31 August 2017

Cuti Peristiwa Sukan Sea KL 2017

Tahniah Malaysia. Cuti peristiwa 4 september 2017. Jimat cuti 1 hari. Hehe. 

Read More ->>

30 August 2017

Traveloka Penaja Emas Sukan SEA KL2017

Malaysia Bolot Emas di Sukan Sea KL2017 ke 29


Apa viral terkini di Malaysia? Lupakan kisah artis dan gosip artis, mari tumpukan kepada Sukan Sea KL2017. Aku tak macam suami aku, dia memang ikuti perkembangan sukan, tapi aku tak, tak sempat nak tengok sukan, tapi bila Malaysia dah mula leading, bolot emas, baru lah buka mata, hebatnya atlit atlit Malaysia, bukan calang-calang, lepas bertanding, semua nyanyikan lagu Negraku, bangganyaaaaa. Tetiba rasa bangga pulak. Cuma yelah, ibu segala pingat kita tak dapat. Bukan rezeki agaknya. Tapi Malaysia berjaya mencapai target emas sebanyak 111, malah TERLEBIH dari target. Whoaaaa. Terbaik lah Malaysia.

Mungkin atlit atlit Malaysia lebih bersemangat kerana Malaysia adalah tuan rumah selepas Brunei menarik diri untuk Sukan Sea KL2017. Rugi lah jika tak ambil peluang bila berentap di negara sendiri. Ye dokkk.

Kebetulan juga, Sukan Sea KL2017 berlangsung pada bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 60, maka semangat bertambah berkobar-kobar lah kan, rakyat Malaysia kalau bab bab begini memang semangat dia lain macam sikit. Hehe. Aku pun tetiba bersemangat. #dasarrr.

Aku selalu fikir, siapa lah agaknya yang menjadi penaja medal medal emas di Sukan Sea KL2017 ni ya. Rupanya Traveloka kini melebarkan sayapnya dengan menjadi penaja emas untuk Sukan SEA kali ini sekaligus menjadi official online travel partner.


Traveloka ialah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka Indonesia untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Berasaskan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini ditubuhkan oleh beberapa orang pengamal teknologi maklumat Indonesia dengan pengalaman kerja bertahun lamanya di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat negara pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah.

Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman yang mesra pengguna, perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, dan juga harga rendah setiap hari tanpa caj tersembunyi merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka, membolehkan gaya hidup mudah alih pelanggan mereka hari ini.

Traveloka dan sukan SEA


Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah sebagai salah satu penaja, traveloka menawarkan promosi penerbangan dan hotel sepanjang Sukan SEA berlansung. Bestnyaaaa. Hebatlah Traveloka!!!

https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia


Sukan Sea KL2017 live streaming.


Nowadays, kalau tak ada tv takpe lagi, jangan tak ada internet, boleh meroyan weh! So bagi yang jauh, jangan risau untuk yang mahu mengikuti perkembangan sukan SEA KL2017, Traveloka menyediakan livestream page di travelokakl2017.com.my.

Di livestream page ini juga ada peraduan yang membolehkan korang memenangi voucher-voucher bernilai RM100 dan RM50.

Contest nya senang sahaja, hanya perlu meneka pemenang bagi kategori sukan yang ada.

Booth Traveloka di Bukit Jalil


Pada yang berkunjung atau berdekatan dengan Bukit Jalil, jangan lupa untuk berkunjung ke Booth Traveloka. Terdapat pelbagai peraduan yang menarik dan hadiah-hadiah yang bernilai RM200 000. Cepat-cepat ke sana. Hanya dengan mempamerkan app Traveloka di phone pun boleh dapat Travel voucher yang bernilai RM50. Senang sajaaaa uols!!! Jangan lepaskan peluang, cepat rebuttt!! Nanti kalau aku yang menang, jangan jelaous tau!!! So apa lagi, cepat klik link Traveloka Live Streaming tu tau! Good luck!

https://www.traveloka.com/en-my/
Read More ->>

29 August 2017

Stay Stong Be Happy

Pernah tak rasa macam nak nangis, rasa nak nangis sangat-sangat, badan penat, otak penat, semua pun penat. Tapi tak dapat nak diluah, terpaksa pendam. Nak nangis, tapi aku tahan. Dalam pada sedih, ada juga yang menggembirakan, gembira dan sedih bercampur aduk. Bila bercampur aduk ni, nak sedih ke nak gembira pun tak tahu yang mana 1. Tapi yelah, mana maunya nak happy sesaja, mesti dalam gembira, ada duka nya, dalam duka, akan datang gembira, so bersabarlah safura, kegembiraan pasti akan hadir. Doa banyak-banyak.

