Khamis tu even rasa nak demam, tapi teruskan juga puasa. Berjaya lah 1 hari tu, then laki aku kata, esoknya Jumaat cuti jelah kalau tak larat, jom balik Ipoh. So 2am kami gerak balik Ipoh, kain-kain kotor semua bawak balik basuh kt Ipoh, sbb last minute plan. Laki aku kata balik Ipoh rehat lah. Ko ghase? aku mampu ke rehat kalau balik Ipoh? HAHA.
Aku mmg balik gamble je, tapi peralatan baking semua aku bawak, lagi 1, mmg niat nak buat brownies untuk cinana, msg merayu-rayu tanya bila balik. nk oder brownies. hahaha. Jumaat pagi aku Open oder brownies, Alhamdulillah! Ipoh memang awesome! bertalu-talu order masuk, Alhamdulillah!!! Petang Jumaat tu berdesup pergi beli bahan.
TQ ashu teman ibuu pergi beli barang, dak Alfi ni kena bawak kemana saja, sbb kang xde susu, melalak lak dia. Botol dah lah tak mo! Geram je rasa. Tapi kalau naik kereta, dalam kereta, g jalan, kemahen behave. haha.
kakak? main, mainnnnnn je dari pagi, cuti sekolah kan, so kasi chance main banyak-banyak. hahaha. harisekolahpunmainjugak hadeh~ Bayangkan dia punya penat main, sampai lepas magrib, aku nampak dia main dalam almari. Tetiba senyap, aku ingat dia saja nak main nyorok-nyorok dengan aku. Aku pergi ambil wudhu nak solat. Senyap lagi, risau dah aku ni, tuptup bukak almari, DIA TIDO weiii! Ya Allah, seriau aku, ntah bape lama lah dia tidur agaknya, mcm mana lah boleh tidur. hadoi lah! Bahaya betul budak ni. ni mst kes penat sangat-sangat ni.
Sabtu, 1 hari aku membaking order cust, dari lepas subuh, sampai ke malam, Alfi? jap jap aku stop, bf dia, bagi dia tido, bangun, main kejap dengan dia, bg tengok tv, susu lagi tidur lagi, haha. Bayangkan aku baking sampai malam, sempat jugak lg buat kek coklat cheese berhantu. HAHA. dapat 9 bekas, habis juga! Alhamdulillah.
Kek coklat cheese berhantu, mmg hantu, sedap gila, kek coklat tu lembut je moist, cheese ringan, coklat plak, perghhhh! makan mmg tak pandang belakang lah. Skali hadap je. Rugi korang x cuba.
Dalam tak diam, bawa balik juga EO kesayangan aku, adoii, xleh tidur xde eo. heretlah kemana-mana, balik Ipoh laku juga 2 3 ketul eo. #syukurselalu
![]() |
dik muka jangan serius sangat! |
Then teman bos besar ni cari gelang raya, kemahen kan dia. hehe. xpe lah, sesekali kan mak, semoga mak gembira selalu. Sayang mak.
Aku kan, kalau baking, mmg kalau 1 hari suntuk pun x rasa penat, seronok gila dapat baking. ni pun dh rindu gila kot nak buat pavlova, ntah bila lah dapat baking pavlova lagi, rindunyaaaa. Kalau lah aku dapat baking full time, kan best! g belajar buat kek mcm mcm lagi, mst best. InsyaAllah 1 hari nanti. Now tak boleh, kena kerja, baking part time. hehe.
ok lah, tu je bebel. Bye.

rajin nyer la haiii awok ehhh..
ReplyDeletesedapnya brownies tuu
ReplyDeletekalau dh minat tu kan mesti tak penat ;D
ReplyDeletebanyaknye dapat buat satu hari..masyuk tu..lama2 nanti boleh kumpul modal bukak bakery sendiri tu :)
ReplyDelete