Image and video hosting by TinyPic

16 June 2017

Buli Sampai Mati

Assalamualaikum korang! Puasa tak?! Hehe, Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa, tak lama lagi nak raya. Seronok kan nak raya, tahun ni kami beraya berempat, seronoknyaaa, tak sabar nak tunggu adik pakai baju melayu, mesti nyomellll! hehehe. Dalam seronok-seronok, ada juga benda yang tak seronok, banyak berita kematian yang mengejutkan, dan kematian yang menyedihkan.

Belum habis terkesan dengan pemergian arwah Shea, minggu ni tak habis-habis aku kasihankan Arwah Farhan, BULI SAMPAI MATI, Ya Allah, di mana sifat kemanusiaan korang semua, budak pandai kan, budak bijak kan? keluar nanti semua jadi pegawai, TAPI?! ada bodohnya.

Padahal kawan sendiri, kawan baik, kalau kata dorg bukan berkawan, aku boleh hadam lagi, tapi kawan kot! sanggup ko? apa lah penyebab sebenarnya kan? takkan lah hanya pasal laptop? dan aku ada baca, katanya cerita laptop tu hanyalah " laptop khayalan ", means? cerita laptop tu hanya rekaan? Jawap lah korang nanti.


Itu lah orang kata, setengah orang ni memang pandai, tapi ada juga sikit bab bodoh dia. Kadang-kadang bila buat 1 benda tu, tak boleh fikir effect dia di kemudian hari. Sama juga mcm aku, kdg-kdg gitu lah, buat satu benda ikut hati, lepas tu menyesal. hurmmm. Tapi aku rasa penyesalan geng buli Arwah Farhan ni, mau menyesal tak sudah, kalau disabit kesalahan, gantung sampai mati hoi! Ya Allah, mcm mana lah perasaan mak ayah dia kan. Dekat ig masing-masing netizen dah panggil " Pembunuh " kot kat dorang.

Kes buli, dari dulu ada, dari zaman aku sekolah, main ejek-ejek nama ayah, still buli sebenarnya. Tu paling aku tak suka, aku tak pernah kena buli kat sekolah dulu, sebab aku yang gangster kat sekolah dulu. huhu, tapi aku tak buli orang! haha. Masa sekolah rendah, budak-budak ni suka ejek nama ayah, nasib lah nama papa aku sedap, ZAHARI, so xde penyebab lah dorg nak ejek. kalau dorg dapat tau nama ayah yang pelik-pelik sikit, mula lah nak ejek-ejek.

Tadi aku dengar Sinar FM, DMFK cakap, pembuli ni dia sombong, dia rasa dia kuat, dia bagus, tu sbb dia buli orang. Memang pun, masa aku sekolah teknik dulu, mmg akan ada 1 kumpulan ni, yang rasa mereka bagus, geng mereka kuat, belasah mereka yang lemah, yang takde geng, sekumpulan lawan sorang, korang rasa??? aku nampak sendiri dgn mata aku, budak yg kena belasah tu, berdarah-darah kena tumbuk. Sebabnya aku tak tahu. Tapi ntah lah, kdg-kdg pembuli ni mmg takde sebab pun nak buli, aku rasa mcm dorg ni saja nak melepaskan rasa geram dan amarah dorg. Nasib budak tu tak mati je kena belasah. Budak-budak lain tak berani nak report, risau dorg pulak kena balik.

Dan nasib Arwah Farhan ni tak baik, meninggal. Allah. Semoga syurga tempatmu dik.

Cikgu-cikgu, kdg-kdg bukan tak tahu ada murid kena buli, tapi ntah lah, aku pun tak tahu apa tindakan cikgu, kdg-kdg cikgu pun takut, sbb cikgu pulak risau diri dorg diancam budak-budak ni. so nak salahkan sape skrg ni? sampai bila lah kes buli ni nak habis. Ada juga cikgu yang sokong pulak budak ni di buli. So??? haih pitam!

Aku ada anak, benda ni sangat terkesan kat aku, takutnya aku nak biar anak duduk asrama, risau gila. mcm Arwah Farhan tu, bukan mak dia tak call dia, tapi dia cakap dia " OK ", padahal, tak ok kot! tau tau anak dah nak arwah. Ya Allah. kita tatang anak kita, jaga makan pakai anak kita, tup tup meninggal hanya dengan kena buli. kalau aku! mmg aku akan tuntut habis-habis keadilan!

Maka, didiklah anak dari rumah, aku ada anak perempuan, dan aku ada juga anak lelaki, aku harap aku dapat didik anak-anak aku jadi anak yang baik, anak yang berguna kepada org sekeliling. kita doalah mintak jauh dari benda-benda tak baik ni. ( pembuli atau dibuli ).

Amin. Semoga semua mangsa-mangsa buli, dapat dibela nasibnya. 

Teach Your Children  Bullying is not ok at any age. Cuts and bruises heal, but memories last forever!!  I'd like 3 of my friends to copy and paste this for bullying awareness.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. semoga yang membuli dpt pengajaran setimpal dgn perbuatan dan insaf dgn kesalahan mereka

    ReplyDelete
  2. betul, semuanya bermula dari rumah,,kena didik awal..

    ReplyDelete
  3. Hmmm..anak buah office mate arwah farhan nie :(

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com