13 June 2017

Mohon Jangan Tidur Lepas Sahur

Setelah seminggu Kakak Imann Sophea cuti sekolah, harini kembali sekolah semula. ( seminggu sebab, minggu awal tu dia ada program kt sekolah, so cutinya seminggu je ). Dari hari Jumaat dia tanya, ibuu, esok kakak sekolah ke? Asyik tanya je bila sekolah, bukan excited nak pergi sekolah, tapi seronok cuti lama. HAHA.

Ibuu pun sebenarnya kena amik mood gak, sbb nak kena gosok baju sekolah kakak, malasnyaaaa. HAHA. Semalam aku saja tak nak bagi kakak nap siang, nak bagi dia betul-betul mengantuk, then tidur awal.

Lepas berbuka semalam, bagi dia mandi, then aku diffuse awal-awal Cedarwood dengan Lavender. Sedappp bau bilik. Lepas pakai baju semua, aku cakap, kakak, jom tidur. adik pun aku biar nangis, bagi mengantuk betul. HAHA. Tahan mata dia taknak bagi dia tidur.

Kakak mcm biasa, banyak alasan, nak makan kuih lah, nak makan kek lah, nak makan biskut lah, last skali dia cakap, " ibuu, kakak nak tengok handphone ibuu kejappppp je, boleh tak. pleaseeeee " kemahen panjang please dia, aku dengan tegas cakap " NO " haha. #ibuugarang.

Lepas tu merayu-rayu lagi nak juga tgk hp, aku cakap no, aku selimutkan dia, suruh baca doa tidur, then peluk dia, tak sampai 5 minit, lenaaaa. Legaaa ibuu, then susukan adik pulak, adik pun lena, adik lenaaa, ibuu pun follow lena. kahkah. APTB.

Pagi tadi 4.45am aku bangun, sahur, gosok baju, kemas baju, masa panjang lagi padahal, tapi tak nak tidur, kalau tidur, cari nahas namanya. Aku sokmo kalau tidur lepas sahur, confirmmmm terlajak. Sedapnya lahai tidur lepas sahur. Serius. perut lak kenyang. HAHA.

Dengar je Azan, terus pergi mandi, solat, then gerak kakak. Aku kena mandikan kakak skrg, kalau x, melalak-lalak nak ibuu mandikan. hadoii. Pagi ni senang je gerak dia, berkat tidur awal semalam, plus diffuse 2 essential oil ni, dia jadi tidur lena, so pagi senang lah bangun.

Mandikan dia, siapkan pakai baju, then aku terus pergi kerja. Sampai office awal, senang hati. Rugi lah korang kalau tak cuba Essential Oil dari Young Living ni, serius korang, mmg terbaik, ramai yang beli dengan aku, ckp best! Kalau nak cuba, boleh roger aku okay!

Masalah anak susah tidur tiada lagi! Terbaik!

Salam 18 Ramadhan, dh settle ke semua baju raya? Aku? Belum lagi. HAHA. Relax lah, awal lagi. kofkofkof.

3 comments:

Fiza Rahman said...

Memang nahas lah klo tidor atau tertido lepas sahur. Akak pon lepas sahur memang tak tido. Tapi kalau susukan harraz, memang bley terlajak dibuatnya ��

idzwa kamaruddin said...

Biase memang tak tidur pun lepas sahur .. hehehe.. tapi budak-budak tu kalau cuti je tidur balik .. hari sekolah macam hari ni memang terus bersiap

Liyana Anuar said...

banyak baca komen best pasal YL..insyaAllah ada rezeki nanti nak cuba jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...