24 May 2017

Pigeon Newborn Pure Body Wash and Moisturising Lotion Review

Hai korang, Assalamualaikum, harini nak review product dari Piegeon. Body wash and mosturising lotion. Dari kakak Sophea dulu, mmg aku gunakan pigeon. Tapi now Pigeon ada keluar new product untuk newborn. Iaitu Newborn PURE. Alfi adalah budak yang kuat peluh, bila berpeluh, dia mesti merengek-rengek tak selesa. So bila cranky tu, aku bagi mandi, budak ni kalau mandi, suka gila, meloncat-loncat, gelak-gelak je masa mandi.

Aku pulak, kalau mandikan dia, aku suka bau body wash yang wangi-wangi, tapi wangi yang natural, kulit baby kan nipis lagi, kena guna mandian khas lah untuk bayi. Alfi pun kan, aku rasa dia memang tak suka badan dia bau masam, haha. Kalau aku letak lotion, minyak-minyak, baru lah mood happy dia datang. Bauan juga sangat penting kan untuk tenangkan bayi.

Produk terbaru dari Pigeon ni sangat best sebab ianya DUAL MOISTURIZING by natulayer. Apa itu Natulayer? Natulayer ni adalah teknologi yang melindungi kulit bayi dan juga mengekalkan kelembapan kulit bayi. So double lah protection nya. hehe. Lagi 1, ingredient Newborn Pure product ni terdiri daripada mimic vernix dan ceramide yang memang bagus untuk kulit baby.

Lagi 1 yang best tentang produk Pigeon ni, produk ini FREE from alcohol, formaldehyde and paraben. weeehooo.

Produk yang dikeluarkan oleh Pigeon Newborn Pure ada Protective Cream , Calming Oil, Moisturizing Lotion, Nourishing Shampoo and Purifying Body Wash. Tapi yang aku nak review adalah, body wash dan Lotion. Moh lah sama-sama.

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash, 200ml ( Rm59 )

Tak sempat nak tunjuk gambar masa mandikan Alfi dengan body wash ni, sebab takde siapa nak ambilkan gambar, kang risau termandi skali pula handphone mak. HAHA. Tapi kan, nak bagitahu korang, aku ingat body wash ni biasa-biasa je, tapi TIDAK weh! Sedap gila bau dia. Wangi, bau mcm bunga-bunga ke, bau lembut je, memang sedap cium baby lepas tu. Nak gigit-gigit je rasa.

Texture sabunnya tak pekat tak cair, just nice, letak kat badan, gosok-gosok dengan air, buih pun keluar banyak, suka betul Alfi masa mandi. Yang penting bau harum semerbak 1 bilik air. Yang pasti juga lepas mandi, kulit baby nampak lembut dan moist je, tak kering.

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion, 200ml ( Rm59 )

Lepas mandi, haruslah urut-urut badan dak mok tu dengan lotion. Alfi ni tak boleh lama-lama belek dia, kang dia mengamuk, semua benda kena cepat. Lotion ni yang bestnya, bila urut kat badan, dia cepat meresap ke dalam kulit, dan tak meniggalkan rasa melekit yang tak selesa tu, aku tak suka betul rasa melekit-lekit tu.

Bau lotion ni juga bestttt! aku suka gila! Bau sama mcm body wash tadi, tapi serius lah, even product ni a bit pricey bagi kita rakyat marhaen ni, tapi bagi aku berbaloi, sbb 200ml dan sangat bagus untuk kulit baby, PH level dia pun mmg khas untuk kulit bayi. Yang penting dia melindungi kulit baby.

Dah wangi-wangi, dah urut-urut, dengan bau yang sangat lembut dan sedap, apa lagi, tidur lah dak mok ni, hehehe. Aku pulak rasa geram nak gomol je!!! hehe.

If korang nak beli boleh ke motherhood.com.my okay! Jangan lupa! cepat terjah! Baby wangi, ibuu ceriah, ewahhhh slogan kau~ hehe.

- URL Body wash: https://goo.gl/r3A1L6
- URL Moisturising lotion: https://goo.gl/fhZmBG

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...