07 July 2017

#TeamRayaDenganMertua Ceritera Raya Kami

#TeamRayaPahang


Rindunya nak update blog, tapi masa selalu tak mengizinkan. Serius, anak dua tak macam anak sorang, nak nak bila anak ko fully breastfeed. Mmg melekat sajor lah. Mmg tak boleh lari, Alfi jenis kuat menyusu, 30minit - 40minit skali, ko ghase??? Haha. Tapi aku okay je. Fall in love sgt with breasfeeding sbb rasa anak rapat sangat dengan kita, tp tulah, anak nak melekat je pulak, taknak berenggang.

Raya tahun ni turn beraya dengan mak mertua, turn laki aku, aku jenis okay je bergilir-gilir, sbb aku suka makan dan makan masakan orang lain. Haha. Selalu kalau beraya dengan mertua aku, kami akan beraya di Kelantan, tapi tahun ni kami raya kat Pahang. 1st time aku raya kt Pahang. So excitedddddd!!!

Kalau korang nak tahu, baju kami mmg last minute beli. hohoho. Baju laki aku tu, mmg Jumaat malam tu baru beli kat Jalan TAR, gilos! HAHA. Sampai laki aku cakap, lepas ni kita kena tempah awal-awal, takmo last minute mcm tahun ni, kelam kabut sangat rasa.

Kami balik Pahang Sabtu petang tu, relax-relax je kami, tak kelam kabut, sampai Pahang, buka puasa, then lepak-lepak, 8.30pm balik homestay, sbb dak Alfi dah mengantuk. Alfi tu mana reti tidur lambat, 8.30pm dah nak tidur.

Kami amik homestay, tak tidur kat rumah Alang, sila jangan kecam, aku pun tak paham kenapa nak kecam orang yang tidur hotel or homestay bila balik kampung ni, korang kena paham, kalau dulu, takpe lah tido lambak, sebab kita semua kecik-kecik lagi, ni skrg sume dah kawen, anak kecik, dengan menyusu lagi, kang bila dah lena, terpampang plak tek tu, takkan nak bagi orang tengok kan, benda tu sume kena amik kira, malu wei~

Lagi 1, anak-anak aku semua tidur aircond, termasuklah apaknya tuuu~ takde aircond tak lena tidur weiii. HAHA. so itulah alasan paling kuat untuk kami menetap di homestay. Tapi homestay hanyalah tempat untuk TIDUR, bukan duk melepak kat sana sampai tak g beraya. huhu.

Mandi Sunat Hari Raya


Anak-anak lepas subuh aku dah gerak suruh bangun, aku kalau pagi raya memang selalu sayu, mcm tak percaya aku dah ada anak dua. Ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu pesan, " jangan lupa mandi sunat hari raya ra ", and skrg, aku pulak yang buat semua tu kat anak-anak aku. huaaaa. how time flies.

Laki aku malam tu dia tak boleh tidur, ntah kenapa, so aku bangun-bangun, tengok dia dah siap-siap gosokkan baju kami anak-beranak. HAHA. TQ sayang, salah salu perkara yang menggembirakan isteri ialah, BILA SUAMI TOLONG GOSOKKAN BAJU! yehuuu~ perkara yang jarang terjadi ni. HAHA. Lepas tu pagi tu dia cakap " susahnyaaa gosok baju " haha.

Lepas dah gosok baju, laki aku sediakan air pulak untuk anak-anak mandi. Homestay takde water heater, so gigih lah masak air dalam cerek. HAHA. cerek atas dapur tau, bukan yg letrik tu. luls. Aku siap mandi, solat subuh, gerak pulak anak-anak. mandikan kakak, then mandikan Alfi. Excited gila wei pakaikan dorang baju Raya. haih! mak mak sangat!

