23 May 2017

Dugaan Menyusukan Anak

Sambil menaip ni, tengah dengar lagu M2M, aku sebenarnya badan lemau lagi, tapi buat-buat happy and bertenaga, hahaha. lawan safura lawan. So moh lah menaip 1 entry, harini nak cerita kat korang dugaan aku sepanjang menyusukan Alfi. Kadang-kadang aku pernah fikir, adakah sampai sini je rezeki Alfi, tapi aku kuatkan semangat juga, teruskan juga.

Sepanjang aku susukan Alfi sepanjang 5 bulan lebih ni, dah 2 kali aku demam, demam bukan sebab apa, demam sebab nipple luka. Luka yang sangat teruk. aku tak tau sebab apa luka. Alfi gigit tu mmg lah, tapi masa mengepam tu dia crack, aku tak tau lah korang faham ke x. Nak kata level kuat sgt tak pun, sampai 3 je, tapi maybe sbb kulit nipple tu dah nipis, so senang crack.
sepasang mata yang buat ibuu cair sokmo
Nekad aku mmg nak susukan Alfi sampai 2 tahun, aku memang berhajat sangat, aku tak kisah bangun tengah malam susukan dia, pam susu subuh-subuh, tak kisah. aku rela, dan sampai tahap demam-demam pun aku rela, ntah lah, kali ni ntah kenapa aku nekad sangat.

Patutlah orang kata menyusu anak ni kena kuat mental dan fizikal kan, sebab makan semua kena pantang, bila anak ko sakit, semua salah ditujukan kan ko. contoh " ibu makan apa ye sebelum ni ", itu lah soalan bila anak kembung. bila anak batuk selsema, " ibu ada makan benda sejuk ke sebelum ni? ". HAHA, sebab tu lah aku berpantang sampai sekarang, banyak benda yang masih aku x makan.

Kali pertama aku demam bengkak susu, sejuk dan sakitnya Allah je yang tahu, aku tak dapat nak describe macam mana, masa tu nipple aku mmg dah luka, then tambah pula dengan bengkak, sakit dia korang, aku tak tau lah nak cakap, aku sampai suruh papa dia yg uruskan alfi, aku berselimut sambil nangis, lama-lama aku tertidur sendiri, then sakit tu hilang, masa tu 3 minggu juga baru nak baik nipple tu, sbb Alfi still hisap and aku still pam, tu yang lambat baik. Bila pam, berdarah-darah korang. Sakit ke? fikirlah sendiri. sobs.

Kali kedua aku demam masa kat Ipoh weekend lepas, Jumaat tu aku balik Ipoh. Saja-saja lah balik, then ambil order Brownies kat kawan-kawan Ipoh. Jumaat tengahari tu aku nak kemas kemas barang, badan aku dah dedar, aku dah risau sangat sbb aku nak drive, kang kalau demam macam-mana, dalam masa yang sama, aku menahan nipple yang sakit tu, crack lagi, haritu yg 3 minggu baru baik tu belah Kiri, ni belah kanan, aku tak tau mcm mana boleh crack, aku tengah pam subuh, tengok-tengok berdarah. Fobia gila rasa, nak tak nak kena hadap.

Lepas tu, aku lelap sekejap, sementara tunggu kakak balik school, then masa angkat barang masuk kereta, aku rasa sakit tu dah menjalar sampai ke ketiak, kali ni LUKA sangat TERUK, sampai boleh nampak isi crack dia tu. Ya Allah, sakit dia, tak tau nak cakap macam mana, aku sampai tak lalu nak makan 1 hari korang, menahan sakit tu.

Last-last aku telan panadol jugak, sebab risau kan nak drive, Alhamdulillah selamat sampai Ipoh, petang tu sbb aku taknak bengkak mcm sebelum ni, ( luka + bengkak = Hazab ) so aku marmet, aku mmg tak pandai marmet, lama-lama dah jumpa point, alhamdulillah, 6oz jugak dapat, tapi sakit dia! ntah lah. hmmmm.

Masuk je magrib, aku dh mula menggigil sejuk, kuku aku semua dah biru, memang sakit sangat dah, lepas marmet td, bengkak lg breast aku, aku tak tau kenapa, aku bagi Alfi isap, masa lepas Alfi isap tu luka bertambah teruk, aku rasa kesan sbb aku menahan sakit yakmat tu yang buat aku demam.

Mak aku sampai risau tengok aku, aku selimut toto tebal, tapi still mengigil, mak aku risau aku kancing gigi, aku rasa sejuk tu seolah-olah aku kat pergunungan salji, tapi tak pakai sweater, hah gitu, mmg sejuk gila. Last-last mak aku bg kopi pekat, panas-panas, paksa aku minum, lepas minum pakai sweater tebal gila, then selimut lagi dengan toto. Then baru lah gigil aku hilang, hilang gigil, badan panas pulak, masuk 9pm, suhu aku cecah 40.2. Bayangkan cecah 40, gila! aku rasa aku tak penah demam sampai mcm tu.

