Image and video hosting by TinyPic

27 July 2017

Kalau Dah Nama Anak Jantan, Alfi 7 Bulan

Alfi dah 7 bulan, nak masuk 8 bulan dah pun wei, lagi beberapa hari je nak masuk 8 bulan. Budak Alfi ni masih manja macam dulu, masih nak mengempeng je kerja, ibuu takde kat sebelah, dia memang ngamuk lahhhhh. Dia nak ibuu melekat je dengan dia kat sebelah. geram je kannnn!

Budak ni haritu masa cucuk 6 bulan, berat dia 7.4kg, sekarang ni aku tak tau lah berapa berat dia, sebab aku hari-hari dukung dia naik turun tangga, naik mengah, sampai je tingkat 4, aku mengah sampai rasa cramp kaki kaki ni. HAHA.

Adik skrg suka main air, kalau mandikan dia, dia acah-acah macam nak pegang air tu, alololo omei angat tuh! geram sampai rasa nak pok montot. Pastu dah pandai main cak cekur, nenek BS ajar main cak cekur, tetiba duk diam-diam, dia main tangan dia.

Pas tu menyembur kuat, Ya Allah, seronok sangat wei dia sembur ailio dia, pastu gelak. sabor jelah! Tapi bila aku marah, dia senyum, senyum tu buat aku cair. HAHA. Bayangkan, aku amik dia hari-hari, lalu kat belakang Angaksapuri ni, org lain pun lalu lalang, sibuk dia tegur orang, peramahnyaaa anak ibuu, haha. Dia senyum-senyum kat orang, so orang pon sampai berhenti geram kat dia. hahaha. adikkk adikkk~

Alfi kalau dengan kakak dia, suka sangat, kakak buat apa pun xpe, xde masalah. Kakak just melompat depan dia pun, haih, seronok, hahaha. Gelak mengekek-ngekek.

Bab makan masih fail. dengan aku dia tak nak makan, Tapi kalau rumah nenek dia, makan banyak wei, elok je makan nenek kata. Kalau dengan aku, dia ketap mulut dia kuat-kuat. so ok tak nak sudah, tak yah makan ok! haha.

Skrg ni, kegemaran dia, nak tau apa? MEMANJAT! Allah, jalan pun belum, sibuk nk memanjat! Adik skrg dah boleh duduk, duduk elok dah, dia memula merangkak, lepas tu eh eh senget je bontot tu duduk sendiri. kalau bangun tidur skrg, terus-terus duduk. HAHA. kelakar.

ko tengok tu, tuk bukti, tengok TV sambil memanjat, bukan xleh duduk, tp dia saja nak berdiri kat situ, dah berdiri, ada HATI nak berjalan meniti tepi tu, Ya Allah, pitam aku tengok. Tak jatuh xpe dik, kalau jatuh, seriauuuu ibuu. HAHA.

Tapi satu jelah nak cakap, ada anak ni memang penyeri hidup kita kan, aku ni, kat ofis, memang rindu gila kat anak-anak, ingat keletah anak-anak boleh senyum sorang-sorang, rasa mcm Alfi and kakak Sophea mmg sgt melengkapi hidup kami, Alhamdulillah.

Aku doakan, kita semua merasa nikmat ini. Jangan putus doa, terus berdoa dan berusaha ya kawan-kawan. aku selalu doakan korang. oklah, tu je nak cite, bai. LOVE. Vivy, #ehh. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com