16 May 2017

Kisah Jatuh Cinta Aku Kepada Essential Oil Young Living

Dari Pengguna Ke Penjual


Hai korang, kalau tengok di IG aku @safurara mesti korang dah tau yang aku sedang giat dan sedang galak share kat korang tentang Essential Oil Young Living. As usual, macam yang korang tahu, aku akan cerita dan share " barang baik " yang aku sendiri dah guna. hehe. Bila dah best guna, baru lah jual, senang nak cerita kat orang.

Al-kisahnya, asalnya dulu aku hanya lah pengguna, aku pun tak faham sangat, apa itu EO, apa itu essential oil, kenapa eo yang sekecil cinonet itu, yang hanya berisipadu 5ml dan 15ml tu sangat mahal. Kenapa dia bagus? kenapa ramai sangat orang guna. Kenapa kenapa kenapa.

Bahagia dengan DDD aku! hehehe.
Tapi itu lah orang kata, tak kenal makanya tak cintaaaa. dah kenal, maka bercinta lahhhh~ hehehe. Asalnya aku hanya ada 2 saja EO, iaitu Lemon dan Lavender. Aku beli diffuser pun secara ansuran. HAHA. Gila ko! tetiba nak beli barang beratus-ratus ringgit, padahal ko tak tau pun apa function dia. Mula-mula diana lah, hasut-hasut aku, dia bg sample lavender kat aku, dah rasa best, dia hasut beli dew drop diffuser pulak.

Aku kata " ichhh mahallah, tak mampu lah aku weh ", pastu dia bg ayat pancing kat aku, " berapa ko mampu bayar sebulan? ", actually masa tu bukan lah takde duit, boleh je kalau nak bayar terus, tapi biasa lah, manusia, bila dia tak tahu kebaikan benda tu, dia takkan suka-suka nak keluar duit. Kalau ko bagi benda tu FREE pun kat dia, dia takkan appriciate. Tapi, bila ko susah payah bayar tiap-tiap bulan, then berkesan lak benda tu kat ko, lama-lama ko sayang gila dan addicted pada benda tu.

Diana punya lah baik, sampaikan bagi aku installment bayar kat dia hanya Rm50 je sebulan. HAHAHA. Gila betul budak ni, aku cakap kat dia, ko percaya ke kat aku? dia kata, " ko nak lari mana RTM bukan jauh " HAHA.

Lagi 1, belum bayar lagi, dia dah bagi barang kat aku. HAHA. lagi 1 kegilaan si diana ni, Lagi lah aku suka, tetiba rasa macam nak explore lebih lagi pasal Young Living. Bulan 8 2016, aku ingat lagi masa diana bagi aku try mendalah ni. Sebab aku dah mula susah tidur, tak lena tidur sebab masa tu tengah sarat megandung kan.

Kali pertama aku diffuse Lavender tu, LENA weh tidur aku, serius, aku cuba deny, aku rasa mcm aku letih sangat kot, tu aku lena tidur, TAPI, malam esok tu diffuse lagi lavender, LENA lagi tidur nya. Senang pulak ibuu mengandung ni lena. HAHA.

kali pertama diffuse Lavender
Sejak dari tu, aku mula percaya, memang best lah mendalah ni!!! Memang berkesan. Lepas tu, lampu diffuser ni warna biru, sesuai sangat pula buat lampu tidur, then kalau bilik sunyi, dengar pulak bunyi blop blop blop. best gila. Sampai Princess tiap-tiap malam, kalau tak pasang " lampu biru " dia taknak tidur, paksa nangis-nangis dulu suh pasang lampu biru, aku punya lah malas benornya nak isi air dlm dia. HAHA. Nak tidur sedap, tapi pemalas. Last-last aku suruh princes buat sendiri. mula-mula paranoid, risau rosak lah apa lah, lama-lama. ok jerrr. HAHA.