Read More ->>

24 August 2017

Mamee Monster Biskidz Biskut Dengan DHA, Vitamin dan Calcium

Mamee Monster Biskidz Bukan Jajan


Kalau dulu, asal dengar nama Mamee, mesti kita ingat jajan, jajan tak elok, tapi itu yang sedap, kalau dulu, aku suka mamee yang mcm megi tu, balik sekolah mesti beli tu, sedap, masin-masin, tapi mak tak bagi makan selalu, tak elok katanya, banyak pengawet. HAHA. Tapi beli juga, mmg dasar degil. hehe.

Sama juga bila tengok produk Mamee Biskidz ni, dalam hati aku, Mamee keluarkan biskut? dalam kategori jajan ke ni? boleh ke anak aku makan ni? banyak bahan pengawet ke, risau jugak. Tapi bila google google, rupanyaaaaa, bagus lah Mamee Monster Biskidz ni!!! Siap ada DHA, 9 Vitamin dan Calcium tauuuu! So kakak nak makan Mamee monster biskidz, ibu LULUSKAN! hehehe

Ok, mari nak cerita sikit tentang Mamee Biskidz ni, Mamee Biskidz ada 3 perisa, iaitu Susu, Coklat dan seaweed. Korang tahu tak, Mamee Biskidz ni bukan anak-anak je yang suka dan leka time makan, kadang-kadang aku pun naik sedap je cedok anak punya Mamee Biskidz masuk mulut, sebab apa tau :

SEDAP

NIPIS

RANGUP / CRISPY


aku tak pernah lagi jumpa biskut macam ni, aku rasa mcm ni biskut yang sedap dan crispy macam ni. Sedar-sedar dah habis sepeket. Biskut Mamee Biskidz ni diperbuat daripada gandum. Bukan dari bahan-bahan seperti jajan tu.

Yang ni perisa coklat, memang sangat nipis! sedap je masuk mulut, krup krap skali, habis dah! hehehe. Coklat ni favorite kakak, dia paling suka perisa coklat. hehe. 

Yang ni perisa susu, ni paling favorite ibu! hehehe. Aku suka rasa susu dia, tak manis tau biskut ni, sedap! Cicah pulak dalam susu, lagi bertambah sedap. Malas minum susu? makan biskut Mamee Biskidz, bagus sebab mmg contain Calcium. hehehe.

Seawee, rumpai laut! memang lain dari yang lain! Kakak mmg suka makan rumpai laut @ seaweed ni, now datang dalam bentuk biskut pulak, memang best lah! ibuu pun tumpang sekaki. hehehe. Rasa dia? memang sedap,sama seperti kita makan rumpai laut di pasaran tu. hehehe. 

Kelebihan biskut Mamee Biskidz dari biskut lain


Seperti yang aku cerita kat atas tadi, kenapa aku approve kakak makan biskut Mamee Biskidz ni? sebab biskut ni mengandungi Kalsium, DHA dan 9 jenis vitamin tau! Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan E. whoaaaa banyak nyaaaa! hehehe.

DHA seperti yang kita tahu, berfungsi untuk menunjang pertumbuhan otak dan sistem penglihatan (retina). So bagus lah untuk perkembangan dan tumbesaran anak kita.

Vitamin A untuk fungsi mata, kumpulan vitamin-vitamin B, B1, B2, B3, B5, B6, B12 untuk meningkatkan tahap metabolisma yang membantu dalam pengeluaran tenaga,

Vitamin D yang membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus,

Vitamin E yang menlindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan, 

Kalsium untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.


biskut Mamee Biskidz ni didatangkan dalam 4pack, iaitu Mini pack ( 21g ) dan Regular pack ( 42g ), Medium dan Large. Harga pun berbeza, Mini ( 50sen ), Regular ( Rm1 ), Medium ( rm3.90 ) dan Large ( Rm 7.90 ), so pilih lah korang nak yang mana.

