24 August 2017

Kebaikan Kologen Sarang Burung Eve Essential Yang Korang WAJIB Tahu

Kologen Sarang Burung Produk Mencerahkan Dalam Masa Dua Minggu


Assalamualaikum, Hai korang, bersiaran kembali, ada ke yang rindu, hehe. Harini nak bercerita tentang SARANG BURUNG! Aku dulu, asal bercakap tentang sarang burung, aku mesti fikir, kenapa dengan sarang burung? bagus ke sarang burung? bukan sarang burung selalu kaum Cina je ke yang minum? patutlah kulit mereka cantik kan, selalu minum sarang burung.

NOW, mari sama-sama ubah mentaliti, kita pun boleh juga untuk dapatkan kulit yang cantik, bersih, sihat, tapi kena rajin dan kena melabur sikit lah, kata nak cantik kan! kalau tak nak melabur, macam mana nak dapat kulit cantik.

Memula produk ni sampai, aku teruja, datang dalam proper kotak yang cantik, berona emas gittuh, A Reflection Of Eternal Grace, vahhhh~

Kenapa perlu memilih Kologen Sarang Burung Eve Essential?


Memang banyak sangat produk Sarang burung di luar sana, tapi untuk kita orang Islam, mesti nak cari yang HALAL dan tidak meragukan, so kologen sarang burung eve essential lah jawapan dia, produk buatan Malaysia, lulus KKM dan MeSTI, produk ni juga sudah mendapat beberapa award tau, memang sangat best dan berkesan.

Menaikkan Seri Bakal Pengantin


Mana-mana bakal pengantin diluar sana, yang agak-agak rasa kulit kusam nak naik pelamin, mari consume kologen sarang burung eve essential ni, DUA MINGGU saja, kulit nampak cerah, sihat dan berseri. hohoho.

Meh nak cerita sedikit tentang Kologen Sarang Burung Eve Essential ni :

EVE ESSENTIAL BIRD NEST DRINK adalah campuran minuman botanik & ekstrak sarang burung premium yang di ambil dari burung walet terpilih sahaja.

KEBAIKAN EVE ESSENTIAL

- Mengandungi kolagen sarang burung semulajadi untuk kesihatan & kecantikan kulit, kuku & rambut secara menyeluruh

- Sarang burung mengandungi hormon peptida yg kaya dengan Epidermal Growth Factor (EGF) yang mampu merangsang pembahagian sel, menyuburkan kulit & menyembuhkan luka dgn cepat

- EGF juga mampu melambatkan proses anti - penuaan bagi lelaki & wanita

- Tinggi dengan anti- oksidan dan mampu mencerahkan & melembapkan kulit hanya dalam 2minggu! Mampu mengurangkan jerawat, jeragat, kulit kusam & selulit.

- Membantu menaikkan antibodi & imun sistem badan

- Menaikkan kadar metabolisme tubuh & melancarkan pencernaan

- Sangat bagus untuk ibu ibu mengandung kerana sarang burung tinggi dengan asid sialik (SA) yg merupakan karbohidrat berguna utk pertumbuhan bayi yang sihat & cerdas

- Mengandungi galactosacharide, halba & kurma yang mampu membantu memperbanyakkan susu untuk ibu ibu yang menyusukan bayi

- Mengandungi multivitamins untuk membantu melancarkan peredaran darah, sakit sakit sendi & menaikkan tenaga untuk urusan seharian

Kologen Sarang Burung ni datang dalam bentuk sachet, MUDAH! just gunting dan minum, tak perlu nak bancuh-bancuh lagi uols. Sekotak ada 20 sachet ( 1 sachet 20ml ).

Kelebihan Sarang Burung yang tidak mampu untuk kita ragukan lagi. Aku ada sepupu dulu yang berkerja membersihkan sarang burung, memang sarang burung ni sangat di jaga rapi, cara pembersihan juga kena betul, jika tidak sarang burung akan rosak. Kenapa sarang burung Walet ni mahal? yelah hoiii, banyak kot kebaikan dia, air liur burung tu bermacam kebaikan, air liur ko ada apa? xde apa, tp air liur burung ni banyak khasiat. hehe.

Cara Yang Betul Meminum Kologen Sarang Burung


Sama seperti kologen sarang burung lain, kologen sarang burung Eve Essential, paling elok, minum SEBELUM BREAKFAST atau SEBELUM TIDUR.

Sebelum breakfast kerana perut masih kosong, sebelum makanan lain masuk dalam badan, nak nak yang tak berapa nak berkhasiat tu, hehe, better biar khasiat sarang burung ni laju-laju meresap ke dalam badan korang.

TETAPI harus di ingat, sebolehnya elakkan minuman berkafien ya! Jika tidak, sia-sia je minum, habis natural balik semua vitamin, huhu. Minum air lebih 2 liter, 3 liter lagi bagus!

Sewaktu Period, stop dulu pengambilan.

Kandungan Kolegen Sarang Burung Eve Essential :


Bird Nest, Mango concentrate, Tomato stemcell, Acai Berry, Pomegranate, Apple stemcell, Dates, Fenugreek, Mulitvitamins, Galactosacharide

Siapa yang boleh minum Kologen Sarang Burung?


Boleh dikatakan, Sarang Burung ni semua golongan boleh minum, dari kanak-kanak, sampai ke ke orang dewasa dan tua, dari wanita sampai lah ke lelaki, dari mengandung sampai beranak dan menyusukan.

Untuk ibu mengandung, bagusnya kologen sarang burung sangat bangus untuk kesihatan baby, baby keluar pun cerahhh. hehehe. Kologen Sarang Burung juga boleh membanyakkan susu ibu! percaya tak? SILA PERCAYA! best ni! Kita menyusu badan selalu lemah kan, letih lesu. Minum kologen sarang burung, pasti cargas! hehe.

Sedap ke Kologen Sarang Burung Eve Essential?


Pada aku sedap! ada rasa manggo. HAHA. Senang pulak nak consume, koyak je, zasss minum. hehe. Settle.

Kalau nak taip sini, banyak sangat info, serius tak habis, ni aku gambarkan sikit-sikit, nak FULL INFO, boleh follow :



013 7272185

1 comment:

AimNub Haris said...

macam best je..
macam best je..
macam best je..

hehehehehe.. bab2 boleh baikkan jerawat ni memang mudah buat ahkak tergoda dik..! :)

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...