Lepas dah best yang tu, aku bersalin, aku cakap kat diana. " Princess ni susah lah tidur weii, tidur selalu lambat, risau je dia nak sekolah nanti macam mana ", diana kata, xpe, ada oil dia, Borak punya borak, dia bg Cedarwood kat aku, diffuse cedarwood + lavender. Ajaib! again, Princess tidur awal! serius ke ni!!! Lena pulak tu! alahaiiii, seronok gila aku rasa. Dah tidur lena, bangun pagi pun senang.

Then masalah datang lagi, Si Alfi pulak, lelaki kan, senang betul kembung, nak nak aku fully breastfeed Alfi. Masa ni Diana mula bagi kat aku blend oil. EO yang dah di blend, maksudnya dicampur dengan eo lain supaya menjadi lebih power kesannya.

Diana ni bijak, apa masalah aku, dia solve kan dengan cara cam ni, " BAGI BARANG FREE ", ayat dia senang, kalau berkesan OK, kalau tak berkesan, bagitau dia. HAHA. Pancing kan!!!

Skali je aku guna kat perut alfi, AUTOMATIK, ini tak tipu tau korang! prot prot prot Alfi kentut, xde dah kembung. Ya Allah. Hebat gila. But of course lah benda ni dengan izin Allah kan, but serasi lah minyak minyak ni dengan anak-anak aku.

Alhamdulillah lah. Banyak lagi benda yang aku guna EO ni, dulu aku tak tau apa benda EO ni, now sikit-sikit dah rasa best guna EO. Lagi best bila aku pulak dah jadi ahli skrg, mcm mcm benda boleh redeem. Seronok gila plak rasa. Now aku berjinak-jinak buat blend EO pulak, Blend ni campuran oil oil ni supaya dpt jadi 1 potion yang lagi power. Power katanya. haha. Tp serius lah power.

TERUJA GILA dapat Essential oil banyak banyak gini. 
pergi HQ, mcm mcm EO korang boleh bau.
Diffuser yang bermacam jenis
penuh kereta. ahaha
Ni masa kali pertama aku pergi HQ Young Living kat Bangsar, dekat gila kot dengan aku, masuk sana, wangiii je, best gila, punya lah ramai umat manusia. hehe. Lama juga lah menunggu nak ambil barang, 2 minggu terakhir April haritu aku baru join jadi ahli Young Living, penuh kereta dengan diffuser. HAHA.

Jadi ahli ni best, mcm mcm EO aku dapat FREE, dan yg sedih tu, bulan April haritu lah last dpt Essential Oil yang banyak-banyak tu, rezeki akuuuu. Dapat juga merasa. Bukan je dapat EO free, dapat pula komisen lepas tu. haih, seronoknyaaa. Aku bukan senang nak melabur ke sesuatu benda yang tak pasti, tapi sebab essential oil ni sangat berkesan pada aku, so aku sanggup modalkan dulu, then ajak kwn-kwn skali, share benda yang best best, apa salahnya. So far semua feedback best-best, cuma tak sempat nak share dengan korang je.

collection, sayang hoiii!
untuk cust, 1st time pos diffuser.
Blend oil, baru berjinak-jinak, best jugak! power!
Lepas ni aku share kat korang satu satu kelebihan Essential Oil Young Living ni okay, Mak busy yakmat skrg ni weiii. Entry ni pun dah bape lama dalam draft, haha. Tapi if berminat, boleh je roger. okay! Deal.

Love Vivy, #ehhh. HAHA.

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

dri xnk trus skg jth cinta kan..hehe

mamapp said...

Wow mesti wangi kan

Anonymous said...

hi, sy silent reader.
bole sy tau ape EO yg sesuai utk toddler yg ske tantrum ek?
thanks.
jel174_0510@yahoo.com

Nisa said...

Ehhh, rasanya ini yang ayah saya duk mencari untuk cucu kesayangan dia (anak saya). Anak saya ada kahak yang susah nak keluar. He said, benda macam ini (something to do with oil) boleh membantu untuk mencairkan or something like that. Ada ke Young Living offer gitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...