Image and video hosting by TinyPic

17 August 2017

Dewan Perkahwinan Di Bangi Lake Cempaka Villa Bangi

Perkahwinan Di Taman Tasik Cempaka


Dewan perkahwinan adalah tempat yang paling penting untuk para pengantin zaman skrg, orang dah tak pilih tarikh persandingan ikut tarikh idaman hati, tapi ikut tarikh yang dewan available. Betul tak? hihi. Zaman aku kahwin dulu, kami buat dekat rumah je, orang-orang tua, mereka lebih memilih untuk buat majlis di rumah, lebih meriah katanya, tapi zaman skrg, dah tak boleh, kalau buat di rumah, siapa pula nak mengemas lepas habis majlis nanti kan. Jika buat di dewan, semuanya telah tersedia. hehe.

Dengan permintaan yang tinggi sekarang, D'Saji Sdn. Bhd telah membuka venue baru, dewan perkahwinan di kawasan Bandar Baru Bangi. Jangan terkejut, ini venue yang ke 14 D' Saji tau! hebat kan! Sesiapa yang berdekatan dengan kawasan Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka Bangi, yang ingin membuat majlis seperti seminar, mesyuarat, sambutan hari lahir, akad nikah dan resepsi perkahwinan ala-ala dalam taman, boleh lah tempah sekarang!

Masa aku sampai sini, aku jadi teruja tau! WOW sangat ni! buat Majlis Kahwin Tepi Tasik, Tema perkahwinan dalam taman, wow sangat! idaman kot! tapiiiii, dah lepas dah pun, haha. Boleh berangan untuk anak-anak je kot. HAHA #oversangat!

So siapa yang berkeinginan untuk membuat perkahwinan ala-ala garden, perkahwinan dalam taman, boleh lah tengok-tengok kawasan di Lake Cempaka Villa Bangi ni. Terus photoshoot je kat sini, tak perlu pergi jauh-jauh.

Sampai je, aku selalu usha parking dulu, kawasan parkir yang banyak, tak perlu risau, tak perlu berebut. Kemudahan lain seperti SURAU dan Tandas juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Ni di kawasan luar dewan, banyak pokok-pokok, memang redup, nak menari hindustan pun boleh, hehehe. #beranganlagi. Venue ni Lake Cempaka Villa Bangi boleh memuatkan lebih kurang 2000pax tau, jika untuk hidangan buffet, tetapi, untuk di dalam dewan, boleh memuatkan lebih kurang 350pax dalam satu-satu masa.

Sewaktu hari pelancaran Lake Cempaka Villa Bangi

Bermula bulan Julai 2017, Felda D'Saji dengan kerjasama syarikat Ixora dan Majlis Daerah Hulu Langat, membangunkan semula tapak pejabat pengurusan Lake Cempaka Villa Bangi kepada semua venue restoran sekali gus menjadi mercu tanda baru di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Apa Kelainan Lake Cempaka Villa Bangi Dengan Dewan D'Saji Lain?


Di Lake Cempaka Villa Bangi ni, mereka menawarkan suasana santai dengan pemandangan tasik seta berkonsep terbuka, nyamannn gituuh. Bagi tetami VIP, jangan risau, bilik berhawa dingin tetap disediakan. Mana tahu ada yang bawa anak-anak kecil ke, jangan risau, bilik berhawa dingin masih ada.
Disamping venue untuk pelbagai majlis, Lake Cempaka Villa Bangi juga menawarkan khidmat restoran " authentic malay " untuk makanan tengahari dari Isnin hingga Khamis. BBQ steamboat pula pada sebelah malam dan ada juga menu ala carte dengan harga yang sangat menarik!

Sebagai promosi pembukaan venue baru Lake Cempaka Villa Bangi, Pakej Perkahwinan Lake Cempaka Villa Bangi bermula dengan harga Rm28+ sehingga penhujung tahun 2017, manakala " authentic malay " buffet bermula dengan harga Rm29+ untuk tempahan 2017 dan Ala-Carte serendah Rm8
WOW lagi skali, mana nak dapat pakej yang hebat sebegini, so siapa yang teringin nak buat perkahwinan ala-ala " Garden Wedding " tu, boleh book cepat-cepat okays!

More Info :

Puan Nabilla (019-2777792)


Emel: nornabillah.ms@felda.net.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. mewahnya klu buat majlis kat sini..:)

    ReplyDelete
  2. Nurul singgah sini :D

    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete
  3. tak boleh move on tengok bunga merah atas sequin gold tuh... kenapa cantik sangat huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com