Image and video hosting by TinyPic

24 July 2017

Report Card Day Sekolah Kakak Sophea

Hai! Assalam, sihat ke semua? Monday blues ke? nammo lah monday-monday blues, tak helokkkk, aku harini tak monday blues punnnn, sebabnyaaa, harini kesiangan, hahaha. Tu yang jadi kelam kabut, laju-laju bangun, solat, gosok baju, siapkan kakak, zasss pergi kerja, luls. Tak sempat nak bernafas, mengah! HAHA.

Nak cerita pasal report card day kakak hari Sabtu haritu, orang lain sibuk beraya sana sini, kami amik report card, then mereput kat rumah, HAHA. Papa busy work sana sini. Takpe lah, papa cari duit sikit.Kakak je beraya sakan ikut nenek sabtu tu. Ibuu dengan adik duduk rumah. Budak manja tu suka sangat lah ibuu duduk menempek je dengan dia kannn!

Besar dah kakak, nampak anak dara sangat! Budak manja. Tapi sejak ada adik, dah tak boleh manja sangat, bermanja dengan nenek jelah, adik conquer ibuu sepenuhnyaaa. Kesian kakak. Hari Sabtu tu dia excited nak pergi school, sebab semua orang pergi school bawa parents, dia siap cakap, ibuu, kakak tak payah pakai tudung ke? haha, tak payah lah kakak, kejap je. HAHA. adesss.

Kami sampai school kul 10am, dah ramai dah orang, tapi tunggu sekejap je, sempat jugak kakak bedal nasi lemak, padahal dah makan nasi goreng nenek masak kat rumah. Dasar kuat makan. Tapi kurus. hahaha. takpelah kurusss, kata model. hihi.
Then lepas habis makan, teacher panggil, Teacher Nadzrah, untuk kelas 5y, masuk-masuk je, teacher tunjuk result, aku sebenarnya debor tau, sebab kakak mmg kurang belajar kat rumah, belajar sekejap-sekejap je, mcm aku cakap tadi, adik mmg menguasai ibuu sepenuhnya. Sampai tak sempat ibuu nak ajar kakak sangat. So aku tak letak expectation yang tinggi untuk result kakak.

Tapi bila tengok result kakak, aku bangga juga, dengan hanya belajar di sekolah, then just belajar sikit-sikit je kat rumah, kakak boleh juga score, Alhamdullillah, tidak lah teruk sangat result kakak, boleh improve lagi.

Aku tengok kertas periksa dia, boleh tahan juga, sebab kakak mengadu masa exam haritu, " kakak tak boleh buat exam, susah, teacher tak nak tolong kakak " hahaha. Alololo kesian kakak. aku pun tanya teacher, ni semua buat sendiri ke? teacher kata " aah, sebab nak tengok budak tu di tahap mana ". betuk jugak, kalau teacher ajar, baik tak payah exam.

Tapi ashu cik marah, kenapa semua reading B, hahaha. mcm ibuu cakap lah, ibuu kurang masa untuk kakak. Takpe, lepas ni, ibuu akan cari masa, lebih tumpukan perhatian kat kakak. ibuu mintak maaf kakak. Lepas ni kakak ada bilik study sendiri, mesti lagi best kan. Kita cuba baiki result ni okay! Ibuu tau, kakak budak pandai.

Tengok lah si adik tu, yo yo ooo je, macam dia pun nak amik result jugak, rasa nak pok je montot. haha. Adik dah nak masuk 8 bulan, dah besar sikit. dah boleh kot ibuu bagi semula sikit masa tu kat kakak ye dik. Jangan mengada sangat, amboiii iyer tu.

Sains mmg drop habis, haha. teacher kata semua murid drop, kenapa eh? korang suh budak buat experiment eh? hahaha. Reading semua B, so lepas ni kena improve sikit reading skills ya kakak. Alhamdulillah Bahasa Arab and jawi boleh score, good job kakak! nanti ibuu bagi hadiah okay!

tu je nak cerita, oh nak bagitahu, roti ni TAK SEDAP! hahaha. RM1.30, tak yah lah beli, HAHAHA. ok bai! Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Dah besar dah si kakak..lama betul tak jenguk sini...tahniah kakak...result cantik =)
    Eh betul ke tak sedap....hahaah iklan dia tu hampir menjerumuskan saya untuk membeli...dah tau tak sedap tak beli la kisahnya =)

    ReplyDelete
  2. tahniah kakak!
    Eh roti tu memang x sedap! hehe

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com