07 July 2017

Susukan Anak Pun Penat Ke?

Kisah Cikgu yang meninggal lepas 48 hari bersalin tu sangat menyentuh hati aku, Serius, sangat menyentuh perasaan,bayangkan, anggaran, 2pm - 3pm waktu dia meninggal, suami balik rumah jam 8pm, lebih kurang 6 jam, anak-anak kelaparan, waktu suami dia balik, tengok anak sulungnya yang setahun lebih tengah isap tek ibu, Ya Allah, sedih sangat! aku dapat bayangkan mcm mana. Sampai ketitisan terakhir susu ibuu tu tetap mengalir untuk anak.

Bayangkan, Alfi dalam masa 48 hari, mmg sangat kerap menyusu, ini 48hari, 6jam terbiar, mst lapar, nangis sampai dah takde suara, Ya Allah. sedihnyaaaaaa. Aku tak faham kenapa ada yang kecam suami dia, iyer, salah 1 kesalahannya mmg betul, kenapa tak call isteri tu, dalam tempoh 6 jam, kenapa tak whatsapp ke apa, tanya khabar, tapi iyerlah, nak di jadikan cerita, ajal dah sampai, tak lewat atau tercepat walau sesaat. Allahu. Tak payah lah nak salah kan suami ke, nak salahkan siapa-siapa.

Itu lah sebabnya, masa aku nak bersalin dulu, aku ada ckp kat mak aku, aku nak pantang sendiri, lepas habis pantang, nk balik KL. sebab kakak sophea nak sekolah, tapi sekeras-kerasnya mak aku tak bagi, dia kata TAK BOLEH, biar mak jaga kamu, sampai sihat. itu yang kakak sophea masuk sekolah lewat sikit.

orang dalam pantang, 100 hari, jangan buat main, mcm jenis mak aku, nak kata kuat sangat berpantang tu tak jugak, tapi kalau bab makan, bab sapu minyak, pakai stokin, mmg pantang, mak aku jenis paranoid, dia tak boleh tengok anak dia sakit. Aku dalam pantang ( masa Alfi ), agak teruk, 26hari lepas bersalin, masih belum boleh berjalan dengan betul. ( nanti aku cerita dalam lain entry ). Nak dijadikan cerita, mak aku sampai nangis-nangis tengok aku, tengah siram bunga, mak aku nangis. Sedih pulak aku rasa.

dalam pantang, buat kerja apa pun tak boleh, mmg doktor suruh banyak jalan, banyak gerak, tp gerak bukan buat kerja, jalan tu maybe, bangun, jalan pergi bilik, pergi ruang tamu ( jangan baring je ), tapi bukan buat kerja teruk-teruk, mak aku, masa aku dalam pantang, pegang penyapu pun mak aku tak bagi wei, bayangkan. HAHA. kes cikgu ni, aku rasa mmg dia penat, handle anak yg setahun lebih yg masih BF, baby lagi, nak masak utk makan lagi, mmg penat wei.

Ok berbalik kepada cerita breastfeeding. Aku tak tau orang lain mcm mana, ni pengalaman aku menyusu kan anak, mmg penat, aku tak tau penat kenapa, tapi bayangkan, dari 85kg, sampai laaa nii, berat aku tinggal 60kg saja, bulan puasa, berat aku susut sampai 57-56kg, secepat itu! padahal aku makan banyak, mana pergi semua lemak tu? of course jadi susu.

Lepas menyusukan anak, mmg dahaga gila, lapar pun jangan cakap lah, mmg lapar. Kajian pun ada cakap, 25% tenaga digunakan untuk menghasilkan susu ibuu, sbb tu jugak ibuu menyusu anak tak boleh stress.

Kalori juga terbakar masa menyusu anak, sbb tu aku boleh kurus. 1000kalori tau! sama mcm ko mendaki bukit selama 2jam, ko ghase? aku ni maknanya, bape kali daki bukit dalam masa sehari tu. HAHAHA. Nak nak mendaki bukit pada bulan Ramadhan, bayangkan. Alhamdulillah, puasa haritu aku berjaya puasa, syukur, dan tak effect pun proses penghasilan susu. masih boleh buat stock lg.