Tapi kalau tanya aku, aku suka yang mini, senang kakak nak bawa pergi sekolah. hehehe. Lagi 1, korang boleh dengan creative kan lagi cara makan biskut Mamee Biskidz ni tau! tak semestinya makan plain je gitu, boleh tambah strawberry ke, pisang ke, dan topup dengan coklat, ermmm nyummmmsss~

So mana yang tak cuba lagi, boleh try! biskut Mamee Biskidz juga adalah satu-satunya biskut yang di luluskan untuk dijual di sekolah-sekolah, dan bakal masuk dalam list RMT ( rancangan makanan tambahan ) disekolah. hehe. Best kan!


So pergi beli banyak-banyak mcm aku ni, buat stock kat rumah. Senang nak makan atau dibawa ke mana-mana, sumbat je dalam handbag! hehehe. Tq for reading!!!
Read More ->>

Kebaikan Kologen Sarang Burung Eve Essential Yang Korang WAJIB Tahu

Kologen Sarang Burung Produk Mencerahkan Dalam Masa Dua Minggu


Assalamualaikum, Hai korang, bersiaran kembali, ada ke yang rindu, hehe. Harini nak bercerita tentang SARANG BURUNG! Aku dulu, asal bercakap tentang sarang burung, aku mesti fikir, kenapa dengan sarang burung? bagus ke sarang burung? bukan sarang burung selalu kaum Cina je ke yang minum? patutlah kulit mereka cantik kan, selalu minum sarang burung.

NOW, mari sama-sama ubah mentaliti, kita pun boleh juga untuk dapatkan kulit yang cantik, bersih, sihat, tapi kena rajin dan kena melabur sikit lah, kata nak cantik kan! kalau tak nak melabur, macam mana nak dapat kulit cantik.

Memula produk ni sampai, aku teruja, datang dalam proper kotak yang cantik, berona emas gittuh, A Reflection Of Eternal Grace, vahhhh~

Kenapa perlu memilih Kologen Sarang Burung Eve Essential?


Memang banyak sangat produk Sarang burung di luar sana, tapi untuk kita orang Islam, mesti nak cari yang HALAL dan tidak meragukan, so kologen sarang burung eve essential lah jawapan dia, produk buatan Malaysia, lulus KKM dan MeSTI, produk ni juga sudah mendapat beberapa award tau, memang sangat best dan berkesan.

Menaikkan Seri Bakal Pengantin


Mana-mana bakal pengantin diluar sana, yang agak-agak rasa kulit kusam nak naik pelamin, mari consume kologen sarang burung eve essential ni, DUA MINGGU saja, kulit nampak cerah, sihat dan berseri. hohoho.

Meh nak cerita sedikit tentang Kologen Sarang Burung Eve Essential ni :

EVE ESSENTIAL BIRD NEST DRINK adalah campuran minuman botanik & ekstrak sarang burung premium yang di ambil dari burung walet terpilih sahaja.

KEBAIKAN EVE ESSENTIAL

- Mengandungi kolagen sarang burung semulajadi untuk kesihatan & kecantikan kulit, kuku & rambut secara menyeluruh

- Sarang burung mengandungi hormon peptida yg kaya dengan Epidermal Growth Factor (EGF) yang mampu merangsang pembahagian sel, menyuburkan kulit & menyembuhkan luka dgn cepat

- EGF juga mampu melambatkan proses anti - penuaan bagi lelaki & wanita

- Tinggi dengan anti- oksidan dan mampu mencerahkan & melembapkan kulit hanya dalam 2minggu! Mampu mengurangkan jerawat, jeragat, kulit kusam & selulit.

