16 August 2017

Alfi 1st teeth HEHE

Bila kita cakap, " tengok gigi tengok gigi " dia tutup gigi dia dengan lidah, hahaha. kelakar, 8 Bulan baru tumbuh gigi, skali 2 batang. Kalau kakak dulu, 6 7 bulan dah naik gigi atas bawah, adik lambat sikit.

Dari last week perasan gigi dia dah keluar, aku risau juga dia demam, tapi tak demam, kelmarin, ambil dia dari rumah nenek BS, muka layu, tak senyum, susukan dia, trus dia terlena. Tetiba lepas magrib, kepala panasss, memerap je.

Malam badan lagi panas, bila dah demam, mmg tak tidur malam lah aku, dia merengek je, semalam MC, suka lah dia bila ibuu MC, dia punya memerap dgn ibuu, seronok sangat. Lansung ibuu tak boleh buat apa-apa, nak pergi mandi pun nangis mcm kena pukul, nak dukung, nak peluk je. adudududu adikkkkk!

Malam td panas dah kurang, aku diffuse je lemon, nak letak kain kat kepala dia tak bagi, kejap je, then dia tarik kain tu. Aku bagi mandi, malam beransur kebah, tp masih x sihat. Nampak lemah, tapi masih memanjat. HAHA.

Malam td, tgh syiok tidur, dia batuk, batuk muntah terus, menyembur habis muka ibuu, muka dia, Ya Allah. perut mcm kembung, sapu eo digize, terus berak, then masukkan dalam buai, lena terus tidur. Hurmm, kesian adik, get well soon adik. Nasib lah demam tak teruk sangat, cuma ibuu lah tingtong. HAHA. Tak sabar nak amik adik petang karang.

2 comments:

Yana MIB said...

demam nak pandai ni ibuu...zafran pn last week demam batuk²...mlm2 muntah²...2 kali gak bertukar cadar...mak pn rs nk tkr jd ijo sbb penat sgt...hahaha mujur ada papa tlg...hehh

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...