So siapa kata menyusukan anak tak penat? dalam kes cikgu ni, mmg logik lah, mcm yang diceritakan dalam blog tu, ( masalah jantung dan paru-paru ). Bila penat, jantung kita laju. Sama lah mcm aku, bila rasa penat, kaki aku ni rasa kejang, jantung mmg laju, masa tu, aku tenangkan diri, cool down, pas tu aku tidur, lantakkan! tak peduli dah, paling kuat, aku nangis call mak aku.

pernah aku demam ritu, 2 kali, nasib masa tu aku kat ipoh, mak aku takut gila masa tu, sbb aku mengigil teruk, kuku dah biru, mak aku dah nak nangis dah. Cepat cepat mak aku buat kan kopi, bagi aku pakai sweater tebal, selimutkan aku, suruh aku tidur. Alhamdulillah lepas tu demam kebah. Mak aku mmg takut bab bab ni.

Skrg, mmg kalau penat, aku tak nak stress stress, kalau kakak buat hal, tantrum, aku trus mandikan, bg makan, aku ajak anak-anak tidur, dengan aku aku skali tidur, laki aku dah paham sangat. Aku mmg malas nak layan stress.

Aku ni alhamdulillah juga, laki aku sangat menyokong breastfeeding dan bantu aku, aku balik kerja, dia dh siap-siap masak untuk aku, aku lepas magrib boleh terus makan. then tidur. HAHA. tak nak bagi bini stress punya pasal. kain tak basuh ke hape, dia kata tak yah fikir, nanti dia tolong basuh, if aku basuhkan, balik dari cafe, dia tolong sidai. Syukur dapat suami yg memahami, TQ sayang.

Korang, lepas ni, kita jangan stress stress ye, banyak kes dah ibuu lepas bersalin meninggal, jaga kesihatan, walaupun ajal kita tak boleh duga, tapi jaga kesihatan, masa boleh tolak ketepi, kita tolak dulu, sementara anak nak besar, gini lah dugaan nya, tu belum time anak sakit ke hape. huhu. OK lah, bai!

mak anak dua.

10 comments:

blasahje said...

Memang memenatkan pun tapi demi anak... gigih jugak menyusukan... lepas menyusukan kang ya Allah, rasa macam kebuluran sangat perut ni...

Lea Azleeya said...

Kalau kita menyusu memang akan terasa cepat penat dan dahaga kan.. Badan jadik letih jerk.. Itulah pengorbanan seorang ibu yang menyusu anaknya.. hukhuk.. :(

mas saari said...

Betul sangat, jangan stress dan enjoy je breastfeeding tu. Pastu bab pantang kena jaga betul², macam akak anak pertama dan kedua mak jaga memang 60 hari pantang betul². Pastu anak ketiga pantang sendiri sebab mak dah takde, memang agak penat tapi nasib husband banyak membantu dan akak jugak kena kuatkan semangat. Rilek, rehat, jaga makan dan pantang betul² insyallah akan ok.

TunSha Ayunie said...

Ada baca, yang arwah memang ada penyakit paru2 berair camtu laa.. salam takziah buat keluarga arwah.. :(

Dkna Abza said...

Nak gitau satu jer "setuju" bab pantang dari mak kita. Aku dulu pun nak pantang sendiri konon dah ada pengalaman anak 1st, pandai la kan..berkeras jugak org tua kat kg suh balik dia nak jaga walopon usia dah hampir 70 thn, tetap kuat jaga anak dan cucu..sedih bila ingat mak sendiri ..huhuuu

Mrs Hazeera said...

aah memang stresss layan tantrum anak-anak..penat bertambah2 tengok rumah sepah..huwaaaa

Mrs Hazeera said...

aah memang stresss layan tantrum anak-anak..penat bertambah2 tengok rumah sepah..huwaaaa

seri said...

Ya setuju sgt artikel ini

mamapp said...

kadang2 kita rasa badan dah kuat tapi sebenarnya tak sihat lagi.. biarlah org yg jaga kita kalau boleh

dalila said...

Alhamdulillah..jeleszzz dengar turun berkilo2..mmg byk dugaan ibu bf ni..moga trs kuat rara..jgn fikir sgt stress tu..semoga dipermudahkan perjalanan bf rara n alfi dpt membsr dgn susu ibu yg byk khasiat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...