14 August 2017

Bila PAVLOVA mogok dengan kau

Pavlova Ipoh Pavlova KL


Aku kalau balik Ipoh tak bukak order brownies or pavlova, mesti dorg marah aku, Jumaat lepas aku cuti sbb nenek pengasuh Alfi mintak cuti, anak dia kahwin, so aku balik Ipoh lah, haha. Balik ipoh apa lagi, open order brownies, Alhamdulillah, ramai yang order, nak nak cust loyal sy, semua repeat order, skali dah terjebak, mmg susah nak patah balik, suami yang tak makan coklat, tetiba gilakan brownies aku. HAHA.

Lepas tu, disebabkan lama gila aku tak buat Pavlova, haritu aku buat lah, ambil order, tapi tak banyak, sape yang PM aku je aku buatkan, aku ambil 3 slot je, tapi nak dijadikan cerita, 3kali bake, hacusssss, semua tak jadi, Ya Allah, sedih gila. aku mmg dah agak benda ni akan jadi, 1st sebab aku buat kelam kabut, 2nd sbb cuaca panas, 3rd sbb tak faham lagi peel oven rumah mak aku tu. Memang " tereban " lah semua yang tak jadi tu, sedih weiiii!

Terpaksa tolak oder, then aku buat juga kali ke 4, aku janji dalam hati, ni last aku cuba, kalau tak jadi jugak, aku tolak semua oder, buah tu makan jelah. Buah semua dah beli wei! Aku bagi Alfi tidur dulu, then aku buat slow-slow, bersihkan semua peralatan sebersih-bersihnya, sebab pavlova sangat sensitif, then aku ceria kan diri, tak nak stress, hahaha. Alhamdulillah, yang ke 4 dan ke 5 menjadi, Syukur gila! Tapi still tak smooth and cantik mcm yg biasa aku buat kat KL, tak pelahm sekurang-kurangnya jadi, balik KL nanti, asah skill semula.

Brownies kedut tak payah cerita lah, mmg berhantu, hahaha. Repeat cust mmg dah ramai, cust baru pun ramai sebab dh terpengaruh dengan rakan sebaya. HAHA. Aku tak tau kenapa brownies ni mcm berhantu, asek nak makan je, sampai cust semua marah aku. HAHAHA. ampunnnn!

3 hari cuti kat Ipoh haritu memang aku tak berjalan kemana lah, fokus baking je, lepas gian, HAHA. Nak nak tiap-tiap petang Ipoh hujan, so mmg duk rumah jelah aku. Jumaat tu aku pergi beli bahan baking, Jumaat malam start baking sampai 3am, subuh bangun semua pack-pack sebab cust nak ambil awal-awal pagi, then rehat jap, kul 3pm sambung balik buat order sampai asar, phewww settle semua order.

Then mak aku merajuk, mak punya brownies tak xde ke? hahaha. ok lah ok lah, buat lagi 2 tray, utk mak and bawa balik KL. Mil aku pun suka brownies juga, jadilah buat untuk sorang sikit. HAHA. Ahad fokus buat pavlova pulak, pas tu tak jadi, stress aku. HAHA.

Masa kat Ipoh, sempat lagi aku jual Minyak, mak minyak lah katakan, TQsm Min sebab beli minyak dgn akak, katanya nak beralih ke arah hidup yang lebih natural dan sihat, Alhamdulillah, aku pengedar Young Living Sah tau, mana-mana orang Ipoh nak beli Essential Oil Young Living Ipoh, boleh lah roger-roger aku tau! hehe.

Min nak ikhtiar dapatkan baby, min and suami takde masalah, so ambil set bawah ni, nak try natural way untuk dapatkan anak dia kata, bagus lah tu, kita berusaha betul tak, lain-lain kita serah kepada Allah swt. TQSM min! lepas ni beli EO rose pulak tau! hahaha.


Rawatan Jaundice Baby


Lagi sorang adik kita ni baru bersalin, baby kembar, best gila dapat kembar, tapi baby ada Jaundice, demam kuning. bacaan pula tinggi, ramai suggest mmg mcm-mcm, tapi baby prem, better jangan take risk lah wei, so aku suggest sapu eo, sebab kawan-kawan and customers aku ramai yang guna EO je utk jaundice ni, Alhamdulillah wei, turun bacaan.

Tak sanggup lah nak tgk baby kena cucuk kiri kanan tangan. So cara mudah nak rawat jaundice baby, dengan essential oil lah. EO kami Gred A, jangan risau. Nak makan pun boleh tau!

Siapa yang beli dengan aku, banyak free gift aku bagi, Intan beli geranium, aku bagi FREE Frank dan Digize, Digize ni untuk baby kembung ke, susah berak ke, memang elok, tapi ada cara urutan dia, if nak tahu, boleh whatsaap je aku, aku ajar satu-satu. Tadi intan ada call, katanya baby nampak ok lepas pakai geranium.

Cara Kurangkan Sakit Luka Czer


Geranium ni sangat pelbagai guna tau, serius best gila! aku sangat addicted dengan geranium, tadi intan call, dia kata dia sapu geranium di luka czer, dia kata hilang terik sakit czer tu, Ya Allah, terharu betul aku dengar, memang best. Alhamdulillah. Kalau korang stress-stress, sapu geranium kat tapak-tangan, hidu je, sedut dalam-dalam, memang hilang rasa stress tu. Cuba lah! Walaupun Geranium mahal, tapi memang best sangat! Mcm-mcm kegunaan!

cepat besar kembar! 
Ni salah satu feedback cust.

3 hari balik Ipoh aku tak rehat, tidur 2 3 jam je, gila betul. tapi tak pelah, bukan selalu balik Ipoh, HAHA. Kat KL dah puas tidur. Aku sampai KL 2am pagi tadi, dalam kereta baru rasa lenguhnya kaki, sakit pinggang-pinggang segala. Kuat sangat baking. HAHA. tak pe, minggu ni kita tidur je kat rumah ok. TQsm buat semua customers, saya doakan supaya korang juga murah rezeki, Amin!

Cantik lah liptip baru mak. HAHA. Ni Lipmatte Zawara, best juga pakai, nak beli kat mana, usha IG @safurara okay! buubbbaaaaaiiii~

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya pavlova

Normi Nieza said...

wah..brownies..sdapnya..:)

adda syuhada said...

terliur la plk tengok pavlova...

Liyana Anuar said...

bilalah boleh merasa brownies tu ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...