- Membantu menaikkan antibodi & imun sistem badan

- Menaikkan kadar metabolisme tubuh & melancarkan pencernaan

- Sangat bagus untuk ibu ibu mengandung kerana sarang burung tinggi dengan asid sialik (SA) yg merupakan karbohidrat berguna utk pertumbuhan bayi yang sihat & cerdas

- Mengandungi galactosacharide, halba & kurma yang mampu membantu memperbanyakkan susu untuk ibu ibu yang menyusukan bayi

- Mengandungi multivitamins untuk membantu melancarkan peredaran darah, sakit sakit sendi & menaikkan tenaga untuk urusan seharian

Kologen Sarang Burung ni datang dalam bentuk sachet, MUDAH! just gunting dan minum, tak perlu nak bancuh-bancuh lagi uols. Sekotak ada 20 sachet ( 1 sachet 20ml ).

Kelebihan Sarang Burung yang tidak mampu untuk kita ragukan lagi. Aku ada sepupu dulu yang berkerja membersihkan sarang burung, memang sarang burung ni sangat di jaga rapi, cara pembersihan juga kena betul, jika tidak sarang burung akan rosak. Kenapa sarang burung Walet ni mahal? yelah hoiii, banyak kot kebaikan dia, air liur burung tu bermacam kebaikan, air liur ko ada apa? xde apa, tp air liur burung ni banyak khasiat. hehe.

Cara Yang Betul Meminum Kologen Sarang Burung


Sama seperti kologen sarang burung lain, kologen sarang burung Eve Essential, paling elok, minum SEBELUM BREAKFAST atau SEBELUM TIDUR.

Sebelum breakfast kerana perut masih kosong, sebelum makanan lain masuk dalam badan, nak nak yang tak berapa nak berkhasiat tu, hehe, better biar khasiat sarang burung ni laju-laju meresap ke dalam badan korang.

TETAPI harus di ingat, sebolehnya elakkan minuman berkafien ya! Jika tidak, sia-sia je minum, habis natural balik semua vitamin, huhu. Minum air lebih 2 liter, 3 liter lagi bagus!

Sewaktu Period, stop dulu pengambilan.

Kandungan Kolegen Sarang Burung Eve Essential :


Bird Nest, Mango concentrate, Tomato stemcell, Acai Berry, Pomegranate, Apple stemcell, Dates, Fenugreek, Mulitvitamins, Galactosacharide

Siapa yang boleh minum Kologen Sarang Burung?


Boleh dikatakan, Sarang Burung ni semua golongan boleh minum, dari kanak-kanak, sampai ke ke orang dewasa dan tua, dari wanita sampai lah ke lelaki, dari mengandung sampai beranak dan menyusukan.

Untuk ibu mengandung, bagusnya kologen sarang burung sangat bangus untuk kesihatan baby, baby keluar pun cerahhh. hehehe. Kologen Sarang Burung juga boleh membanyakkan susu ibu! percaya tak? SILA PERCAYA! best ni! Kita menyusu badan selalu lemah kan, letih lesu. Minum kologen sarang burung, pasti cargas! hehe.

Sedap ke Kologen Sarang Burung Eve Essential?


Pada aku sedap! ada rasa manggo. HAHA. Senang pulak nak consume, koyak je, zasss minum. hehe. Settle.

Kalau nak taip sini, banyak sangat info, serius tak habis, ni aku gambarkan sikit-sikit, nak FULL INFO, boleh follow :



013 7272185
Read More ->>

17 August 2017

Dewan Perkahwinan Di Bangi Lake Cempaka Villa Bangi

Perkahwinan Di Taman Tasik Cempaka


Dewan perkahwinan adalah tempat yang paling penting untuk para pengantin zaman skrg, orang dah tak pilih tarikh persandingan ikut tarikh idaman hati, tapi ikut tarikh yang dewan available. Betul tak? hihi. Zaman aku kahwin dulu, kami buat dekat rumah je, orang-orang tua, mereka lebih memilih untuk buat majlis di rumah, lebih meriah katanya, tapi zaman skrg, dah tak boleh, kalau buat di rumah, siapa pula nak mengemas lepas habis majlis nanti kan. Jika buat di dewan, semuanya telah tersedia. hehe.

Dengan permintaan yang tinggi sekarang, D'Saji Sdn. Bhd telah membuka venue baru, dewan perkahwinan di kawasan Bandar Baru Bangi. Jangan terkejut, ini venue yang ke 14 D' Saji tau! hebat kan! Sesiapa yang berdekatan dengan kawasan Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka Bangi, yang ingin membuat majlis seperti seminar, mesyuarat, sambutan hari lahir, akad nikah dan resepsi perkahwinan ala-ala dalam taman, boleh lah tempah sekarang!

