Image and video hosting by TinyPic

05 May 2017

" Raikan Nur Islam " Tema SYAHADAH Musim Ke-12

Keindahan Islam di Maghribi ( Morocco )


Assalamualaikum korang! Ramadhan dah nak dekat, tinggal 22 hari je lagi tak silap aku, korang dah ready ke nak puasa? dah siap-siap ganti puasa lepas ke? hehe. Kalau belum sila cepat-cepat ye. hehe. Bila nak dekat puasa ni, rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari pun banyak lah. Siapa suka rancangan berbentuk dokumentari macam ni? Kalau aku dan suami, kami suka tau rancangan dokumentari, sbb banyk ilmu boleh dapat.

Seperti tahun-tahun lepas, Unit Majalah dan Dokumentari RTM yang kini dah menjengah musim ke 12 pada tahun ini, bakal memaparkan keindahan Islam di negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi budaya saudara kita (mualaf) di Malaysia.


Rancangan Syahadah kali ini bakal menemui penonton padan 26 MEI 2017 dan sebanyak 30 episod yang akan ditayangkan. Bestnyaaaa! tak sabar nak tunggu, kalau tengok rancangan mcm ni, sangat mengimbau zaman-zaman aku anak dara dulu, sampai tunggu buka puasa, tengok tv dulu. bagi tak terasa sangat masa tu lambat, HAHA. Dasar!

Rancangan Syahadah juga bakal mengetengahkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang membantu umat Islam yang kurang bernasib baik untuk mereka meneruskan survival kehidupan harian mereka. Antara NGO yang bakal diketengahkan dalam Syahadah 2017 ialah EZ Qurban, Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin.

Pada 21 April 2017 (Jumaat) telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Tajaan Syahadah 2017 - Tajaan kos produksi dan tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama yang berjumlah RM246,000.00 (Kos Produksi - RM200,000.00, Tajaan Hadiah - RM46,000.00) oleh pihak EZ Group yang diwakili oleh Syarikat EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman dn Asianic kepada RTM.

Peranan EZ Qurban menjalankan ibadat Qurban di luar negara seperti Indonesia, FIlipina, Kemboja, Myanmar Bangladesh dan di beberapa negara di Afrika. Ini membuktikan bahawa konsep dakwah tidak mempunyai sempadan negara. Peranan Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin juga membuktikan bahawa ramai lagi umat Islam yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda bagi membantu umat Islam yang kesusahan.

Episod Syahadah telah dibahagikan sebanyak 15 episod yang memaparkan kisah mualaf di Malaysia dan 15 episod lagi akan memaparkan kisah berkenaan Maghribi.

Bagi 15 episod pertama (Malaysia), Syahadah berkongsi suka duka kehidupan ikon dakwah saudara kita iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Fiordaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus, Adam Corrie dan Muhamad Roger Arnold. Selain itu, dipaparkan juga kisah mengenai keunikan senibina masjid seperti adalah masjid Masjid Cina Melaka, Masjid India KL, Masjid Zahir Kedah dan Masjid Muhammadiah Ipoh Perak.

15 episod Maghribi pula, Syahadah akan memberikan tumpuan kepada kehidupan harian rakyat Maghribi yang kurang mendapat pendedahan di negara ini. Antara bingkisan dari negara Maghribi adalah bagaimana peranan kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada kedua buah negara - Malaysia dan Maghribi dalam menjaliankan hubungan 2 hala dalam pelbagai dimensi. Selain itu, Syahadah juga menyiarkan bagaimana keadaan umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa mereka, keunikan seni dan budaya mereka seperti seni binaan masjid, bangunan lama, menara, kota, makanan muzik, dan persembahan tradisi.

antara blogger yg hadir
TQ Dila for inviting me.

Sambil makan sambil dengar alunan muzik dr Fauziah Gambus.

So korang, jangan lupa tonton, Rancangan 
SYAHADAH " RAIKAN NUR ISLAM "

Setiap hari SEPANJANG BULAN RAMADHAN di TV1 dan TV2.

Juga boleh tonton di :

RTM Mobile.

Jadual Tayangan Syahadah 2017

TV1 - 6.00 Petang, 9.30 Malam & 5.30 pagi 
TV2 - 7.00 Malam & 10.00 Malam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com