17 May 2017

DIY hadiah hari guru mudah

Hidup aku mana pernah tak kelam kabut, kelam kabut sokmo. HAHA. Orang lain duk kecoh pasal hadiah hari guru, aku buat relax je, Tup Tup ada memo dari school kakak sampai, Teachers Day Celebration akan diadakan JUMAAT ni, okayyy!!! nasib aku baca buku memo sekolah kakak, kalau tak, kesian kakak. orang lain bagi hadiah kat teacher, dia sorang je tak bagi apa-apa.

So tugasan ibuu! is sediakan lah hadiah, takkan papa pulak nak buat kan! ibuu mmg suka bab bab ' meregek ' ni. HAHA. Kebetulan tadi aku nak pergi kedai bakery. Jumaat ni nak balik Ipoh, so aku bukak order untuk BROWNIES Kedut Meletops. Si mak Yong Erlina Rahmat tu, mengidam, dah meleleh leleh ailio. so mak buatkan lah, alang-alang bukak order kat orang lain juga. Kang kalau tak bukak order, ada yang amuk. HAHA.

So mak siap-siap g kedai bakery, beli barang untuk brownies, then cari bekas untuk DIY gift teacher kakak.

Senang gila buat hadiah ni, sap sap soi siap! Modal pun xde lah besar sangat, sebab aku buh coklat-coklat je dalam dia. Orang lain bagi pen lah apa, aku bagi coklat, biar teacher dia sugar rush. hehe. Kalau dah semua orang bagi pen, melambak pulak pen teacher tu, bagi coklat leh makan. hehe.


Bahan-bahan untuk DIY hadiah hari guru :

- Balang sedang Rm2.10
- Print card
- Reben
- Coklat-coklat 2 3 jenis

Hah gittew balangnya, cantik kan, aku kenan tengok penutup dia yang warna Rose Gold tu. antekkk~ teacher kakak ada 6 orang semuanya, tapi yang mengajar kelas 5 Years 2 orang, so 2 orang teacher tu aku bagi special sikit, ada pen merah seketul dengan bunga rose kristal. omei ngat-ngat. hehehe.

Card simple, google je background tu, edit ayat dalam dia, print! siap! tampal lah dengan kertas keras, cantik sikit, kalau tak lembik je pula card nya.

Masukkan all the items dalam balang, aku siap bagi 1 sachet white coffee. HAHAHA. weiii, asalnya nak bagi blend Essential Oil kat teacher dorang, tapi kang, ermmm risau dorang tak guna pulak, sayang je, dah lah mahal, so tukar plan, bagi coklat, so dorang akan makan. hehe. Tak membazir. Bijak tak ibuu. kofkofkof.

Then tebuk card, masukkan reben, then ikat! Siap! tak sampai 10 minit dah siap. 6 ketul je pun. haha. semoga teacher kakak suka, maaf kan ibuu, no idea nak bagi apa. SERIUS, no idea. Ni je yang mudah dalam masa yang singkat ni, esok dah nak kemas-kemas barang nak balik ipoh, so siap kan terus harini.

Tetiba rasa kelakar lak, dah jadi mak mak ni, benda-benda sekecil ni pun kita kena standby kan, aku yang dulu bukan yang sekarang. Kesian pulak tengok anak, karang orang lain bagi hadiah, dia tak bagi, telah budak-budak skrg kan, tahu jelah. Kita buat mana yang kita mampu. Janji ikhlas.

Ibuu harap kakak suka. Yeay! Jom pam susu pulak untuk adik!
#makbusy
#makmaknewbie
HAHAHA

Love Vivy, #ehh

9 comments:

Ibu Dilah said...

simple tapi cantik rara.. Dilah mlm ni baru buat.. bagi pen jugakkkk.. hahaha...

Normi Nieza said...

kreatif..:)

yaya_flanella said...

Niceeeee kak rara!

Inani Hazwani said...

Simple pun cantik jugak kak Rara buat macam ni :)

Inani Hazwani said...

Simple pun cantik jugak kak Rara buat macam ni :)

Mizz ErMa said...

kreatifnya akak..sy suka sy suka hihihi sy punya turn pulak lambat lagi, tahun depan anak baru masuk 5 tahun

Mrs Pip said...

Cantiknya kad tu..
Dan idea bagi coklat ni pun best juga...

Nisa said...

Haha, I'm a mother now and cannot wait to experience this - preparing everything for my children and take parts dalam kehidupan dorang juga. Gonna be exciting, ya?

Love Razila said...

Cantiknyer Rara...i like. good idea ni, i beli siap je u, x reti nak DIY... but for my little girl ingat nak try macam u buat ni lah. Macam senang je . HEHEHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...