Image and video hosting by TinyPic

31 May 2017

Kakak Sophea Dah Besar!

Lama ibuu tak cerita pasal kakak Sophea. Lama dah tak panggil kakak dengan nama Princess macam dulu, skrg banyak panggil kakak Imann dgn Sophea. Tapi kdg-kdg aku rindu nak panggil dia Princess. Nama dari baby, nama manja dia.

Kakak dah sekolah, makin bijak, makin pandai cakap, cakap dah macam orang besar. Dia sekolah Pre-Tahfiz, kalau balik rumah, selalu lah dengar dia baca surah-surah. Pastu buat muka bangga kat aku. haha. Di sudut kecil hati aku, bangga jugak dgn anak aku ni, walaupun masuk lambat, bulan 3 baru masuk sekolah. Tapi teacher dia cakap dia budak yang suka belajar, cepat belajar, gigih nak belajar. Alhamdulillah.

Kakak tak jealous ke dengan adik? ermm kadang-kadang jeles jeeee. Kalau dulu, masa adik mengempeng, dia pun nak jugak, siap cakap, " ibuu kakak nak isap **** ibuu jugak, mcm adik " hahaha gila ko! tak nak aku. hahahaha. Aku just bagi dia minum susu yang aku pam je, dia nak minum tau. HAHA.

Kakak dah tak minum susu formula, dah tak minum botol. aku ingat lagi, sebulan sebelum aku nak bersalin tahun lepas, dia dah slow-slow kurang minum botol. Seminggu sebelum aku bersalin, mmg totally tak minum botol dah, just minum susu dalam kotak. Dia pun mcm bangga tau dengan diri dia, dah tak minum botol susu. HAHA. sabar jelah.

Masa aku bersalin, paling kesian kakak lah, mmg terabai sangat, dia kurus gila korang! berapa KG dia lost, kaki tu kurus sangat! Kakak ni jenis manja, makan aku suap, makan kena teman, so masa aku pantang, dia xnk kat orang lain kecuali maksu cik dia, so lepas balik KL, aku tackle balik selera dia, bagi semula dia makan vitamin C dan vitamin-vitamin lain, Alhamdulillah, selera dah makan skrg, berat pun dah naik, ( even still nampak kurus ) hehe. mmg body stock model. haha.

Ada juga hikmah aku dalam pantang, kakak dah totally Free diapers. sblm ni, dari umur 3 tahun, dia pakai pampers malam je, sbb ibuu malas nk ajak dia bangun kencing tengah malam. haha. Then masa aku dalam pantang, dia sendiri tak nak pakai pampers, dia kata, adik pakai pampers, takkan dia nak pakai pampers gak. HAHA. So satu hari tu pampers habis, Opah pesan, lepas ni pampers habis tak payah beli dah. so pampers habiss, malam tu dah takde pampers dah dia nak pakai. Aku cakap, " kakak, pampers kakak dah habis, nak tak pakai pampers lain, " kakak mmg tak suka pampers lain, dia nak mami poko jeee.

Pastu dia cakap, TAK NAK! nak mami poko. Aku cakap, mami poko dah habis, then tak payah lah pakai pampers, dia kata OK! hahaha. gigih aku gerak dia bangun, just 3 malam je aku gerak dia bangun, lepas tu terus dah OK, dia pulak cakap kat aku, ibuu, seronok lah kakak tak pakai pampers dah. HAHA. See, dia pulak suka tak pakai pampers. Now kalau nak kencing, dia akan bangun sendiri, pergi toilet dan kencing. ibuu is terharuuuuu~ besar dah kakak.

Aku tak tau lah orang lain yang ada anak kecik, then ada anak besar 5 tahun mcm aku ni macam mana korang handle, tp aku kesian sgt kat kakak, time dia suruh aku ajar dia belajar, adik nak menyusu. Time dia nak kita suap dia makan, adik nangis, adik pulak jenis tak leh letak, manja kededek uwekk. adoiii. kesian kakak. Paling kesian bila dia cakap, ibuu, ibuu tepuk lah kakak tidur, alahaiii. sedih sgt aku rasa.

Aku tanya dia, kakak sayang adik x? dia kata, sayanggggg~ jadi kakak sabar lah eh kakak, adik besar sikit lagi nanti, senang dah ibuu nak ajar kakak. huhu.

Paling aku bangga dgn kakak skrg, kakak dah pandai pergi buang air besar sendiri and basuh sendiri. HAHA. skali je aku ajar dia, then dah pandai dah, siap tak nak aku tunggu, ibuu pergi lah, kakak basuh sendiri. HAHA. Sampai punya lah paranoid, lepas je buang air besar, aku siap g bau tangan dia, nk pastikan dia sabun. HAHA.

Ni haritu kat school ada exam, aku risau gila dia nak exam, beriya lah study ni, last-last esok tanya dia, kakak exam macam mana? ermmm exam susah lah ibuu, teacher taknak tolong kakak. HAHA. mmg lah kakak oiii! exam kannn! then hari ke 2 ke 3 tu kata senang, senang. hahaha. ok lah kakak. baru 5 tahun, ibuu nak expect apa kn. Ibuu doakan kakak selalu berjaya. Ibuu tau kakak budak bijak. Kakak budak cepat belajar. Semoga kakak terus berjaya tau! Ibuu sayang kakak! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Cepat betul masa berlalu...sekejap je dah bear kan...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya kakak..sbagai ibu mmg takleh lari dari rasa serba salah kan..Insyaallah moga sedaya upaya dapat memenuhi tanggugjawab dgn sempurna dan adil antara semua anak2

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com