10 August 2017

PPZTV Dakwah Santai Melalu Video

Ilmu dihujung jari


Zaman sekarang bukan susah nak menimba ilmu, ilmu agama, dunia atau akhirat. Orang kata, kalau nak menimba ilmu, kena berguru, tapi dizaman internet dihujung jari ni, ilmu just bukak je you tube, or google, macam-macam ilmu ada. Tapi kena tengok juga, biarlah ilmu yang bermanfaat jangan lah ambil ilmu yang lagho tu. Hihi. Kalau nak kata kita susah nak ke Majlis Ilmu yang mereka buat di masjid atau dimana-mana, takpe sekarang Majlis Ilmu mesti ada yang siap record dan diuploadkan di you tube. Senang nak tengok ulang-ulang pun boleh.

Aktiviti santai semasa mengepam susu


As a breastfeed mom, bila mengepam susu, kita harus happy, wajib berada dalam keadaan yang ceria. Barulah susu yang dihasilkan bagus, berkhasiat dan banyak aura-aura positif masuk dalam susu. HAHA. Dan aktiviti yang aku suka buat masa pam susu ialah menonton video-video di you tube. Sesetengah mommies akan tengok gambar anak, video anak, tapi aku suka tengok video ceramah agama, ceramah ustaz Don dan ustaz ustaz lain.

Ceramah sekarang bukan lah mendatar macam dulu yang sampai boleh tertidur, ustaz sekarang ramai yang happy go lucky, pandai buat lawak berjenaka, bila mereka selitkan jenaka dalam ceramah mereka, memang tak rasa bosan langsung, memang bergelak-tawa tapi ilmu tu sampai.

Sambil gelak-gelak dengar ceramah, tengok-tengok dah sette pam susu. Hihi. Try lah dengar ceramah sampai mengepam, mesti happy. Ilmu pun dapat. #ecececeh.

PPZTV - Menjawap persoalan mengenai Zakat


Siapa tak kenal PPZ kan. Pusat pungutan zakat - MAIWP. Siapa yang muskil cara semak dan bayar zakat, boleh rujuk www.zakat.com. Aku haritu, sebelum puasa ada kemushkilan tau. Aku nak keluarkan zakat pendapatan, tapi aku tak tau sama ada zakat tu perlu direct ke asnaf ke or macam mana. Ramai orang aku tanya, tapi jawapan bermacam-macam tau. Sampai aku keliru.

Zakat pendapatan - aku terfikir, boleh ke aku sedekah kepada keluarga terdekat or mereka yang aku rasa tidak berkemampuan, macam mana perkiraan dia, berapa banyak nak kena bagi. Sampai berhari-hari aku pening-pening. Last skali, aku terus je bayar zakat kat Pusat Pungutan Zakat - MAIWP. Senang. Pusat

Pungutan Zakat - MAIWP semak dan kira kan untuk kita, terus bayar pada mereka. Dah tak payah fikir. Sebab untuk berzakat ni, kena tengok betul-betul,mereka memang betul-betul tak mampu betul-betul memerlukan. Lagi satu kalau korang di area Wilayah Persekutuan, lagi senang bila kita bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat - MAIWP, mereka kumpul dan Baitulmal - MAIWP akan agihkan mengikut keperluan, so zakat kita keluarkan itu diagihkan kepada mereka yang betul betul memerlukan. Tak perlu risau duit zakat kita tu akan ke saluran yang salah atau disalahgunakan.

Semua jawapan kepada persoalan kita, semua ada di PPZTV, PPZTV ni lagi 1, tak bosan, dakwah mereka santai, macam kita tonton drama pendek.

Pelakonnya kelakar pula tu. HAHA. Selain dari bercerita tentang zakat. Ada je dakwah tentang perkara lain. Kalau korang ada you tube channel, terus je subscribe PPZTV okay! Senang nanti ada je video baru, terus dapat notification.

Okay, kalau korang nak cari ilmu tentang zakat, jangan lupa tonton drama pendek dorang, subscribe skali www.youtube.com/ppztv. Ingat, tengok sambil pam susu. Sambil mengepam, sambil timba ilmu. Hihihi.

3 comments:

Hamelia Hamid said...

alhamdulillah...bagusnye rara share mpost ni..kdg2 terlepas pandang bab2 mcm ni kan..

Tengku Sofia said...

Memang senang sangat nak dapatkan ilmu sekarang

Diana Rashid said...

hahah..akak dulu masa pam susu suka tengok hindustan..kadang2 layan running man..memang susu penuh berbotol2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...