Masa aku sampai sini, aku jadi teruja tau! WOW sangat ni! buat Majlis Kahwin Tepi Tasik, Tema perkahwinan dalam taman, wow sangat! idaman kot! tapiiiii, dah lepas dah pun, haha. Boleh berangan untuk anak-anak je kot. HAHA #oversangat!

So siapa yang berkeinginan untuk membuat perkahwinan ala-ala garden, perkahwinan dalam taman, boleh lah tengok-tengok kawasan di Lake Cempaka Villa Bangi ni. Terus photoshoot je kat sini, tak perlu pergi jauh-jauh.

Sampai je, aku selalu usha parking dulu, kawasan parkir yang banyak, tak perlu risau, tak perlu berebut. Kemudahan lain seperti SURAU dan Tandas juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Ni di kawasan luar dewan, banyak pokok-pokok, memang redup, nak menari hindustan pun boleh, hehehe. #beranganlagi. Venue ni Lake Cempaka Villa Bangi boleh memuatkan lebih kurang 2000pax tau, jika untuk hidangan buffet, tetapi, untuk di dalam dewan, boleh memuatkan lebih kurang 350pax dalam satu-satu masa.

Sewaktu hari pelancaran Lake Cempaka Villa Bangi

Bermula bulan Julai 2017, Felda D'Saji dengan kerjasama syarikat Ixora dan Majlis Daerah Hulu Langat, membangunkan semula tapak pejabat pengurusan Lake Cempaka Villa Bangi kepada semua venue restoran sekali gus menjadi mercu tanda baru di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Apa Kelainan Lake Cempaka Villa Bangi Dengan Dewan D'Saji Lain?


Di Lake Cempaka Villa Bangi ni, mereka menawarkan suasana santai dengan pemandangan tasik seta berkonsep terbuka, nyamannn gituuh. Bagi tetami VIP, jangan risau, bilik berhawa dingin tetap disediakan. Mana tahu ada yang bawa anak-anak kecil ke, jangan risau, bilik berhawa dingin masih ada.
Disamping venue untuk pelbagai majlis, Lake Cempaka Villa Bangi juga menawarkan khidmat restoran " authentic malay " untuk makanan tengahari dari Isnin hingga Khamis. BBQ steamboat pula pada sebelah malam dan ada juga menu ala carte dengan harga yang sangat menarik!

Sebagai promosi pembukaan venue baru Lake Cempaka Villa Bangi, Pakej Perkahwinan Lake Cempaka Villa Bangi bermula dengan harga Rm28+ sehingga penhujung tahun 2017, manakala " authentic malay " buffet bermula dengan harga Rm29+ untuk tempahan 2017 dan Ala-Carte serendah Rm8
WOW lagi skali, mana nak dapat pakej yang hebat sebegini, so siapa yang teringin nak buat perkahwinan ala-ala " Garden Wedding " tu, boleh book cepat-cepat okays!

More Info :

Puan Nabilla (019-2777792)


Emel: nornabillah.ms@felda.net.my

Read More ->>

16 August 2017

Perangai Mak Mak sangat Beli Pressure Cooker

Teruk betul aku rasa aku ni sekarang, kalau dulu bab bab periuk ni aku boolayan je, tapi skrg ni mcm addicted pulerrr. Sibuk nak beli air fryer, nak beli pressure cooker, nak beli pinggan pinggan mangkuk. holloh3 safuraaa oiii~ hahaha.

Aku dah lama dah usha pressure cooker ni, memula dulu noxxa, kagum sangat lah woi dgn noxxa, siap boleh masak dodol. gila ko dodol, fav kot! Tapi noxxa mahal gila, mak mcm tak sanggup nak beli, then nampak Philips punya pressure cooker, Rm3++, mcm boleh lagi nak beli, nak nak ada support group, then harini nampak Mak Etty pulak post kt Ig dia, pressure cooker Russell Taylors, hoiii, rm184 je, gila lah weiii! Terus rasa teruja, mak etty kata masak daging 30minit je, then ada support group jugerrr, okehh! trus masuk Lazada apps. zassssssssssssssss.

