09 May 2017

Checkup Adik Alfi Imann Idraqi 5 Bulan

Jari aku terkepit pintu umah BS adik Alfi td, sakit woiii, nasib tak menjerit aku kat situ, fikir umah orang je. HAHA. Now dh bengkak. aduhhhhh. Nasib boleh menaip lagi ni. HAHA.

Harini check up dak Alfi mok mok bambam kededek uwek 5 bulan, papa dia lah tu panggil kededek uwek, sbb nya, manja yang hamat-hamat wei budak ni, nampak je sado. geram rasa nk picit-picit je. Tak mcm kakak dia dulu, kakak dia hati sado gak, adik ni, badan je sado.

Appointment adik harini kul 10am, tapi kul 10am dah settle cek siap cucuk 5 bulan, harini cucuk 5 serangkai, relax je kena cucuk, ek sikit then diam dah. Berat dari 6.8kg bulan lepas, now 7.2kg. Panjang 64cm. Sikit je berat adik naik bulan ni, nape eh dik? Nak ringan kan badan ye dik, nak meniarap eh?

Adik dari lepas dah meniarap, tapi x reti nak keluarkan tangan, now nampak dia dah pandai keluarkan tangan, then baring semula, then menirap balik, dari atas lapik, sampai ke lantai dia golek-golek, last-last dengar dia menjerit je. HAHA. Yappedaaaa.

Adik ni manja tau, sikit-sikit nangis, pas tu nk mengempeng je, kuat gila menyusu. Aku sampai, mmg tak boleh nak buat apa, kerja nak melekat je, sepanjang malam, mmg aku kena serahkan jiwa raga aku kat dia, dia tau, mmg aku kena ada kat sebelah, bukak mulut, trus kena sumbat ***. adik adikkkk~

Aku sampai skrg mana boleh baking ke apa lagi, sbb dia lah. Tapi takpe lah, layan dulu anak-anak selagi mampu, nanti menyesal. Tapi kesian juga kat kakak. dia selalu nk kan perhatian aku. bila main dgn adik, dia datang lah mengendeng, Malam td kakak demam, Lepas subuh je ok. hurmmm. Kesian kakak.

Adik now kuat main air liur. betul ke mitos kalau anak main air liur, rambut ibu gugur? Aku rasa mitos tu betul, now rambut aku tinggal beberapa helai je, nasib ada EO young living, now aku tgh try yang tu, mohon rambut ibu akan tumbuh semua, huaaaaaaa. Lama-lama boleh botak.

Adik skrg kerja nak menyembang je, aku mcm nampak dah potential adik akan jadi mcm kakak, iaitu BANYAK CAKAP. HAHA. Tak sabarnya nak tunggu adik besar, nanti nak bawak 2 ketul ni jalan-jalan. hehe. Tapi kang rindu pula dorang masa baby. hurmmm. Papa kata, " cukup lah anak kita 2 ketul ni " hahahahahaha. Aku ok je, aku tau, dia tak mampu nak tengok aku sakit lah tu. laki aku ni badan je nampak sado. hati kecik, masa aku nk kena tolak ke OT dulu pun, berair-air merah-merah mata. HAHA.
Permata hati ibuu dan papa. Semoga awak membesar dengan sihat dan sempurna sayang ibuu. Lap chuuuuuuuuuuuuuuuuu~

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala tomeinya dia

Shahida Dzulkafli said...

Amboi.. Bambamnya peha tu.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...