Image and video hosting by TinyPic

12 July 2017

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Mudah Untuk Open House

Menu Mudah Untuk Open House Raya


Hollah! Kakak kembali menulis resepi. Haha. Alaaahhh. Buat ayam masak merah, semua orang pandai kannn. Tp walaupun semua org pandai, taste kita lain lain. Aku suka ayam masak merah yang kuah dia merah. Gittuh. Merah, pekat, kuah sambal lebih. Kofkofkof. Mcm-mcm peel tekak ko kan. Oh lagi satu, ayam wajib goreng dan sambal mesti pedas. Tak pedas tak kick ah!

Raya ke-6, aku ada ajak kawan-kawan datang rumah untuk beraya. Sorg bff aku si Sapina tu mengandung skrg, saja tanya dia, nak makan apa. Asalnya aku nk masakkan kuetiow goreng je. Sonang. Tapi dia request nak Nasi Tomato ayam masak merah koooo! Kemahen selera baby dalam perut tu kan! Babap kang. Haha.

Then aku ckp kat mak aku. Pina nak makan nasi tomato mak. Nak makan air tangan mak. Dah lama mak tak masakkan untuk dia katanyaaaa. So mak aku cakap ok. Pina ni anak kesayangan dia. Cakap je nak makan apa. Laju je mak aku masakkan. Borak-borak dgn mak aku, aku cakap kat mak, nasi tomato mak aku masak, ayam masak merah bagi aku masak. Nasi tomato adalah antara menu yang paling mudah untuk dimasak hokkay! Dan antara menu yang sesuai untuk dimasak semasa open house hari raya.

Eh panjang puler boraknya. Nak tahu resepi tak. Siap bidio tau kakak sediakan. Untuk ayam masak merah aku. Aku suka buh sos cili. Aku tak tau korang suka ke tak. Tapi aku suka. Dappp ermmm sebab dia rasa mcm pekat dan pedas-pedas manis.



Resepi Ayam Masak Merah Mudah


-Ayam seekor - basuh bersih - kunyitkan - goreng

*Cili kering - gunting - rebus
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
* - blender

-Bawang holland - hiris tebal-tebal
-Sos cili
-Garam Gula secukup rasa

Tips - Hilangkan biji cili kering semasa blender. Eh korang tengok tak kdg-kdg org masak sambal, biji cili tu melambak-lambak, biji cili tu tak bagus tau, kalau banyak sgt telan, boleh dpt appendix. Mak aku ajar, dari aku kecik lg, kalau nak blender cili, campur sikit minyak masak. Nanti bila blender, biji akan hancur skali, so cili boh korang akan cantik je. #sayNOtobijicili

Tips - Jangan blender skali bawang dengan cili kering, blend asing asing. #janganmalas

1. Goreng ayam, jangan garing sangat, nanti keras.

2. Panaskan minyak dalam kuali, jangan sikit sangat, biar lebih, baru senang nak tumis.

3. Tumis dulu bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau.

4. Masukkan cili boh, kalau nak pedas, buh banyak, kalau kurang pedas, kurangkan cili. Tumis sampai naik minyak. ( naik minyak - minyak terapung kat atas. Tu sebab minyak banyak masa menumis tu best! Haha )

5. Masukkan sos cili, agak agak lah. Jgn banyak sgt.

6. Masukkan ayam yang dh digoreng td.

7. Perasakan dengan garam dan gula.

8. Tabur bawang holland

SIAP!!!

Senang gila kan!!! Then masak nasi tomato, buat jelatah, sediakan salad. Siap lah. That y aku cakap menu ni paling murah nak masak untuk open house. Tak yah nak berkuah-kuah, renyah.

Kawan aku yang datang, sume puji ayam masak merah aku. Wowowo. Happy gila. Sume balik dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah. Happy gila. Thanks untuk sahabat yang sudi datang rumah.

OK next nak ajar buat nasi tomato pulak. Ni pun senang juga! Aku tak bagi sukatan yang betul-betul tau, korang agak-agak lah,

1. Sukat nasi seperti biasa, cuma lebihkan sedikit air, SIKIT SAJA.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang ( tumis dalam rice cooker terus, senang )

3. Masukkan nasi tadi yang dah disukatkan air dan buh daun pandan.

4. Halia dan serai sikit tumbuk. ( buat rasa-rasa )

6. Tambah garam sedikit.

7. Bila nasi agak-agak nak kering ( ada air sikit-sikit lagi ), masukkan tomato sos. Sos tomato agak-agak banyak mana, aku tak suka nasi tu rasa tomato sangat. Suka lite-lite je.

8. Jangan selalu kacau nasi tu, nanti dia patah-patah, tak cantik.

Jelatah. Jelatah adalah salah 1 lauk sampingan untuk nasi tomato ni, lauk untuk nasi tomato ni senang gila, xde kuah-kuah, ada jelatah and salad, cukup dah.

Cara buat jelatah pun senang je,

Nenas
Timun
Sengkuang
Sos cili
Bawang hiris
Cili padi
gula garam.

Kupas dan potong semua bahan mengikut citarasa korang! Then, mix kan saja semua bahan. SIAP lahhhh hoiii!!! senang hamat hoiiii! adesss! aku nanti kalau buat open house rumah aku, aku masak menu ni je kat korg, hahaha. Nanti jemput lah dtg rumah aku ye. luls.

Then hidangkan salad untuk tambahan. Korang kalau malas-malas, masak menu ni je, mudah, selamat mencuba tau korang! Mak aku ni ada 1 peel, dia suka orang datang rumah, dia suka buat kenduri, dia suka masak, aku rasa benda tu dah jatuh kat aku pulak lah! hahaha. aku suka kwn-kwn dtg rumah, aku masak, tu sbb balik Ipoh je, mst buat party tupperware. hahaha.

InsyaAllah, nanti aku dah masuk rumah sendiri, aku jemput kawan-kawan kat KL pulak yee. okay! selamat mencuba resipi ni, boleh buat open house nanti, jangan lupa jemput aku tauuu! bai! hehe. nak tanya apa-apa, boleh tanya mak aku ye, jgn tanya aku. kahkahkah!

Nanti nak ajar korang buat agar-agar santan pulak. Tu pun favorite aku gak. Ermmm dap nyaaa. Oklah. Babai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. tu la ayam masak merah ni byk versi kn..xpernh buat nasi tomato

    ReplyDelete
  2. Masalahnya daku ni kena buat kurang pedas...kalau tak bebudak takmo makan...malas betul nak buat dua dish...sudahnya versi kurang cili je mampu...ku suka add santan or susu cair sikit kat kuah tu...lemak2 sikit rasanya

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi tomato. Boleh lah try buat sendiri nanti.

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com