Image and video hosting by TinyPic

09 July 2017

Mak, sihat selalu ye mak. Happy birthday mak.

Mak. Siapa yang tak sayang mak kan. Semua orang sayang mak. Biarlah mak tu garang macam singa ke, mcm hulk ke. Pada mak juga lah tempat kita bermanja. Mak aku tu, masa kami kecik-kecik, dia garang. Sangat garang okay! Aku dulu kecik-kecik dah kena jaga adik-adik, dah pandai buat kerja rumah. Aku bukan keluarga yang senang sangat. Sederhana. Adik beradik 5 orang. Mak and papa pergi kerja, aku lah kena jaga adik adik, buat kerja rumah.

Tapi bila kami dah besar, mak aku lain, garang dia hilang ntah kemana. Tetiba kami adik beradik jd bff dgn mak, mcm kawan, semua benda kami share. Serius. Adik adik aku jahat, suka kena kan mak. Buat lawak kena kan mak. Tapi mak aku relax je. Haha. Masa kecik dulu, berani ko buat lawak. Hahaha. Tak berani. Masa kecik kalau nak manja-manja pun dengan papa je. Aku selalu mengadu kat papa, kenapa mak tu garang sangat. Haha.

Harini mak 55 tahun. Dah boleh keluar kwsp. #ehh. Haha. Cita-cita mak nak pergi umrah. Allahuakbar. Semoga cita-cita mak tercapai. Tahun depan boleh mak pergi umrah.

Segarang-garang mak aku, dia tak pernah abaikan kami, dari kecik sampai besar. Sampai aku dah beranak ni. Anak dua ni. Dia jaga aku. Mak aku ada 1 peel, biar dia garang, biar dia marah anak dia, jangan orang lain marah. Jangan cikgu cubit anak dia. Cikgu dia g serang. Kahkahkah. Aku tau. Mak garang sebab nak ajar kami, jadikan kami anak berguna.

Aku dalam pantang, dia jaga aku sepenuhnya. Masak, basuh baju, lipat baju, mandikan anak, siapkan anak. Alhamdulillah mak kuat. Lincah. Mak masih takde apa-apa sakit. Alhamdulillah. Mak tak pernah merungut, tak pernah rasa kami susahkan dia. Mak sedaya upaya menjaga hati kami adik beradik, tak pernah pilih kasih. Ya Allah. Terima kasih mak.

Selamat hari lahir yang ke 55 mak. Mak. Orang sayang mak sangat sangat. Mak lah ratu hati orang. Sampai bila bila. Tu lah orang kata. Benda lain leh cari ganti, mak bapak, mana nak ganti wei. Mmg tak sama mak aku dengan mak ko. Serius. Terima kasih kerana selalu ada dengan orang mak. Terima kasih sbb jadi sahabat orang. Love u! Muah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Selamat Hari Jadi Mak Rara ! Moga terus sihat dan kuat ;)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com