Alfi pakai baju melayu, kakak pakai baju kebaya. TQ to Vanilla Vendor sbb sudi ambil tempahan kami walaupun last minute! huhu. Songkok Alfi, jalan TAR, rezeki, jumpa tepi jalan ada org jual. omei angat tu pakai songkok. HAHA.

mak mertua i, kakak kata nama nenek " intan payung " haha
Lepas siapkan anak-anak, aku pulak siap, makeup, makeup pun tak beriye, biasa-biasa je, tak de masa wei nak lukis-lukis kening segala. HAHA. Makeup biasa je, then laju-laju ke rumah Alang ( kakak mak mertua ), memang semua berkumpul sana. Sampai rumah alang, Alfi merengek nak susu. adesss~ Mak baru je beriya pakai dokoh segala, last-last kena tanggalkan dokoh, selak baju, susukan dak mok tu! hahaha.

Lucky, kebaya yang Vanilla Vendor buat ni jenis zip, so senang, bukak je. Tu tengok lah pic tu, dah menyusu, tidur! lama gila dia tidur, haha.

Sementara Alfi tidur, berselfie jap lah kami lepas papa balik solat Raya. Kakak sophea? dah dapat kawan-kawan ramai, mana maunya dengan ibuu, main je kerja. Tak pelah, main lah, bagi Ibuu selfie dengan papa. alololo. Ayang angat iyer tu. hehe.

Kalau korang nak tau, baju laki aku ni tak sama pun dengan kaler kami, laki aku punya baju cerah sikit, kami maroon pekat, tapi bila dalam gambar, nampak sedondon. HAHA. jadiklah ye sayang, ni pun Alhamdulillah senang sangat jumpa, lepas tu, beli pulak butang keris yang viral tu, rm25, murah kannn! rezeki. hoho.

Panggil kakak tengah main, bergambar dengan ibuu, dokoh kami tu dapat FREE, berbaloi kan, tak yah beli, tempah baju kat Vanilla Vendor, dapat dokoh FREE.

Yeay adik dah syangunnn~ budak ni kalau bangun je senyum, murah sangat dengan senyuman, tapi kalau mengantuk, senyum pun tak nak. haha. Kami sekarang ni kemana-mana je bawak bamboo seat ni, baru dia, Alfi jenis taknak baring, mmg dia akan nangis mcm kena pukul, so bagi duduk, baru diam, HAHA. ok duduk lah kau dik!

Bermaaf-maafan di pagi raya be like. kelam kabut. HAHA

budak banyak buat salah dengan ibuu ni. haha
besar dah anak dara ibuu.
57kg vs 90kg HAHA. tapi laki aku tu, target dia 85kg, tapi x tercapai, xpelah sayang, tahun depan cuba lagi k, kurus-kurus sangat pun x hensem, mcm ni pun dah cukup hensem, mcm superman dah. Hihi.

Alfi dengan Aki, Alfi ni jenis budak yang behave jugak, dia takkan nangis, asalkan tak dibaringkan, kalau pangku je, dia ok, mengantuk ke, lapar ke boleh tahan, tidak lah merengek ke hape. Sayang sangat kat adik, good boy.

Rumah alang adalah rumah yang jadi persinggahan ramai di pagi Raya, so kami tak kemana-mana pun 1st Raya haritu, lagipun, rasa mcm cepat sangat dah petang, makan kat rumah je, itu pun raya dah kenyang gila! HAHA. lagipun ada anak kecik yang menyusu, payah sikit nak ke rumah orang, papa dengan kakak sophea je pergi, aku duk kat rumah.

Acah-acah model. HAHA. lepas seminggu Raya, berat naik semula ke 60kg. kahkahkah, mst dah x muat dh kebaya mak! mak redhaaaaa. minggu depan mak puasa 6 pulak. luls.

kakak yg snap kan, dia suruh ibuu pose gitu. motippp!
Punya lah selesa baju raya by Vanilla Vendor ni, sampai ke petang kami berbaju Raya, puas hati betul, petang, balik homestay, mandi-mandi, tidur, lepas magrib pergi semula rumah Alang, makan-makan lg, makan jelah kerjanya. luls.

nanti sambung Raya ke dua pulak, tu pun kalau ada masa lah, haha. Bai!

2 comments:

Chekgu Azrine said...

safura..vanila vendor ty tempah kat kedai ke online sis?

dalila said...

Lawaaa la kebaya rara..kain beli sndr ke kt butik tu ade?santekkk plak merah tuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...