Muka aku merah semua, pergi kencing, aku rasa mcm keluar air panas je, mmg panas! aku nak makan panadol lagi, tapi kasih ibuu kepada anak, aku taknak makan, aku tahan, aku tidur, dalam pada tu Alfi nangis nak susu, susukan Alfi jugak, masa menyusu, dia tengok je muka aku, dia tau kot aku tak sihat, dia pun baik je malam tu, mak dgn adik-adik lah yg tengokkan anak-anak.

Mak aku letak kain basah kat kepala, diffuse lemon, letak tepi kepala, letak lemon kat tapak kaki, then aku tidur je, masuk 12am demam mula kebah, anak-anak aku panggil tido kat aku, kesian anak-anak. Ni lah ibuu kan, sakit pun anak-anak mesti nak kena dekat, aku tidur sampai subuh, sampai subuh alhamdulillah suhu turun lagi 36. Dah sihat, tapi masih lemau, lemau tak kisah lah, asal aku dh tak demam. Syukur, pagi tu terus marmet lagi susu. masih x berani pam, nipple pun aku buh susu je keliling tu bagi baik.

Dah sihat tu, 2 hari terus pulun buat brownies untuk orang Ipoh, yelah, dah ambil oder kan, dah ada yang bayar dah pun, kena lah siapkan. Finally berjaya siapkan 22 tray sabtu dan ahad tu. Mmg epic gila aku rasa, ahad tu nipple mcm dah okay, baru bagi alfi isap semula belah kiri tu, tapi masih fobia. risau luka lagi.

Pagi tadi aku masih terfikir, sampai bila aku mampu bertahan, adakah ibuu lain pun mcm aku, dan aku masih berharap, Allah tabahkan dan kuatkan aku, semoga aku berjaya susukan Alfi sampai 2 tahun. Andai kata Alfi anak bongsu kami, aku takde lah ralat sangat nanti. Sebab aku dh pernah gagal skali susukan anak, dan aku tebus semua salah tu. Tapi biasalah, benda baik mmg banyak dugaan.

Semoga aku terus tabah dan kuat. Semoga Alfi dapat membesar dengan sihat dan kuat dengan susu ibuu. Ni sikit lagi nak masuk 6 bulan, dah boleh makan, now aku sibuk dok mengoogle, nak bg makan mcm mana, sudah loopaaaa. HAHA. Buat korang yang nak fully BF anak, chaiyok tau! jangan putus asa. Teruskan je hajat. Aku pun dulu rasa benda ni susah, nak pam, nak heret pam kesana sini, kena bahagi masa utk mengepam, kena bangun awal pagi, kena basuh all the botol botol. Tapi bila dah mula, ianya seronok. Cuma masa bengkak susu tu tak seronok lah. HAHA.

Mari lah berCHAIYOK wahai ibu-ibu.

Nak banyakkan susu? meh PM, kita sembang tepi.

6 comments:

Chekgu Azrine said...

mmg berat dugaan ibu nyusu sis..tu blm masuk tang pose..mmg melepek aje..tambah2 lagi anak2 lelaki ni kuat nyusu.takpe sis..kuatkan dan tabahkan hati ye..nak 1000 daya tau..akk doakan semoga dimpermudahkan urusan sis menyusukan alfi

Nurzakiah Hanum said...

semoga diberikan kekuatan

Fiza Rahman said...

Sama plak citer kita harini. I feel you rara. Akk last month kena nipple crack. Tengah pam tak sedar dah berdarah. Sakit jgn cakap lah. Tegang2 kaki nak susukan anak. Akk sapu air susu jer kat tempat luka tu. Skang ni harraz dah tumbuh gigi. Lagi seram dibuatnya sebab dia suka menggigit.

Apa2 pon jgn give up ra. Dugaan ibu menyusu. Besar ganjarannya. Akk ni lagi lah. Dengan stok dah tak ada. Hari2 bagi susu fresh. Hope dapat pergi sampai 2 tahun.

Dalila Zakaria said...

Bertabah la rara..all the best..

Nadia Johari said...

dasyat y ekak, dulu nad pun niple luka, tapi tahan je time die nak susu

Sue Izza said...

Ya Allahhhh baca pun dah rasa ngilu,paham ra paham sangat sakit bengkak susu tu,berdera air mata tak terkata apa,tuhan je tahu,tapi nipple crack tu tak penah kena lagi,Insya Allah ra,bolehnya sampai 2 tahun,mind set kena tetapkan dan kuat ,selalu bisik susu ada susu ada,itu la yg kak sue buat nasihat dr nurse,sekurang rara boleh simpan stok,kak sue hanya boleh direct feed tak de stok langsung huhuuu tapi Alhamdulillah cukup dan anak kenyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...