Image and video hosting by TinyPic

29 May 2017

Tragedi 1 Ramadhan - Kesian Anak Ibuu

Assalamualaikum korang, amacam puasa hari ke 3? ok ke? Nak cerita pengalaman aku, menyusu dan berpuasa. perghhhh hebat! HAHA. Hari pertama, selalu kul 5am aku bangun pam susu, tapi 1st ramadhan haritu aku tak pam, sbb aku risau susu tak cukup, aku sahur mcm biasa, then bagi alfi menyusu. Kawan-kawan bagi tips menyusu di bulan puasa, blend susu dgn kurma 3 biji, aku tak sempat nak blend-blend weyhhh. Aku just makan je kurma 3 biji. Susu lupa minummm, voleyyy!

Kul 12, tekak kering yang hamat-hamat. Aku tahan, aku sabar, kul 3, perut dah mula kruk krak, Alfi tetap menyusu mcm biasa, tanpa rasa bersalah. sejam sekali as usual. masuk kul 6pm, aku rasa kaki dah tak jejak lantai wei, nak pitam semua ada, aku baring. Nak dekat berbuka, laju-laju buat air sunquick dengan nescafe, Azan jeee, zasssss, 3 cawan aku minum air, sampai tak lalu nak makan nasi.

Perghhhh~ hebat betul rasanya. hahaha.

Sahur hari ke 2, semalam lah, aku minum susu + kurma 3 biji, Alhamdulillah korang, lain tenaga dia, betullah mcm dorg kata, mmg bertahan sampai petang, tak lapar sangat, tak dahaga sangat. Siap boleh basuh kain sebakul, sidai baju, lipat baju, pergi giant, buat brownies. kahkah. Kira hebat lah tu. Alfi menyusu pun mcm biasa. Susu pun Alhamdulillah ada, cukup untuk Alfi.

Aku dah mula bg Alfi air masak. Gigih aku beli botol baru untuk Alfi, dulu masa kakak, botol MAM tu relax je kakak minum, Alfi xnak botol tu, aku beli pulak botol Pigeon kt dia, wide neck tu, puting mmg lembut gila. Aku try bg air masak, memula dia luwek luwek, pas tu sikit-sikit dia terima air masak tu, pastu dia gigit-gigit puting tu, macam geram. HAHA. kelakar gila. Aku syak Alfi ni nak tumbuh gigi.

Alfi dah pandai meniarap, dah tegak dah kepala meniarap, lepas meniarap, dia tergolek-golek lah sendiri. korang tau dalam pada tergolek-golek tu apa jadi, Alfi Jatuh Katil. Huaaaaaa. Aku tak tau lah, fobia aku dibuat nya. Aku tengah solat, aku letak dia atas katil macam biasa, takde lah hujung, tengah-tengah macam biasa.

Aku dh habis solat tu, aku nampak dia meniarap, aku biar je, aku nak buka telekung, aku kalih 2 saat, 2 saat je korang, GEDEBUKK, aku dengar bunyi jatuh, aku paling dia dh ada atas lantai, Ya Allah. xtau nak cakap macam mana, nak nangis aku rasa. Cepat-cepat aku sambut, dia punya jerit jangan cerita lah. aku pujuk-pujuk, tiup telinga dia. pastu diam gelak-gelak. Ya Allah, sabar jelah.

Kalau muntah ke hape, mmg aku bawak g hospital dah, ni Alhamdulillah takde apa-apa. Berkat badan sado Alfi kot, tak sakit sangat kot, aku cek jugak ada ke lebam-lebam kt badan, kat kepala, takde, phewwww. Lega.

Alfi sakit mata, dah seminggu masuk harini, orang kata sbb panas dalam, aku x bagi ubat apa-apa, cuma titik susu je dalam mata dia, dah beransur elok nampaknya, moga cepat baik mata adik. Kesian adik, mcm mcm dugaan, biasa lah dik, nak besar kan. Semoga adik sihat-sihat je okay!

kakak mana? nanti kita cerita pasal kakak pulak! HEHE. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Akak lewatkan sahur. Makan kurma dengan susu. Alhamdulillah... Boleh lah tahan. Pam susu harini dpt 8oz. Risau jugak bulan puasa susu drop kan. Tapi sebenarnya puasa bukan punca suau drop kalau kita amik makanan yg betul 😊

    ReplyDelete
  2. haduihhh... ciannya alfi... mmg risau rara klu anak jatuh.... smg alfi sihat slu...

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni tdo dkt bawah je bentang tilam bawah kipas..xdpt da tido ats katil dgn tilam empuk..huhu..takut aisyah jtuh katil..

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan rezeki alfi.. boleh geng dengan Muasyira.. geng terjun katil... Haha

    ReplyDelete
  5. takutnya baca bab rasa nak pitam, kaki tak rasa nak berpijak.. ciri2 hi-po kan tu..? no more ok.. tak mo buat lag cam tu..! make sure minum susu masa sahur.. hehehehee.. :)

    adik sado, setakat jatuh katil.. steady je.. hehehee..

    ...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com