24 August 2017

Mamee Monster Biskidz Biskut Dengan DHA, Vitamin dan Calcium

Mamee Monster Biskidz Bukan Jajan


Kalau dulu, asal dengar nama Mamee, mesti kita ingat jajan, jajan tak elok, tapi itu yang sedap, kalau dulu, aku suka mamee yang mcm megi tu, balik sekolah mesti beli tu, sedap, masin-masin, tapi mak tak bagi makan selalu, tak elok katanya, banyak pengawet. HAHA. Tapi beli juga, mmg dasar degil. hehe.

Sama juga bila tengok produk Mamee Biskidz ni, dalam hati aku, Mamee keluarkan biskut? dalam kategori jajan ke ni? boleh ke anak aku makan ni? banyak bahan pengawet ke, risau jugak. Tapi bila google google, rupanyaaaaa, bagus lah Mamee Monster Biskidz ni!!! Siap ada DHA, 9 Vitamin dan Calcium tauuuu! So kakak nak makan Mamee monster biskidz, ibu LULUSKAN! hehehe

Ok, mari nak cerita sikit tentang Mamee Biskidz ni, Mamee Biskidz ada 3 perisa, iaitu Susu, Coklat dan seaweed. Korang tahu tak, Mamee Biskidz ni bukan anak-anak je yang suka dan leka time makan, kadang-kadang aku pun naik sedap je cedok anak punya Mamee Biskidz masuk mulut, sebab apa tau :

SEDAP

NIPIS

RANGUP / CRISPY


aku tak pernah lagi jumpa biskut macam ni, aku rasa mcm ni biskut yang sedap dan crispy macam ni. Sedar-sedar dah habis sepeket. Biskut Mamee Biskidz ni diperbuat daripada gandum. Bukan dari bahan-bahan seperti jajan tu.

Yang ni perisa coklat, memang sangat nipis! sedap je masuk mulut, krup krap skali, habis dah! hehehe. Coklat ni favorite kakak, dia paling suka perisa coklat. hehe. 

Yang ni perisa susu, ni paling favorite ibu! hehehe. Aku suka rasa susu dia, tak manis tau biskut ni, sedap! Cicah pulak dalam susu, lagi bertambah sedap. Malas minum susu? makan biskut Mamee Biskidz, bagus sebab mmg contain Calcium. hehehe.

Seawee, rumpai laut! memang lain dari yang lain! Kakak mmg suka makan rumpai laut @ seaweed ni, now datang dalam bentuk biskut pulak, memang best lah! ibuu pun tumpang sekaki. hehehe. Rasa dia? memang sedap,sama seperti kita makan rumpai laut di pasaran tu. hehehe. 

Kelebihan biskut Mamee Biskidz dari biskut lain


Seperti yang aku cerita kat atas tadi, kenapa aku approve kakak makan biskut Mamee Biskidz ni? sebab biskut ni mengandungi Kalsium, DHA dan 9 jenis vitamin tau! Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan E. whoaaaa banyak nyaaaa! hehehe.

DHA seperti yang kita tahu, berfungsi untuk menunjang pertumbuhan otak dan sistem penglihatan (retina). So bagus lah untuk perkembangan dan tumbesaran anak kita.

Vitamin A untuk fungsi mata, kumpulan vitamin-vitamin B, B1, B2, B3, B5, B6, B12 untuk meningkatkan tahap metabolisma yang membantu dalam pengeluaran tenaga,

Vitamin D yang membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus,

Vitamin E yang menlindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan, 

Kalsium untuk membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.


biskut Mamee Biskidz ni didatangkan dalam 4pack, iaitu Mini pack ( 21g ) dan Regular pack ( 42g ), Medium dan Large. Harga pun berbeza, Mini ( 50sen ), Regular ( Rm1 ), Medium ( rm3.90 ) dan Large ( Rm 7.90 ), so pilih lah korang nak yang mana.

Tapi kalau tanya aku, aku suka yang mini, senang kakak nak bawa pergi sekolah. hehehe. Lagi 1, korang boleh dengan creative kan lagi cara makan biskut Mamee Biskidz ni tau! tak semestinya makan plain je gitu, boleh tambah strawberry ke, pisang ke, dan topup dengan coklat, ermmm nyummmmsss~

So mana yang tak cuba lagi, boleh try! biskut Mamee Biskidz juga adalah satu-satunya biskut yang di luluskan untuk dijual di sekolah-sekolah, dan bakal masuk dalam list RMT ( rancangan makanan tambahan ) disekolah. hehe. Best kan!


So pergi beli banyak-banyak mcm aku ni, buat stock kat rumah. Senang nak makan atau dibawa ke mana-mana, sumbat je dalam handbag! hehehe. Tq for reading!!!

4 comments:

mama tisya said...

mmg sedap biskut ni..paling suka yg seaweed & susu

Liyana said...

suka perisa susu tu. sedap betul! haha

Nurzakiah Hanum said...

wow menarik

AimNub Haris said...

memang sedap..! yang coklat dengan yang seaweed tu.. :)

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...