Image and video hosting by TinyPic

10 August 2017

SHOPPLUS Shopping Online dan Dapat Duit Dengan Mudah

Shopping dan Jana Pendapatan Dengan Shop Plus


Sekarang ni, online shopping tumbuh macam cendawan kan, banyak sangat platform, korang nak shopping tu kan, kira mudah sangat lah, semua di hujung jari tau, nak beli apa? barang rumah, barang basah, pampers, ubat gigi, semua boleh, haha. cuma mak bapak je tak leh beli online, kofkofkof.

Apa kelebihan SHOPPLUS ni dari online shopping lain?

- Membeli barangan original Taiwan dengan mudah

- Membeli dan memperolihi tunai dengan cepat

- Mendapat bonus yang tinggi

- Peluang perniagaan ( buka kedai anda di Shopplus )

SHOPPLUS MEMPERKENALKAN SISTEM ON-THE-GO PERTAMA DI MALAYSIA


Haritu, aku sempat ke Majlis Perasmian website Shopplus ni yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Industri & Perdagangan Antarabangsa. Yang bangganya, CEO of Shopplus, Encik Cheng Chun Fu memang berasal dari Taiwan, beliau berkata, beliau suka sangat dengan Malaysia.

Beliau mendapat idea untuk membina 1 platform online shopping ini kerana beliau merasakan zaman sekarang semuanya dihujung jari, menghabiskan masa dengan smart phone dan internet, and why not dia membuat 1 online shopping dan berkongsi kepakaran mereka agar kita sama-sama mendapat manfaatnya.

"Kami berharap Shopplus akan memajukan industri e-dagang Malaysia dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi dengan sistem perkongsian dan pembelian Shopplus kami. Setakat ini, Shopplus mempunyai salah satu rebat bonus tertinggi yang menawarkan pulangan tiga kali ganda dengan usaha mudah perkongsian dan membeli-belah, "jelas Encik Cheng Chun Fu, Ketua Pegawai Teknologi Shopplus.

"Kami percaya bahawa ini adalah peluang yang baik untuk rakyat Malaysia yang celik teknologi untuk memulakan perjalanan usahawan mereka. Mereka hanya perlu berkongsi laman Shopplus dan Shopplus akan melakukan kerja backend seperti penyimpanan stok, pemasaran, pengiklanan, penghantaran bungkusan dan perkhidmatan pelanggan. Hanya Shopplus yang menawarkan sistem seperti sedemikian, "tambahnya lagi.

Bestkan, sekarang ni kalau nak berniaga, tak perlu dah nak buka payung pasang meja, just duduk depan PC or smart phone, sudah boleh berniaga, jana pendapatan, siapa kata goyang kaki tak dapat apa-apa, hehehe.

"Malaysia bergerak pantas ke arah industri e-dagang dengan penyediaan Zon Perdagangan Bebas Digital, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana industri e-dagang akan memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan,” kata YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Malaysia.

Meriahnya perasmian Shopplus! yeay!!!!

Shopplus mempunyai enam kategori utama iaitu Fesyen, Barangan Digital & Elektronik, Barangan Rumah & Hiasan, Sukan & Riadah, Bayi & Kanak-kanak dan Automotif, dengan pelbagai jenama terkenal untuk menampung permintaan rakyat Malaysia.

Slowly mereka akan menambah lagi jenama untuk menampung keperluan rakyat Malaysia. Mudah sangat skrg ni!

Aku dah bukak dah website ni! Meriah!!! aku sangat tertarik dengan Skin Care dari Taiwan, tak sabar nak cuba! HAHA. Aku tak perlu risau sebab barangan yang dijual di sini semua ORIGINAL, mereka tak jual barang tiruan, that why harga dia mahal, TAPI still murah sebab ada diskaun uols. hehe.

So apa tunggu lagi, pergi lah usha apa yang ada di Shopplus tu, moga-moga tak rabak banyak sangat. HAHA. Untuk maklumat lanjut, korang boleh LIKE di FB dan boleh ke website Shopplus okays! TQ for reading!


sila hubungi 03-6143 3212 
e-mel service@shopplus.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com