09 June 2017

#SheaBeatsCancer

Aku kenal Shea dari zaman aku memula blogging dulu, suka stalk blog dorang, zaman tu mana ada IG lagi, zaman tu zaman The Scarflets tengah naik, fashion hijabista blogger masa tu, Yana, Cik Epal semua lah dalam The Scarflets sisters tu. Masa tu rasa fashion dorang paling cantik, paling IN. hehe. Blog dorang pun semua bahasa omputih, rasa kagum gila kot kannn!

Masa tu zaman pakai skirt, baju masuk dalam, then pakai tali pinggang kat luar, aku pun terjebak sama, kengkonon Hana Tajima. eh betul ke eja, lupa dah.

Now Shea tenat, Shea tengah fight cancer, Ya Allah, terkejut sangat, serius korang, dalam IG, nampak gambar-gambar dia yang cantik, ceria, tak pernah lah tak cantik. Kagum gila aku. Tapi dalam pada cantik itu, dalam pada ceria itu, Allah datangkan ujian buat dia, ujian yang aku rasa tak semua kita as hamba Allah ni mampu untuk melawan.

Aku yang bersalin czer, berpantang tu pun aku dah rasa sakit sangat, sampai aku fikir adakah mampu aku bangun berjalan semula, inikan pula Shea, yang memang hari-hari now ( dari last year ) menahan sakit, melawan sakit. Ya Allah.

Dulu salah sorang dari Scarflets sister juga Ami " pergi " mengadap Ilahi, cancer juga ke apa tak silap, lupa dah, masa tu pun terkejut sangat! Yelah, mana tak terkejut, kita follow dia dah lama kan, even dia tak pernah kenal kita, kita minat kat dia. Hanya ucapan takziah dan Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan.

Semalam borak-borak dengan chipmunk aku, ( kak diya + ida ) pasal cancer ni. Sel cancer ni mmg ada dalam badan kita, cuma tak aktif, now dia tidur, bila ada something yang trigger, dia hidup, if tahan-tahan, tak pergi check, tu yg tahu-tahu dah tahap 4, dan hurmmm, hanya mampu berdoa.

And till now aku masih x buat pap smear, sbb aku takut sangat! ntah lah takut apa, tapi kakak officemate aku ada cerita, kakak Ipar dia yang sihat, jatuh sakit lepas buat pap smear, maksudnya, sblm buat ujian, sihat mcm biasa, lepas buat, tau yang dia ada cancer, then trus jatuh sakit, huaaaa takut. Meninggalkan anak-anak, baby. Ya Allah. Tak sanggup nak membayangkan.

Ka diya kata, kita ni org perempuan senang kena cancer, sbb selalu stress, stress sbb apa? banyak fikir, mcm mana tak berfikir korang. semua benda kita kena fikir. Nak makan apa, nak masak apa, anak sakit, anak tak sihat, kenapa tak sihat, semua kena fikir.

that why skrg ni aku tak nak stress, aku malas fikir, apa yang aku boleh let go, aku let it go je, malas nak stress stress mcm benda tu tak de jalan penyelesaian. Korang suka aku ke, tak suka aku ke, malas nak fikir, janji aku happy. gittew. Memang lah kan, secara logiknya, bila stress, kita murung, jatuh sakit, bila sakit bla bla bla, semua datang.

To Shea, even awak tak kenal saya, saya akan selalu titipkan doa buat awak, semoga awak kuat, lawan cancer, semoga dapat bangun, ceria seperti biasa, post gambar yang cantik-cantik, bila tengok awak cantik, saya juga bersemangat nak jadi cantik. Semoga awak kuat! Amin!

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

:(:(:(

*speechless*

Nurzakiah Hanum said...

singgah jumaat ptg

Ainim Suju said...

Semalam baru tahu keadaan shea. Terkejut sgt.. Semoga Allah kuatkan Shea utk terus berjuang

Liyana Anuar said...

innalillah..meninggal dah kan Jumaat lepas.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...