30 August 2017

Traveloka Penaja Emas Sukan SEA KL2017

Malaysia Bolot Emas di Sukan Sea KL2017 ke 29


Apa viral terkini di Malaysia? Lupakan kisah artis dan gosip artis, mari tumpukan kepada Sukan Sea KL2017. Aku tak macam suami aku, dia memang ikuti perkembangan sukan, tapi aku tak, tak sempat nak tengok sukan, tapi bila Malaysia dah mula leading, bolot emas, baru lah buka mata, hebatnya atlit atlit Malaysia, bukan calang-calang, lepas bertanding, semua nyanyikan lagu Negraku, bangganyaaaaa. Tetiba rasa bangga pulak. Cuma yelah, ibu segala pingat kita tak dapat. Bukan rezeki agaknya. Tapi Malaysia berjaya mencapai target emas sebanyak 111, malah TERLEBIH dari target. Whoaaaa. Terbaik lah Malaysia.

Mungkin atlit atlit Malaysia lebih bersemangat kerana Malaysia adalah tuan rumah selepas Brunei menarik diri untuk Sukan Sea KL2017. Rugi lah jika tak ambil peluang bila berentap di negara sendiri. Ye dokkk.

Kebetulan juga, Sukan Sea KL2017 berlangsung pada bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 60, maka semangat bertambah berkobar-kobar lah kan, rakyat Malaysia kalau bab bab begini memang semangat dia lain macam sikit. Hehe. Aku pun tetiba bersemangat. #dasarrr.

Aku selalu fikir, siapa lah agaknya yang menjadi penaja medal medal emas di Sukan Sea KL2017 ni ya. Rupanya Traveloka kini melebarkan sayapnya dengan menjadi penaja emas untuk Sukan SEA kali ini sekaligus menjadi official online travel partner.


Traveloka ialah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka Indonesia untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Berasaskan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini ditubuhkan oleh beberapa orang pengamal teknologi maklumat Indonesia dengan pengalaman kerja bertahun lamanya di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat negara pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah.

Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman yang mesra pengguna, perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, dan juga harga rendah setiap hari tanpa caj tersembunyi merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka, membolehkan gaya hidup mudah alih pelanggan mereka hari ini.

Traveloka dan sukan SEA


Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah sebagai salah satu penaja, traveloka menawarkan promosi penerbangan dan hotel sepanjang Sukan SEA berlansung. Bestnyaaaa. Hebatlah Traveloka!!!

https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia


Sukan Sea KL2017 live streaming.


Nowadays, kalau tak ada tv takpe lagi, jangan tak ada internet, boleh meroyan weh! So bagi yang jauh, jangan risau untuk yang mahu mengikuti perkembangan sukan SEA KL2017, Traveloka menyediakan livestream page di travelokakl2017.com.my.

Di livestream page ini juga ada peraduan yang membolehkan korang memenangi voucher-voucher bernilai RM100 dan RM50.

Contest nya senang sahaja, hanya perlu meneka pemenang bagi kategori sukan yang ada.

Booth Traveloka di Bukit Jalil


Pada yang berkunjung atau berdekatan dengan Bukit Jalil, jangan lupa untuk berkunjung ke Booth Traveloka. Terdapat pelbagai peraduan yang menarik dan hadiah-hadiah yang bernilai RM200 000. Cepat-cepat ke sana. Hanya dengan mempamerkan app Traveloka di phone pun boleh dapat Travel voucher yang bernilai RM50. Senang sajaaaa uols!!! Jangan lepaskan peluang, cepat rebuttt!! Nanti kalau aku yang menang, jangan jelaous tau!!! So apa lagi, cepat klik link Traveloka Live Streaming tu tau! Good luck!

https://www.traveloka.com/en-my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...