Image and video hosting by TinyPic

13 July 2017

Jadi Jemputan Dalam Rancangan Tumit Tinggi TV1 Segmen Blogger

Retis Wannabe


Ya Allah, benda ni memang aku rasa mcm mimpi, datang satu whatsapp, " dijemput menjadi jemputan di slot bersama blogger, rancangan Tumit Tinggi Tv1 ". Asalnya aku menolak. Gila ko, aku nak masuk TV, nak cakap depan camera, memang TAK lah! malu, lama aku fikir, aku biarkan mesej tu berlalu pergi, then offer datang lagi, kalau aku tolak, sampai bila. Why not accept je, salah satu pengalaman hidup kot.

Dah deal semua, topik aku minggu itu adalah FOOD REVIEW, mmg lah kerjaan aku food review ni, biasa sangat dah buat food review. HAHA. Then last minute, aku ada audit pula, alamak, mcm mana ni, sempat ke tak ni nak shoot, nak buat kerja lagi. Aku cakap, aku nak cancel shooting, HAHA. Gila, bercelaru kepala otak, macam-macam perasaan ada wei, takut, malu, segan, semua hado.

Last-last dapat 1 whatsapp lagi, audit di tunda ke tarikh lain. Allah. okay, accept shooting. Tak sempat nak beli kasut baru, baju baru, semua tak sempat, pakai je apa yang ada, penerbit kata " pakai baju cantik ", dan aku, cantik tak kisah, aku nak baju yang nampak aku kurus, HAHA. So aku pakai baju hitam, kebaya, gittuh, ko mampu shooting food review pakai kebaya. HAHAHAHA. Curlasss.

Pagi tu breakfast siap-siap. mak kena makan dulu, kang lapor, xleh kerja, kahkah. Then siap-siap dulu pam susu. Then terus pergi ke bilik makeup. Siap di makeup kan you allssss. hehe. Kak mimi makeupkan kita, happening, kak mimi kaki lawak. Walaupun tak pernah kenal, bila borak mcm kenal lama pulak rasa.

Naik van dengan team produksi ke Restoran yang nak di review tu. Masa ni dah mula berdebar, Ya Allah, berdebar, serius, menulis blog dengan bercakap depan-depan camera, mmg sangat berbeza perasaan tu. Maybe jugak sbb first time kan. Tak biasa. Tulis blog kalau salah cakap boleh taip. Depan camera kalau salah cakap " Cut "!!! hahaha. buat lagi skali.

Tapi yang best nya, producer sangat sporting, walaupun salah cakap, cut! buat lagi skali, tak marah pun, happening je! aku pun tak banyak cut sangat, ada juga yang skali shoot dah settle. dah 2 3 jam depan camera, dah ' panas ', then okay je. HAHA.

Ni antara menu yang aku review di Restoran Maidah Cuisine ni, ada banyak lagi menu yang aku review, stay tune okayyy!

Gittuh gaya food review, sampai menjilat jari. HAHAHA. malu wei! serius kenyang, kenyang gelak, kenyang makan. HAHA. Thank buat crew yang sudi tunjuk ajar aku. korang! jangan lupa tengok slot aku nanti, ampun lah kalau aku cakap tu merepek-repek, dan kalau mata aku kecik macam nak tidur tu maafkan lah eh. HAHAHA. adoiii malunyaaaaaaaaaaaaaa. HAHA. tengok tau tau!

Tumit Tinggi TV1

Ahad 16 Julai 2017

12.05 tengahari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. tahniah.. dapat jemputan shooting. mesti nervous gila kan

    ReplyDelete
  2. wahh restis rara.. tahniah rara..ehh tak terlambatkan nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.. HIHI


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  3. wajib rakam ni...terus rasa kembang kuncup hidung akk kawan dgn retis dah ni..anyway..lawa sgt rara

    ReplyDelete
  4. wajib rakam ni...terus rasa kembang kuncup hidung akk kawan dgn retis dah ni..anyway..lawa sgt rara

    ReplyDelete
  5. Tanteknyaaa kak Rara! Okayy nanti nak tengok :)

    ReplyDelete
  6. ok nak rekod haha
    Congrats uols!
    kerlas masuk tb :)

    ReplyDelete
  7. wah glemer..nanti ada kesempatan bole tgk...kalo tk, nanti share videonya ye

    ReplyDelete
  8. wah bestnyaaa. masuk tv gitttew. hehe

    ReplyDelete
  9. tahniah rara dapat masuk tv..dah jadi retis gitu..

    ReplyDelete
  10. Elok tgok tumit tinggi terus tekan www.safurara.com sbb your face seems familiar.....

    ReplyDelete
  11. Waa... Bestnya masuk tv kan.. Siap reject lagi eh.. Hihi...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com