21 July 2017

Rasa Macam Nak Update Blog

HAHAHAHA tajuk apekah ittew, holloh holloh busynya i issss, mcm-mcm hal, isnin sampai rabu haritu i Kursus, HD File-base Workflow, kemahen, kami kena cukupkan kursus 7 hari setahun, aku baru ada 4 hari, haha. Dalam masa kursus pun sempat lari-lari jap pergi HQ Young Living amik minyak, then lari-lari pergi jamuan raya. memang penat lah berlari-lari sana sini. Untung Muhammad Fadhlan dapat bini cam ni, berdikari. HAHA. #ehh

Macam-macam cerita kat FB, dalam banyak-banyak cerita, aku paling terkesan dengan kes budak TERTELAN cincin tu, aku pun akui, dulu masa aku ada Princess, mmg excited, bagi pakai cincin segala, ingat lagi, masa tu raya, aku pakaikan cincin tu, last-last masa adik ipar aku pergi cuci tangan dia kat singki, cincin dah takde, huaaaa nanges! sebab cincin tu agak tebal, aku syak cincin tu masuk dalam lubang singki. Lepas tu aku terus tak bagi dia pakai dah cincin. simpan!

Dan aku bersyukur gak, tidak pulak masuk mulut, kalau masuk mulut, mau aku fobia. Bayangkan anak tertelan cincin, ngeri weiii! Terbaru, tertelan brooch plak, Ya Allah, itu lagi ngeri, ada jarum, haih, tak boleh hadam weiii. ngeri. Aku sejak ada Alfi, memang aku tak pakai pin kiri kanan bahu, sebab mmg takut, 1- sebab aku dukung alfi, risau terkena muka dia, 2- sebab tu lah, risau tertelah ke apa, mintak simpang lah. Takutnyaaaa. Biar lah orang kata aku ustazah ke apa, janji aku avoid benda-benda yang " mungkin " berlaku.

Korang dengar tak Sepahtu Sinar tiap pagi, aku dengar tiap pagi, Jerat sepahtu dah sampai 10k weii, sampai harini takde pemenang, aku likeee errr, kalau aku menang kan best! hahaha. Tapi aku ni tak boleh, jenis nervous sgt, belum pape kang aku dah jawap TAK, haha. Syarat dia, tak boleh sebut " YA, Tak Ermm, Ahhh " masa dorang tanya soalan. nampak sangat perkataan tu kita dah immune kan, hari-hari guna perkataan tu, tu yang sampai terkumpul 10K takde sape menang tu.

Alfi selsema, dah 2 hari, semalam batuk. 2 benda tu aku paling tak suka, sbb Alfi kalau batuk, mmg teruk, hurmmm. Tapi selsema dah kurang lepas sapu RC dari Young Living, tinggal batuk je, malam tadi sapu jugak vick kat dada dia, pagi tadi sedut hingus, nampak dah hijau, tapi berkurang, tak pe, esok cuti, ibuu process hidung awak tu, tunggguuuu! hahaha.

Esok nak pergi ambil report card kakak. Nervous lagi, hahaha. semua pun nak nervous, kahkah. Ntah num berapalah kakak dapat nanti, takpelah, percubaan, aku tak salahkan kakak, sbb dia study dalam keadaan tak sempurna, aku sibuk BF adik, asal dia nak belajar, mesti adik kacau, tarik rambut, tarik buku, kesian kakak. insyaAllah nanti kakak akan dapat tempat study yang lebih sempurna. Kakak suka belajar, tapi tu lah, ibuu sibuk dengan adik, papa kerja, tapi now adik mcm dah boleh main sendiri, dah boleh tumpu kat kakak pulak.

Adik nampak mcm dah nak tumbuh gigi, dah merangkak, tapi yg laju nya ke belakang, kedepan masih terhangguk-hangguk lagi, 2 3 langkah ke depan, then tersembam, hahaha. Alfi? manja yang hamat wei, tak mcm kakak dulu. kakak sado! adik manja.

Aku masih lagi belum start baking, ntah bila nak mula, rindu sangat nak bake Pavlova, Pavlova Laici kan tengah trending skrg, adudududu, tp tak dapat nak buat, Alfi merap sangat. Ramai PM, Wasap nak order brownies and pavlova, tapi x mampu nak menunaikan hajat mereka. sobs. InsyaAllah, tunggu alfi besar sikit.

Aku aktif jual Young Living, sebab mmg dapat sambutan, Tak sangka EO ni sangat bagus, serius korang, kalau tak percaya boleh cuba, kalau tak, takkan aku boleh bertahan, dah masuk bulan ke empat, semalam dapat EO orange for free sbb masih bertahan sampai bulan ke empat, anak-anak aku pun dah makin ramai, happy pulak rasa. aku pernah rasa nak give up. tapi skali cust datang, jadi semangat balik.

Ok lah, banyak dah bebel, nanti borak lagi. BAI!

LOVE, vivy #ehhh. RARA. HAHA.

4 comments:

AimNub Haris said...

nak komen satu je..

Semoga cepat dapat masa free boleh buat PAVLOVA balik...!!! hahahahahaa.. siap tanda seru tu maknanya serius. Pleaseeeee... hehehehehe.. rindu gila nak makan Pavlova walaupun kekonon nak diet gula lepas habis raya ni.. phuiiii...!!

:p

...

kayrul said...

sian pikir anak yg tertelan keronsang mak..kemain panjang nampak jarum tu..harap dpt kluar la

Sue Izza said...

rindu pavlova rara huhuuuu

Normi Nieza said...

bznya rara..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...