Image and video hosting by TinyPic

31 July 2017

Ticino Paris - Perfume Yang Tahan Lama dan Berkualiti Dari Paris

cipta wangian anda sendiri di Ticino Paris


Perempuan dan perfume, siapa yang berani pisahkan? cuba cakap. hihi. Berwangi-wangi juga adalah Sunnah Nabi, so marilah kita berwangi-wangi. Wangian ni ada mcm-mcm base, kalau aku, aku suka floral base, aku tak suka fruit base, geli, sbb dia bau manis. HAHA. dan lagi 1, aku suka powdery base. Ermmm tenteram kalbu ni rasanya. hehe.

Aku berpeluang untuk cuba perfume dari TICINO PARIS. Kalau korang dah bosan perfume yang ada dipasaran, apa salahnya kalau korang cuba Ticino Paris pula, sebabnya, korang boleh CIPTA Wangian korang sendiri, korang nak bau apa, boleh je mix-mix. Hebat kan!

Ini lah perfume yang special blend tu. Yang korang cipta sendiri tu.

Memula aku sampai booth Ticino Paris ni, aku mcm teruja, sebab konsep kedai ni seperti bar, bar perfume, gittuh~ hehe. Banyak gila perfume, sampai korang boleh rambang mata. Untuk lelaki ada, perempuan pun hado.

Perfume Ticino Paris ni jenis EDP okay, as we know, jenis EDP ni, perfumenya tahan selama 8 jam, dan memang aku akui, dari pagi aku sembur, sampai ke petang masih bau wangian aku tu. yang penting, teknik sembur perfume kena betul, nanti aku bagi tips memakai wangian agar tahan lama okay! hehe.

Oh lupa nak bagitahu, perfume dari Ticino Paris ni, jauh datangnya, dari Paris uols! Asli dari paris tau! tak payah dah pergi Paris, hehe.

Korang tahu tak yang setiap wangian ni unik, apa wangian yang korang suka, itu menggambar kan korang. tahu tak? Orang yang tinggi lampai, orang yang tegas, orang yang lemah lembut, semua dapat digambarkan melalui wangian yang dia guna.

Di Ticino Paris, all code ada, floral, fruity, wood, powdery, dan lain-lain lagi, aku dah bau semua, and aku sangat jatuh cinta dengan 2 wangian ni, iaitu Sunshine and Dewy Rose. Ahhhhhh, bau dia, suka gila kot!

Dan. jangan pelik bila korang rasa, bila korang pakai, bau lain, kawan korang pakai, akan bau lain, as yang semua orang tahu, perfume, bila dah sebati dengan badan kita, badan kita akan stimulate bau tu. eh, boleh ke guna ayat ni. HAHA.

unik sangat semua nama perfume. Party Queen, i loiikkeee.

Mencari perfume untuk hantaran kahwin, Ticino Paris pun apa kurangnya, ada je botol yang cantik untuk diletakkan atas dulang hantaran korang! Why not!

ini lah dua bauan yang aku pilih haritu, Dewy Rose dan Sunshine. Dewy rose ni bau dia romantik, kalau nak pakai keluar dating dengan suami sangat sesuai tu, adudududu. Jatuh cinta. Sunshine pulak bau yang melambangkan orang yang tinggi lampai, wear high heels, rambut panjang, jalan dengan penuh confident, gittuh description dia. HAHA. yelah, setiap perfume kan ada character dia sediri kan.

Dewy rose - kandungan main note of rose, violet, vanilla, woodsy and amber on base note.

Sunshine - Floral aroma, mix with honeysuckle, orange blossom, hyacinth, lilac and juicy peach for top notes. yang buat dia rasa feminine sbb ada add bau amber and musk, musk, korang pun tahu bau dia mcm mana kan. so much have this one!


Cara pakai perfume dengan betul - korang tahu tak, wangian ni, kena pakai dengan betul, bau lah bau dia tahan lama, seperti yang kita semua tahu, pakai dekat nadi, mcm belakang telinga, pegelangan tangan dan belakang lutut., tapi, bila sembur, jangan pulak di tenyeh-tenyeh, just dap dap je, tahu! hehe.

Then, cara yang betul untuk sembur perfume di baju pulak, jarakkan perfume dalam 10cm dari baju, then sembur, lepas tu gerak ke arah perfume yang korang sembur td, supaya mist perfume tu jatuh atas baju. Perasa tak, bila sembur, baju tak wangi pun, sebabnya mist atau perfume tu bukan jatuh atas baju, tapi atas carpet. HAHA.

buat yg free hair, sembur dari atas, sama macam gaya korang nak selfie tu. nanti perfume akan jatuh ke atas rambut korang, tahu tak yang rambut akan perangkap bau tu dengan lebih cepat dan tahan lama. Sebab tu kalau free hair, pegi kedai makan, azab sikit bila keluar kedai, semua rambut perangkap bau masakan tu.

Lagi 1 yang aku suka kat sini! ada jual Swarovski! HUaaaaaaaaaaaa, cantik sangat korang! harga tak lah mahal sangat! mampu milik. aku nyaris nak grab 1. haha. Jangan risau tentang keaslian, swarovski kat sini semua asli, bukan yang tipu-tipu tu ya.

Pelbagai jenis charm, rambang mata uols.

dan juga emas putih! ya ampun, serius menggoda, harga pulak murah je, mampu milik uolsss!!! serius. Nak cerita banyak, malas, korang pergi lah Setia City Mall sinun, kalau nak tahu kedai ni, betul-betul depan kedai Habib Jewel. Senang je cari, Tak silap aku dia ada 1 outlet lagi di The Mines, korang pergi lah terjah mana-mana cawangan.

Dah lah bau sedap, bungkusan pula cantik, tanjat gak aku, dia bagi beg kertas, siap ikat reben bagai, alah-alah sayanggggg, kita ompompuan ni, benda gini pun suka sangat kan! hehehe. Rasa sayang nak bukak ikatan dia, korang, kalau tak de idea nak bagi hadiah apa kat pasangan, aku rasa ini idea yang menarik untuk dihadiah kepada pasangan.

So, siapa yang kehabisan perfume tu, sila terjah, outlet TICINO PARIS, sama ada di Setia City Mall or The Mines okay!

Harga Rm129, 179, and special bottle Rm219

More info :

Facebook Ticino Paris
Instagram @ticinoparis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. paling wawa tak tahu nak beli adalah perfume. sampai sekarang tak pakai perfume tau..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com