Wei, terus beli weiiii! HAHA, duit komisen jual essential oil young living pulak dah tau dapat berapa, mula lah acah-acah nak reward to my self. HAHAHA. reward diri sendiri dgn periuk, pon voleyyy~ HAHAHA.

Masa search search tadi pasal Russell Taylors ni, Dr Suriyakhatun Osman pun pakai yang ni, huhu, Doctor pun pakai ni weh, lagi lah menguatkan hati dan jiwa aku nak beli. Pas tu dan dan lazada pop out message kata, " stock running out ", ko mmg pandai kan pancing. Zasss mak checkout cart. hahaha.

Aku pilih untuk Cash On delivery, tambah rm12.90 untuk delivery. Aku baca ada yg dapat, kemek lah, holder tu patah, so kalau cash on delivery, boleh check-check dulu, tapi so far pengalaman aku membeli dgn lazada, semua best, elok, alhamdulillah.

Tazabarnyaaa tunguu barang sampai, haha. Tadi pun dah siap-siap masuk dalm group, dasar sangat! sok ko tak masak siap ko! hahahaha. ( cakap kat diri sendiri ). Lepas ni nak beli apa pulak eh. HAHA. Kena create 1 hashtag baru ni. HAHAHA.
Read More ->>

MURAD City Skin Age Defense SPF 50

Produk Membaik Pulih Kulit dan Mencerahkan Kulit Wajah


Selepas aku stop pakai apa-apa produk wajah, kulit wajah aku kusam, serius, kalau tak makeup, macam orang sakit. Stress pun hado, last-last jumpa produk Doctor Murad, produk Doctor Murad ni memang best lah, siapa yang tak kenal kan?

Aku tanpa ragu-ragu try lah Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50. kenapa aku cuba produk ni? Sebab aku nak :

-Baikpulih semula kulit wajah aku

-Betulkan semua tona kulit

-Melindungi kulit aku dari UVA/UVB, blue light, pencemaran dan infrared radiation


Bahayanya Cahaya Smart Phone Pada Wajah


Sekarang ni, cuaca sangat panas, kalau keluar lunch, rasa mcm matahari terpacak atas kepala. Yelah, lapisan ozon dah menipis kan, memang terik hamat, kalau tak pakai sun block, memang korang cari nahas lah wei, mau burn kulit. Kalau korang tercari-cari produk untuk melindungi kulit dari cahaya matahari, aku suggest sangat Murad City Skin SPF 50 ni.

Sejak aku pakai Murad City Skin SPF 50 ni, rasa selamat sikit kulit tu, takde rasa burn sangat. DAN, tahukah korang? even korang tak kena matahari pun, tahu tak blue light, iaitu cahaya dari smart phone, PC dll juga boleh merosakkan kulit wajah kita. Jangan pelik kenapa kulit still burn even tak kena matahari.

sebotol 50ml, sangat Tahan Lama! Korang pakai sikit je.

Penerangan.

Aku suka pakai Murad City Skin Age Defense SPF 50 ni sebelum makeup, so, memang terlindung lah kulit aku. Produk ni cecair tau, tak pekat, tak cair, ( mineral sunscreen ) Kalau apply di wajah, dia ikut warna kulit kita.

Cara menggunakan Murad City Skin Age Defense SPF 50 :

- Goncang botol

- Apply di seluruh wajah dan leher

- Avoid contact with eyes

Then korang boleh makeup seperti biasa.

See, lepas apply, cepat je dia meresap dalam kulit, kulit jadi glowing. jika kulit sensitif, takpe, boleh je guna, tiada masalah, produk ni juga fragrance FREE.

Dari muka yang tak bermaya tadi, terus nampak fresh, serius, lepas almost 3 weeks menggunakan Murad City Skin Age Defense SPF 50, rasa mcm tona kulit aku dah sekata balik, kulit pun rasa sihat, susah kan jadi orang perempuan, hahaha. Semua nak kena jaga, kalau tak kang jadi kak limah puler.

More Info :

Instagram MuradSkincare

Facebook Murad.Malaysia
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...