27 July 2017

Tips Elak Nipple Crack Semasa Mengepam Susu

Banyak dah entry tentang breasfeeding aku draft kan, tapi tak sempat nak habiskan entry tu and publish, ni aku publish dulu antara yang terpenting dalam breasfeeding. ELAKKAN NIPPLE CRACK, hoiii nipple crack adalah sangat sakit dan boleh membawak kepada demam! serius. Aku sampai nak stop BF rasanya bila nipple crack, tapi kuatkan semangat! teruskan juga.

Alfi jenis mengempeng, tapi bukan Alfi penyebab nipple crack, penyebab nipple crack ialah :

- Cara mengepam yang salah

- Pam terlalu lama, lebih 30minit sebelah

- Cara baby menyusu salah

- Position menyusu yang salah


Antara pengalaman aku, kat atas ni adalah antara PENYEBAB nipple crack, nipple crack akan menjadi lebih azab bila tetiba breast bengkak, dan korg tak tau nak buat apa, sama ada pam atau bg baby isap. Tapi kalau tanya aku, dua-dua aku dah tak sanggup bila nipple dah crack. Aku pernah haritu, nipple crack, pas tu pam lagi, memang berdarah lah wei!

Cara mengepam yang salah - aku ni yelah kan, 4 tahun kosong, masa kakak Sophea dulu, BF pun 4 bulan je, x pam sangat pun, susu aku hanya biar je mengalir begitu sahaja, iman tak kuat untuk fully breastfeeding masa tu. HAHA. teruk perangai. Ilmu pasal BF pun tak banyak, tu yang 4 bulan je tu.

Itu yang kali ni nekad, mmg nak fully BF alfi, banyak korek ilmu tentang susu ibu dan breastfeeding. ok bab pam, korang kena pastikan, CORONG PAM tu masuk betul-betul ( nipple berada di tengah-tengah corong ), memula kan, korang mmg akan rasa okay, tapi bila dah masuk berbulan cara pam salah, kawasan areola korang akan mula menipis, dan bila nipis, tiap kali suction, akan mula luka. sebab bila suction, dorg tak tarik nipple kita dengan betul ( senget sebelah ). Faham tak ni. haha. So pastikan bila pam, nipple kena betul-betul berada di tengah-tengah corong.

Kalau nak tau mcm mana nipple betul-betul berada di tengah corong, masa pam, korang takkan rasa sakit langsung. Akan rasa seperti baby sedang menyusu. Kalau sakit, means salah lah tu cara korang letak corong tu.

Jangan pam lebih dari 30minit, aku dulu naif, syiok sgt pam, sebelah sampai sejam, 2 belah 2 jam, gila kan? HAHA. tak sedar wei, masa pam main phone, tak sedar dah lama pam, memang lah masa tu, sebelah boleh dapat 10oz, tapi lama-lama, sakit, boleh rosak saraf-saraf kat nipple tu, ( eh betul ke istilah aku ni ), tapi itulah, jangan lama-lama, agak-agak breast kosong, then stop.

TAK PUN, buat mcm power pumping tu, stop kejap, then sambung balik, jangan pam non stop.

Cara baby menyusu, kalau salah pun boleh buat nipple crack, sama mcm mengepam, pastikan seluruh kawasan areola masuk dalam mulut, pastikan mulut baby nganga luas, kalau tak mmg sakit, memang akan luka.

Position menyusu dan mengepam, kalau pam atau menyusu, sila duduk tegak, kalau tak mmg akan boleh menyebabkan nipple crack juga, aku kalau menyusu, suka baring lagi, aku selesa, baby selesa, senang. Silap-silap boleh terlena skali. HAHA

Okay, tapi, walaupun kita dah jaga-jaga, tapi kadang-kadang memang akan crack juga nipple tu, bila dah crack, apa perlu buat?

apa yang aku buat bila nipple crack? TERPAKSA MARMET lah, itu je mampu, 2 kali aku demam sebab nipple crack. Nak bg Alfi isap, mmg aku tak berani, nak pam? lagi lah takut weiii, berdarah-darah, sakit dia jangan cakap lah.

So Marmet lah, mana yang tak tahu cara marmet, sila belajar, aku pun tak pandai, lenguh tangan, sakit pinggang marmet, hahaha. Tapi nak buat mcm mana, takkan nak biar bengkak. Lepas marmet, sapu lah krim, aku biasa pakai Purelan dari Medela, atau pun, sapu susu sendiri pada yang luka tu, ataupun, sapu essential oil Young Living, banyak option korang boleh pilih. ketiga-tiga ni serasi dengan aku.

Esok nya, nipple akan baik, makin pulih, dah boleh bagi baby isap, jangan start pam, lepas 2 3 hari, betul-betul nipple dah baik dari luka, baru pam, ingat! tunggu sampai betul-betul baik. Kalau tak korang memang cari nahas. Nak bagi baby isap pun, sila pastikan LEKAPAN tu betul.

Kalau korang rasa ragu-ragu dengan Purelan Medela tu, boleh guna essential oil dari Young Living, natural and safe untuk di sapu pada nipple, baby isap lepas tu pun memang takde masalah. Nipple pun cepat je baik.

Lagi satu elak nipple crack waktu mengepam, sebelum mengepam, sapu nipple cream, sebab sebelum pam, kawasan areola tu kering, bila kering, akan sakit bila tetiba kita pam sebab kulit kering tetiba meregang kena suction, takpun, kalau taknak sapu krim atau minyak, sapu sikit susu sendiri di kawasan areola dan nipple, bila dah lembab-lembab, baru start pam.

ok, aku rasa setakat ni, itu je kot tips aku, tolong lah jgn bagi nipple crack, sakit tauuuu! nanti kalau ada lagi tips, aku share, oh ya, aku pakai pam LACTE Solo, yang tu pun tak sempat review lagi, hahaha. busy! doakan aku sempat review. Bai!

1 comment:

Jueliza Jamani said...

Masa pump dulu jue guna spectra 3.. dah mcm jenama keta jer. Hahaha.. ok yg tu. Tp nipple crack sebab qeram geget.. sakit la jugak.. nangis woohh.. qeisya ada la geget tp dia nak geget sembam kat hidung dia nanti lepas lah.. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...