22 June 2017

Persiapan Raya Kami 60%

Team Kebaya Ketat


Sebut pasal Raya, sejak bergelar ibuu kepada anak dua ni, apa yang aku fikir hanya baju anak-anak. Baju kami mak pak tak fikir pun. Itu pun, 2 minggu puasa haritu baru sempat tempah baju wei, kebetulan tengok Vanilla Vendor buat last day for pre-order, aku terus msg. Naisb lah kawan lama wei, asalnya nak tempah baju aku je, tuptup trus kwn aku willing buat baju kami 3 beranak. Baju papa je kena cari nanti. Itu pun baju papa takde lagi ni, esok baru nak pergi cari, voley???

Tahun ni kami berdokoh-dokoh, hahaha. aku dah lama nak pakai baju kebarung/kebaya masa Raya, tahun 2015 takleh pakai sebab gemok, haha, 2016 tetiba mengandung, so tak dapek lah, tahun ni Alhamdulillah, rezeki, Alfi sedut all lelemaks, berat aku tinggal 57kg, berkat puasa lagi, serius macam tak percaya, padahal makan macam nak gila. HAHA.

Seminggu je kawan aku jahit baju kami 3 beranak, last week Sabtu kami g amik baju, Alhamdulillah settle, FREE pulak dokoh mak and anak, JIMAT! Then tinggal nak cari songkok and sampin adik, ingat nak pergi jalan TAR. Haritu dah pergi, tapi jem lekat weiii! tak sanggup, patah balik rumah, singgah makan mcD, hahaha. Ingat nak ajak papa pergi cari harini.

Aku sebenarnya mmg suka cari baju last minute macam ni, baru lah RAYA! hahaha. kalau tak, tak feel raya tu. Dari kecik dulu kami mcm ni, dah nak nak dekat raya, baru papa ajak cari baju raya. Baju pun semua beli RTW je, mana ada tempah-tempah. haha.

Baju raya kami masing-masing sepersalinan je, sebabnya, kalau banyak-banyak baju melayu - baju kurung, bukannya pakai nanti, itu pun mesti baju melayu tu paling kuat, pakai sampai tengahari je, lepas tu mst salin, yang banyaknya aku beli baju jalan je. Aku pun hanya sepersalinan je, lain-lain pakai lah jubah ke, dress ke. HAHA.

Baju Anak Lelaki

Baju-baju jalan adik dan kakak dah settle haritu, tapi rasa mcm nak topup sikit-sikit lagi, tengok lah. Kasut kakak beli kat H&M je, tempat lain semua tak perkenan, lagi pun si kakak tu cerewet wei, apa yang dia nak je dia akan pakai, kalau main beli je, idok nya dia nk pakai nanti. Haritu bawak dia pergi Sunway Velocity Mall, cari baju, tawaf H&M, brands outlet, parkson, cotton on, Padini, tapi hanya dpt berapa pasang je, seluar jeans selai pun takde, dah try try dia tak nak, " sakit " dia kata. eeeiii geramnyaaa, dia suka seluar yg loose-loose and legging je, oklah oklah~ Beli je ikut apa yang dia nak.

kasut kakak, 2 2 ibu perkenan
last-last beli kat h&m je
test je lebih, pas tu taknak. grrrrrrrrrrrrrrrrrr
ada hati nak kasut gini, mmg tak nak lah ibuu beli. haha
Bila ntah nak basuh. hahaha.
Baju Adik pulak cari kat midvalley. Itu pun takde banyak pilihan, sobs, semua biru-biru-biru, eh kenapa eh? baju budak lelaki tak boleh ke warna purple? hijau? peach, hahaha. semua mst biru eh? luls. baju adik beli kat Poney, lain-lain ada, tapi aku tak perkenan, paling tak kenan POLO. adoiii, design gitu jelah, takde ke yang comels sikit?

Aku jenis suka baju budak yang comel-comel. tak suka design yg mcm serius je, suka yang comel-comel. Warna terang-terang. haha.

Lepas tu, baju budak lelaki tak banyak pilihan kan, seluar, tshirt, kemeja, itu jelah. Yelah, takkan nak pakai skirt pulak kan. HAHA. So bertabahlah ibuu yang sukakan warna warni ni, tak dapek~ Nanti nak cari lagi sikit baju adik, buat tambah-tambah. Adik ni baju dia bukan boleh beli banyak-banyak, badan dia cepat besar, boleh pakai sekejap je, banyak baju dia yang boleh pakai 2 3 kali je, baju masa Aqiqah dia, pakai skali je, sedih!!!

Then aku pulak tak suka tengok anak pakai baju besar sangat, mcm baju pinjam. huhu. Tu yang rugi tu, kan! lepas tu simpan lah baju tu bila tak muat, tak pun, bagilah kat sapa-sapa yang sudi.

Kuih Raya

kuih raya pun tahun ni aku tak membeli sangat, just beli tat nenas untuk mak aku, malatops crispy my fav dekat kak ain, then duk diam-diam, hahaha. tahun lepas ada jugak buat biskut mazola, semperit, cornflakes madu, tahun ni hapah tak dapat. Dak Alfi mok mengempeng, mmg aku tak leh nak buat kerja apa pun wei!

Sepanjang bulan puasa ni, mmg totally mak mertua aku je masak, nasib lah dapat mak mertua yang memahami dan sangat baik, kalau dengan mak mertua lain aku tak tau lah. hahaha. Alfi sampai je rumah, terus mengempeng, sampai dia tertidur, pas tu kul 7pm aku tolong siap-siap makanan, berbuka cepat-cepat, settlekan hal anak-anak lak, then kemas baju sekolah kakak utk esoknya, then tidurkan anak-anak, yang tak best, aku pun leboh skali. HAHA.

Duit Raya

bab duit raya pun aku sadis, dah kenapa tahun ni mcm tak banyak duit raya kat bank ( duit baru ), berapa bank aku pergi, semua habis duit seringgit. dorang kata yang tukar awal pun, dapat duit recycle je, sedih, so now aku takde duit raya, ada rm5 je ni, mcm mana ni, hope harini dapatlah jugak, aku kerah laki aku suruh g cari. ntah dapat ke idok.

Rumah raya?

Tahun ni masih takde rumah raya. hahaha. InsyaAllah tahun depan, ada lah rumah raya kami. hahaha. tahun ni #teamrayadenganmertua so kami balik Pahang. lepas tu baru balik Ipoh, mak aku cakap Raya ke 4 nak buat Open house. yeay! boleh ajak kawan-kawan datang rumah. jemputs datang okay!

Jumaat aku dah cuti, harini last kerja, yeay! Takde mood dah nak kerja, Jumaat nak basuh baju, kemas baju, nak baking sikit. huhu. #kalausempat. HAHA. Oklah, bai, tu je nak bebel. luls.

p/s : sedih gak nak meninggalkan Ramadhan, Alhamdulillah puasa kali ni amat dipermudahkan even aku breastfeed kan anak, dapat menyusukan Alfi mcm biasa, pam susu mcm biasa, stok susu pun mcm biasa, takde tips sangat nak bagi, cume keep positive, tu je, ingat yang susu ada, susu ada. Itu je. hehe. Semoga panjang umur dan bertemu lagi Ramadhan tahun depan. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...