagitahu, kalau korang nak dapatkan harga murah, booking SEBELUM 15MEI2017, korang akan dapat HARGA RM58, Tapi selepas 15 MEI, harga bufet akan menjadi RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk Kanak-kanak. So cepat booking okay!

Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50050 Kuala Lumpur

No Tel : +603-2026 6060 (sambungan 7703) - Saffron Brasserie

Again : 

Harga Buffet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa KL
RM68 (Dewasa)
RM40 (kanak-kanak)

Rm58 hanya untuk BOOKING terAWAL sebelum 15 MEI 2017 okay!

TQ for reading! muahciked.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com