13 July 2017

Jadi Jemputan Dalam Rancangan Tumit Tinggi TV1 Segmen Blogger

Retis Wannabe


Ya Allah, benda ni memang aku rasa mcm mimpi, datang satu whatsapp, " dijemput menjadi jemputan di slot bersama blogger, rancangan Tumit Tinggi Tv1 ". Asalnya aku menolak. Gila ko, aku nak masuk TV, nak cakap depan camera, memang TAK lah! malu, lama aku fikir, aku biarkan mesej tu berlalu pergi, then offer datang lagi, kalau aku tolak, sampai bila. Why not accept je, salah satu pengalaman hidup kot.

Dah deal semua, topik aku minggu itu adalah FOOD REVIEW, mmg lah kerjaan aku food review ni, biasa sangat dah buat food review. HAHA. Then last minute, aku ada audit pula, alamak, mcm mana ni, sempat ke tak ni nak shoot, nak buat kerja lagi. Aku cakap, aku nak cancel shooting, HAHA. Gila, bercelaru kepala otak, macam-macam perasaan ada wei, takut, malu, segan, semua hado.

Last-last dapat 1 whatsapp lagi, audit di tunda ke tarikh lain. Allah. okay, accept shooting. Tak sempat nak beli kasut baru, baju baru, semua tak sempat, pakai je apa yang ada, penerbit kata " pakai baju cantik ", dan aku, cantik tak kisah, aku nak baju yang nampak aku kurus, HAHA. So aku pakai baju hitam, kebaya, gittuh, ko mampu shooting food review pakai kebaya. HAHAHAHA. Curlasss.

Pagi tu breakfast siap-siap. mak kena makan dulu, kang lapor, xleh kerja, kahkah. Then siap-siap dulu pam susu. Then terus pergi ke bilik makeup. Siap di makeup kan you allssss. hehe. Kak mimi makeupkan kita, happening, kak mimi kaki lawak. Walaupun tak pernah kenal, bila borak mcm kenal lama pulak rasa.

Naik van dengan team produksi ke Restoran yang nak di review tu. Masa ni dah mula berdebar, Ya Allah, berdebar, serius, menulis blog dengan bercakap depan-depan camera, mmg sangat berbeza perasaan tu. Maybe jugak sbb first time kan. Tak biasa. Tulis blog kalau salah cakap boleh taip. Depan camera kalau salah cakap " Cut "!!! hahaha. buat lagi skali.

Tapi yang best nya, producer sangat sporting, walaupun salah cakap, cut! buat lagi skali, tak marah pun, happening je! aku pun tak banyak cut sangat, ada juga yang skali shoot dah settle. dah 2 3 jam depan camera, dah ' panas ', then okay je. HAHA.

Ni antara menu yang aku review di Restoran Maidah Cuisine ni, ada banyak lagi menu yang aku review, stay tune okayyy!

Gittuh gaya food review, sampai menjilat jari. HAHAHA. malu wei! serius kenyang, kenyang gelak, kenyang makan. HAHA. Thank buat crew yang sudi tunjuk ajar aku. korang! jangan lupa tengok slot aku nanti, ampun lah kalau aku cakap tu merepek-repek, dan kalau mata aku kecik macam nak tidur tu maafkan lah eh. HAHAHA. adoiii malunyaaaaaaaaaaaaaa. HAHA. tengok tau tau!

Tumit Tinggi TV1

Ahad 16 Julai 2017

12.05 tengahari

16 comments:

Lia Hasty said...

tahniah.. dapat jemputan shooting. mesti nervous gila kan

Normi Nieza said...

wah..dah jadi retis..:)

yanie yusuf said...

wahh restis rara.. tahniah rara..ehh tak terlambatkan nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.. HIHI


yanieyusuf.com

Chekgu Azrine said...

wajib rakam ni...terus rasa kembang kuncup hidung akk kawan dgn retis dah ni..anyway..lawa sgt rara

Chekgu Azrine said...

wajib rakam ni...terus rasa kembang kuncup hidung akk kawan dgn retis dah ni..anyway..lawa sgt rara

Inani Hazwani said...

Tanteknyaaa kak Rara! Okayy nanti nak tengok :)

Liyana said...

ok nak rekod haha
Congrats uols!
kerlas masuk tb :)

mama tisya said...

wah glemer..nanti ada kesempatan bole tgk...kalo tk, nanti share videonya ye

mamapp said...

Wah tahniah masuk tv

Lyaa Suriany said...

wah bestnyaaa. masuk tv gitttew. hehe

Nadia Nurul said...

tahniah rara dapat masuk tv..dah jadi retis gitu..

puteraTARTtelo said...

Err cantiknye sedari ;)

nor fadzlin said...

Elok tgok tumit tinggi terus tekan www.safurara.com sbb your face seems familiar.....

idzwa kamaruddin said...

tahniah dik!

Nor Nadiah said...

Waa... Bestnya masuk tv kan.. Siap reject lagi eh.. Hihi...

nini said...

Wahhhhh bestnya...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...